NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, April 21, 2011

DARI AMCORP MALL KE BANGSAR VILLAGE

DI AMCORP MALL PJ-AQUARIUM LAUT DALAM MENARIK

Salam

Isnin 18 April 2011 saya di bawa adik ke AmCorp Mall 'berurut'. Di fahamkan tukang urut Indonesia yang berkerja di salah sebuah salon kecantikan dan slimming di situ amat berkesan urutannya.

AmCorp Mall tidak asing pada saya kerana di peringkat awal ingin mempromosikan Mawaddah kraf seorang kenalan peminat kraf mencadangkan saya menyertai 'flea market' di Amcorp Mall setiap Sabtu dan Ahad. Bila mengenang kembali komitmen saya ketika itu rasa takjub juga kerana jika suami saya tidak menghantar, saya akan pergi seorang diri atau dengan pembantu ke Flea Market.

Sewa meja di AmCorp Mall dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang RM50. Amat mahal pada pandangan saya kerana hasil jualan tidak pun sampai sebanyak itu. Namun pengalaman saya mengheret kraf dan meghabiskan berjam-jam di AmCorp Mall telah mempromosikan nama Mawaddah Kraf.

Semua peminat kraf tau Mawaddah berkait rapat dengan projek kitar semula, alhamdulillah. Itu pun tujuan saya. Terkini bila ada sahaja suasana kecemasan untuk mencari 'door gift' program kitar semula Mawaddah Kraf akan di datangi. Amiin...terjual juga kraf-kraf yang di beli daripada ibu-ibu tunggal yang menghantar kraf mereka.

Sepanjang berada di AmCorpMall saya melihat bangunan yang lebih cantik daripada 5-6 tahun dahulu. Jenama-jenama hebat terdapat di sana dan pelanggan yang datang saya lihat ramai yang berbangsa bukan Melayu. Samada pekerja pencuci atau buruh orang Melayu atau Indonesia saya kurang pasti. Tapi kunjungan saya di banyak hotel dan Mall serta pasaraya besar dan ternama pelanggan lebih ramai berbangsa bukan Melayu. Adakah kerana kuasa beli atau isu 'ketuanan' Melayu lari konsep.

Mungkin AmCorp Mall terletak di Petaling Jaya yang penduduknya ramai berbangsa Cina. Tidaklah pula saya menafikan orang Melayu tidak ada yang menjadi pelanggan di sana tetapi yang datang biasanya yang mampu seperti saya yang di heret adik ke sana. Beliau membayar pakej urutan beratus ringgit dan hari ini saya menumpang pakejnya. Alhamdulillah

Urutan amat efektif. Saya memang puashati. kaki dan pinggang saya terasa lega sedikit. Selama dua jam semua point acupunture di urut dan urat-urat yang membengkak di ratakan,aduh sakitnya. Tapi selepas di tarik urat agar berada di tempat yang betul saya memang lega, alhamdulillah.

Selasa 19 April 2011. Pemilik jenama telekung Siti Khadijah menziarahi Galeri Mawaddah ingin mengesahkan menjadi agen. Alhamdulillah dalam masa terdekat produk keluarannya akan berada di Shah Alam.

PENGASAS TELEKUNG SITI KHADIJAH MELAWAT GALERI MAWADDAH

Sewaktu perbincangan saya mendapat penggilan talipon. Seorang anak angkat berasal Terengganu memaklumkan ibunya dimasukkan ke hospital Pantai kerana darah tinggi. Selain terkejut kerana ibunya datang ke KL menziarahi cucunya di rawat di hospital yang sama, saya menyedari betapa keadaan tiada saudara mara semasa sakit. Petang itu saya dan suami ke hospital pantai menziarahi pesakit. Semoga Allah segera sembuhkan untuk ia pulang ke Terengganu dalam masa terdekat. PUAN FATIMAH EMBONG JATUH SAKIT WAKTU ZIARAH CUCU

GAMBAR BERSAMA KELUARGA PESAKITCUCU YANG DI RAWAT KERANA BRONCITIS

Rabu 20 April kami merancang menziarahi teman di Kulim yang baru kematian isteri. Tetapi kereta perlu di check sistem brek yang kurang berkesan selepas kereta melalui general service hari Selasa .

