'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Sunday, October 4, 2009
Mekah madinah 09 (3)
Salam kepada semua. Selamat hari raya maaf zahir batin. Ini adalah ucapan berunsur budaya Melayu, sepatutnya 'semoga kamu mendapat kebaikan sepanjang tahun'
Apa pun saya telah seminggu melalui majlis meraikan kedatangan Syawal. Tidak banyak yang berubah dalam cara meraikan samada di rumah atau di layar TV. Saya impikan satu suasana sentiasa mensyukuri nikmat Allah dengan banyak mentaati perintahNya dan mengingatiNya.
Beberapa teguran telah sampai ke telinga saya bahawa blog saya suka menegur kesilapan orang lain. Saya mohon maaf jika itu tafsirannya namun saya insaf sejak kembali daripada umrah ini bahawa saya tidak akan dapat membuat sebarang perubahan jika saya menuding salah orang lain. Memang tepat kata seorang penceramah Amerika Syeikh Khalid Yassin yang saya kenal melelaui DVD di Mekah bahawa kita kena banyak mencontohi Nabi Yunus. Ketika musibah datang padanya yang di zikirkan ialah ' tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Allah sesungguhnya aku adalah orang yang zalim' Nabi Yunus tidak pernah menyalahkan orang akibat musibahnya.
Selain kesah yang saya muatkan dalam blog saya yang lain ' Belaian Hati Nurani' beberapa kenangan Umrah mantap di hati saya. Tiga yang penting ialah pertama nikmat bersama Alquran dan harapan saya agar Alquran menjadi asas peraturan dan hukum hakam utama dalam hidup saya serta umat Islam di Malaysia. Kedua ialah mengejar waktu solat, di mana umat Islam di Mekah sanggup berbalah semata-mata mencari tempat sujud untuk solat fardu, mau ke tidak satu waktu nilainya 100,000 kali ganjaran! Iktibar kepada saya ialah sentiasa mengejar solat di awal waktu. Ketiga ialah fadilat dan mukjizat air zam-zam yang di gali bersama Nabi Ismail dengan bantuan Jibril hingga airnya tidak akan putus-putus mengalir sekalipun jutaan manusia mengambilnya. Saya amat yakin bahawa air zam-zam adalah penyembuh, sama seperti Alquran penyembuh semua penyakit dalam dada.
Bila saya di tanya apa perasaan berada di Mekah sebulan. Jawapan sama yang saya berikan ialah tidak akan dapat di bandingkan dengan percutian di mana-mana tempat menarik di muka bumi ini kerana di Mekah saya merasai hakikat 'kembali kepada fitrah'. Fitrah ialah keadaan bersih yang tidak di pengaruhi sebarang unsur mendatang. Hati kita rasa bebas, lapang dan mudah tersentuh dengan kalimat suci Alquran.
Seorang ahli jemaah kami jatuh sakit (angin Ahmar) di pagi Hari Raya sampailah dia pulang ke Malaysia masih belum pulih. Saya amat terkesan dengan kejadian ini kerana di peringkat awal kedatangannya ke Mekah dia amat bersemangat. Ia satu iktibar kepada kami kerana kuasa Allah apa pun boleh berlaku termasuk kematian. Ia mengajar kita sentiasa peka tidak melakukan sesuatu yang mungkar termasuk berprasangka buruk terhadap orang lain(su'u zan)
Saya akan terus berdoa dan berharap di panjangkan umur dapat menikmati lagi berpuasa di tanah suci Mekah bersama keluarga walaupun saya perhatikan di Mekah perubahan fizikal bangunan terlalu mewah menyebabkan harga barang menjadi mahal dan cara jemaah di layan mengikut kemampuan kuasa beli. Saya pernah saksikan seorang penjual memberi layanan kurang baik kepada seorang pembeli semata-mata kerana dia kelihatan 'tak berduit'. Pelik manusia ni...sedangkan bila di keluarkan wangnya terkejut penjual itu..namun si pembeli zuhud tadi berlalu sahaja tanpa membeli satu pun barang! Yang saya khuatir ialah penginapan mewah yang sedang giat di bangunkan sekarang adalah 'exclusive' atau khas untuk orang-orang kaya. Ini amat bertentangan dengan cara hidup sederhana yang di galakkan umat Islam mengamalkannya. Apa akan jadi kepada orang-orang miskin dan faqir yang ingin menunaikan ibadah di Mekah Madinah kelak? WaAllahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya membaca blog penuh khusyuk, alhamdulilah. Saya terus berdoa mohon satu hari saya dapat juga ke Makkah dan Madinah di bulan Ramadhan.
ReplyDeleteDicelah-celah pemahan saya mengenai isi pati blog, saya ingin menyentuh sedikit konsep "MUSIBAH". Mungkin dilain forum kita boleh bincang dan mungkin boleh tulis satu chapter dalam blog. Antaranya mungkin kita boleh cerita "musibah" dari segi bahasa, dari segi konsep dalam Islam, khusus dalam memahami qadha dan qadar, lantas memahami erti mentauhidkan Allah swt.Antara yang saya faham, "musibah" dari satu sudut, tapi mungin sebenarnya itu Rahmat dari Allah
jika dilihat dari sudut yang lain. Nanti kita jumpa dan bincang bersama dengan Ustazah dan sesiapa lain yang dapat membantu kita. salam.