
Salam
Sabtu 9 Januari 2010 saya di jemput ke Majlis menyambut kepulangan dengan selamat seorang Haji suami isteri, aqiqah cucunya dan pertunangan anak perempuannya. Saya tabik majlis 3 in 1 ini kerana banyak hikmahnya dan barakahnya. Sekaligus dapat meraikan 3 genarasi dengan pelbagai keperluannya. Belajar pengalaman bakal haji dan hajjah, mendoakan anak kecil yang baru melihat dunia dan memperingatkan bakal tunang berhati-hati dalam hubungan dengan tunang.
Seronok mendengar pengalaman seorang 'caterer' semacam bercuti memasak di tanah suci dan menikmati masakan orang lain yang di anggapnya 'amat sedap'. Dengarnya hajjah ini sewaktu berniaga di Kelang memang terkenal mudah bersedekah...alhamdullilah Allah bagi kesan sedekahnya di tanah suci dengan makanan enak dan kesihatan yang baik.
Kebetulan kakaknya (kak Chaq) yang menjaga rumahnya sewaktu beliau menunaikan haji berasal daripada Kota Kuala Muda Kedah dan memang merupakan seorang pembuat kraf kitarsemula majalah untuk Mawaddah kraf. Itu pun perkenalan bermula. Kak Chaq tidak tertahan mendengar kisah manis di tanah suci dan amat berhajat ke sana...saya terus mempelawa..'mari ikut saya ke umrah bulan Ramadhan." Suami saya pun akur. Maksud saya ikut dengan tambang dan belanja sendiri, ikut kumpulan saya saja asal berteman. Saya ajar Kak Chaq bertawakkal, berusaha dan berdoa, satu akhlak fundamental seorang Muslim. Mencontohi doa Nabi Ibrahim ketika di lempar ke dalam api dan ucapan Rasulullah saw di saat di tekan dan di kepung orang-orang kafir.."Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Ia adalah sebaik-baik penolong."(Surah Ali Imran 173)
Soalan pertama keluar dari mulut kak chaq...'siapa nak jaga nenek? rupanya keluarga ini ada seorang ibu tua berumur 90 tahun dan tidak boleh berpisah dengan kakak yang belum menunaikan haji ini. Selesai perbincangan semua adik beradik sanggup menjaga nenek dan insyaAllah kalau umur panjang saya memasang hajat ingin menemankan ibu tunggal Kota Kuala Muda ini ke tanah suci Mekah. Doa saya umur kami panjang, di lapangkan masa, di murahkan rezeki dan mendapat rahmat Allah. Ya Allah perkenankan.
Begitulah berkatnya majlis 3 in 1. Petang itu saya amat rasa selesa dapat menyenangkan hati seorang yang berhajat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sejak lama..saya berdoa semoga Allah murahkan rezekinya sebagai pembuat kraf dan saya mesti berusaha memasarkan hasilnya di tempat yang strategik, idamannya di Shah Alam City Centre (SACC).
Tak sampai sesaat niat saya pasang seorang tetamu wanita menyapa kumpulan kami dengan salam dan dalam perkenalan di dapati beliau memang ada sebuah kedai di SACC. MasyaAllah...semoga awal Februari nanti saya akan dapat bertemu wanita ini mengenai SACC. Amiin
No comments:
Post a Comment