Pagi-pagi lagi kami ke pusat memperbaiki kereta import di Bangsar. Satu demi satu kerosakan sistem brek dikenalpasti, hingga jam 6.30 kereta tak siap. Terpaksalah kami memunggah beg musafir ke dalam teksi pulang semula ke Shah Alam penuh keletihan. Suasana petang hujan lebat, traffic jemnya masyaAllah kalah Jakarta.
TOM'S SEBUAH PUSAT 'MERAWAT' KERETA MEWAH YANG BERMASALAH
DERETAN KOMPLEKS BERJENAMA DI BANGSAR

Saya membawa tajuk Bangsar Village kerana saya juga ada pengalaman tinggal di Bangsar tahun 70an. Ketika itu rumah belum banyak,apatah lagi shopping comlpex. Sebahagian besar yang menetap di bangsar ialah pekerja keretapi yang ramai berbangsa India.

Terkini saya terkejut kerana Bangsar menjadi metropolitan city dan terlalu banyak'happening'di situ. Penduduk India hampir semuanya berperilaku orang barat. Kemana saja saya pergi yang ternampak ialah macam warga asing, tetapi memang warga asing ramai yang menyewa rumah di Bangsar. Malah sebahagian besar rumah yang berhadapan jalan besar telah berubah wajah menjadi butik eksklusif atau pusat jualan kereta berjenama.RUMAH KEDIAMAN DI PINGGIR JALAN BESAR MENJADI PUSAT PAMERAN

Sewaktu menghabiskan masa ingin membelibelah di Bangsar Village saya terkedu kerana semua barangan amat mahal. Handmade (jahitan tangan) sarung bantal kain kapas (cotton) berharga RM200? Mungkin kehadiran saya pun asing kerana mereka pun tak mengharap saya membelinya.

Dek lama menunggu di depan supermarket saya melayan fikiran merenung apalah yang ada di benak pelanggan yang datang dan pergi. Masing-masing bukan berbudaya Malaysia. Hampir semua berbahasa Inggeris dan mengenakan pakaian moden barat, ketahap mini short. Yang lelaki ramai sudah berumur mengeluarkan belanja besar membeli apa saja barang yang keluarga perlukan. Semacam ada unsur 'Happy Family'. Lantas di Bangsar Village ada kedai mainan kanak-kanak exclusive, ada keperluan musik exclusive dan seumpamanya. Berbanding Shah Alam yang bercorak kemelayuan memang jauh beza.

Saya merenung kepada matlamat hidup manusia yang lalu lalang depan saya. Saya bukan menghukum, cuma ingin tahu apakah yang bermain di fikiran mereka setiap hari. Pastinya makan minum lazat, hiburan, melancung, party (banyak pub di Bangsar) dan seronok-seronok. Hidup terlalu moden mungkin melelahkan juga kerana sibuk update kereta, jenama pakaian dan alat solek. Entah...saya rasa macam lemas tak tau nak kemana.

Mujur ada MPH Book dan saya sempat membeli sebuah tulisan mengenai rawatan sakit pinggan melalui solat. MasyaAllah..rupanya solat mencegah sakit pinggang jika benar-benar penganut lslam menjalankan geraklaku yang tepat. Saya sedang praktikkan dan memang ada kesan, antaranya ruku' tepat 90 darjah, sujud tegangkan tangan, otot badan dan jari kaki yang berdiri. Saya dapati dalam solat memang kena khusuk menjaga geraklaku bukan sekadar memahami apa yang di baca dan hati fokus beribadah kerana Allah. Bila geraklaku di sedari (aware) rupanya baru rasa solat sempurna. Jika sekadar 'tonggang tonggek' (kata-kata orang jahil) ianya memang bukan solat.DI SEBELAH BANGSAR VILLAGE IALAH MASJID SAIDINA ABU BAKAR

Rumusannya dari AmCorp Mall ke Bangsar Village saya kehilangan identiti Melayu,Malaysia apatah lagi Islam. Dimana mereka ya?? Di sebalik tabir? Dimana budaya Ketuanan Melayu yang tidak tampil (dominating)? WaAllahua'lam

No comments:

Post a Comment