NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, January 10, 2010

WARGA EMAS=LANSIA (LANJUT USIA)




Salam

Ahad 10 Januari 2010 pagi-pagi lagi saya dan suami ke Bandar Baru Bangi, saya ke Danau Resort UKM, suami ke majlis pernikahan Fara anak saudaranya.

Danau Resort UKM menemukan rakan LANSIA (istilah di Indonesia) termasuk saya yang memasuki era 62 tahun, kawan saya 68 tahun. Masing-masing punya profession, saya Ahli Majlis PBT, beliau pensyarah KUIS.

Dalam program kepimpinan bersama teman yang berkelulusan Phd Azhar itu kami banyak mengimbau pengalaman lebih 30 tahun lalu. Rumah wakaf saya di kuarters Jalan Kelantan Bukit Persekutuan menjadi 'markas' pelajar-pelajar IPT termasuk UKM datang berkunjung dan menimba ilmu asas memahami deen Islam. Saya tidak sangka masa berlalu begitu singkat, sesingkat kisah Ashabul Kahfi...300 tahun. Bila mereka sedar dari lena terasa baru semalam. Inilah hakikat atau realiti kehidupan. Ramai yang 'bernostalgia' dengan pertemuan 30 tahun lalu, ramai juga yang 'tersentuh hati' kerana masih di pertemukan Allah pagi ini.

Saya memang jelas ketika itu ingin mewakafkan semua yang saya ada untuk Islam..malah dalam kata-kata akhir saya di majlis pertemuan hari ini pun saya menyebut perkataan 'itsar' yang bermaksud mendahulukan orang lain. Contoh akhlak mendahlukan orang lain memang punya barakah kerana terdapat dalam seerah Rasulullah saw dan para sahabat mereka sanggup tidak menjamah makanan semata-mata mendahulukan tetamu dan keesokan harinya Rasulullah saw tersenyum memuji akhlak sahabat tersebut dengan menyatakan 'para malaikat juga tersenyum dengan perbuatan kamu malam tadi..' alangkah cantiknya kalau kita atau keluarga kita mendapat pujian serupa itu.

Ada satu kisah lucu seronok arwah bapa saya datang dengan emak saya ke rumah Jalan Kelantan waktu itu. Rumah penuh dengan tamu, bila beliau mencari saya saya belum pulang dari pejabat. Terus arwah bapa saya menggunakan talipon rumah saya menalipon saya di pejabat..'apa hal rumah aini ni, orang ramai aini tak ada...' "ooh.. saya menjawab, maaf abah, sekejap lagi saya balik, kawan-kawan saya datang program."

Pening juga arwah bapa saya di kelilingi anak-anak 'barunya' tapi sejak itu beliau akur saya bukan kepunyaannya sebagai anak...saya milik semua orang yang memerlukan saya. Memang setelah bapa saya kembali kerahmatullah dalam tahun1991 saya meninggalkan rumah tersebut kerana mengikuti suami melanjutkan pelajaran keUK namun saya komit menyatakan separuh amal soleh saya dihadiahkan kepada arwah bapa saya.

Bila ibu saya meninggal dunia dalam tahun 2006 separuh lagi amal saya adalah untuk arwah emak.....macam mana saya boleh duduk diam kerana semua amal saya sudah di wakafkan???? di sinilah bermulanya keindahan bertawakkal.

Dalam buku "Syarah Doa Rabithah" tulisan Muhammad Lili Nur Alia, di sebutkan antara halangan manusia kurang bertawakkal ialah tidak yakin kepada kemahakuasaan Allah dan sanggup bersandar kepada yang lain, KEDUA, sikap sombong takjub kepada kemampuan diri dan rasa tak perlu pertolongan Allah, KETIGA condong kepada sesama makhluk untuk memenuhi pelbagai keperluan, KEEMPAT, mencintai dan terpedaya kepada dunia. Ada doa tinggalan Rasulullah saw mengingatkan kita "Ya Allah janganlah kau jadikan dunia sebagai hasrat kami yang paling besar.."WaAllahu'alam

2 comments:

  1. Alhamdulilah, banyak harta diwakafkan. Cuma yang anda kata setengah untuk Allahyarham emak dan setengah untuk bapa, saya agak keliru. Tak silap saya ustaz menerangkan bahawa semua kebaikan yang kita buat otomatik untuk mak dan ayah.Ditambah pula dengan doa. Satu tolak satu tolak satu jawanbya tiga.Sms saya penjelasan sebenar.tq.

    ReplyDelete
  2. Salam sobah. itulah yang terkeluar daripada nawaitu saya saat ibu bapa saya meninggal. Pada saya infaq tu macam 'zero-sum game' cuma sejak ada ilmu baru tau satu kita infaq dapat 10 atau 100 atau 700 atau apa saja yang Allah nak beri. Saya harap kerja-kerja soleh kita ibu bapa kita dapat semua tanpa pembahagian setengah, setengah dan sebagai anak soleh itu peninggalan terbaik untuk ibu bapa. WaAllau'alam

    ReplyDelete