
Salam.
Saya baru pulang daripada Kota Bharu menghadiri pelancaran Kolej Alquran Almanar di Rainessence Hotel. Di resmikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan yang heboh di perlekeh oleh media perdana sekarang ini. Saya tengok dia mantap iman, mengimamkan solat dan merasmikan pelancaran dalam bahasa Arab yang faseh. Ngeri juga saya dengar bila seorang yang warak di hina...kerana Allah akan istihar 'perang'. Ini maksud alquran, saya tak ingat surah mana, nanti akan semak dan update blog.
Pengelibatan saya dalam program ini tidak sebesar mana, sekadar menemani suami saya yang di lantik sebagai penasihat kepada Ahli Majlis Kolej Alquran. Namun beberapa minggu sebelum ini saya telah pernah bercakap dengan ustaz Yaakub pengasas kolej Almanar supaya ditubuhkan sebuah TADIKA ALQURAN di Shah Alam. Hai orang dah sampai kolej saya masih merangkak di peringkat tadika.. itulah nasib orang ketinggalan zaman dan jauh dari tamaddun yang Allah iktiraf. Malu pun ada, sedih lagilah...namun Allah tahu apa yang ada dalam dada saya...keluarkan aku ya Allah daripada pelbagai kegelapan kepada cahaya alquran...itu doa tawaf di Baitullah. Kegelapan termasuk jahil, zalim, sombong, tak insaf dan lalai.
Saya sering di peringatkan bahawa tamaddun bermula daripada peringkat anak-anak berumur 0-6 tahun, selepas itu pembangunan minda agak perlahan. Lantas saya ingin buktikan ini satu keperluan dalam perancangan modal insan Muslim masa depan. Saya arif sudah ada banyak tadika yang mengasaskan pengajian Alquran di peringkat tadika dan sekolah rendah serta menengah..sampai ke kolej, tapi boleh di bilang dengan jari. Kita perlu membina tamaddun bersepadu di semua tempat agar budaya soleh menguasai muka bumi Malaysia ini. Mengapa dan kenapa lepasan pelajar sekolah agama ramai yang terjebak dalam gejala sosial ialah kerana tidak ada yang menyambut selepas mereka keluar daripada pengajian. Pengaruh nafsu anak muda memang tidak dapat dibendung kecualilah dengan rahmat Allah remaja ini dapat mengurus nafsu dengan sabar diiringi doa ibu bapa serta teguran kaum kerabat dan jiran yang mengambil berat.
Apa pun saya juga di fahamkan Datuk Bandar Shah Alam membuat lawatan ringkas ke Kelantan pagi ini (isnin) untuk melihat pelaksanaan peraturan pelesenan ARAK di Kelantan. Malangnya penerbangan pulang saya ke Subang melalui 'firefly' telah di tetapkan jam 4.00 petang, saya tak dapat bersama beberapa orang Ahli Majlis yang ikut serta, semoga lawatan mereka membawa berkat. Saya memperingatkan lagi Datuk Bandar dan ustaz yaakub agar di fikirkan dengan serius TADIKA ALQURAN dan merancang mereka dapat bertemu di KB. Namun Ustaz Yaakub merasa kurang kena dari segi protokol menemui Datuk bandar tanpa saya sama. InsyaAllah saya hajat nawaitu saya dan harapan saya Allah perkenan. Apa yang penting ialah harapan dan pergantungan kita bukan kepada manusia yang sama-sama lemah, tapi kepada Allah Maha Perkasa dan Maha mengetahui.
Menyentuh penerbangan 'firefly' yang pertama kali saya cuba, saya amat berpuashati dengan perkhidmatan yang di sediakan dan merasa begitu aman dapat meggunakan lapangan terbang Subang yang hampir dengan Shah Alam. Menjimatkan masa dan memberi ketenangan. Bukankah ketenangan satu nikmat dan para syaitan amat susah hati jika orang mukmin dapat ketenangan? Waallahu'alam
No comments:
Post a Comment