NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, October 27, 2009

i City





Salam

Sepanjang hari ini saya di MBSA, urusan temuduga dan mesyuarat OSC serta JK bantahan pembangunan. Yang terakhir itu mengenai pembinaan i City di Shah Alam. Tidak ramai yang tahu apa dia i city walaupun tanda arah dan bangunan telah mula di bina di atas kawasan 72 ekar di seksyen 7 Shah Alam. Ia wujud di tengah-tengah kawasan perumahan yang bercampur-campur penduduk elit, sederhana dan penghuni pangsapuri kos rendah.

Antara bantahan penduduk yang terus berurusan dengan MBSA tanpa saya di maklumkan selaku Ahli Majlis menyebabkan saya semakin jahil tentang permasalahan i city ialah kerakusan membina bangunan tinggi hingga ke pesisiran rumah mereka. Yang saya tahu ialah i city menyerupai Cyber Jaya atau Silicon Valley yang di beri taraf MSC (MultiMedia Super Corridor). Maksudnya kawasan unik yang menggunkan teknologi terkini multimedia dan sistem wireless communication di alam maya. Saya pun kurang arif perkataan teknikal di mana semua bangunan di i city akan wire-up untuk menerima maklumat dengan petikan jari.

Apa pun penduduk terhampir i city membantah ialah proses pembangunan yang menganggu kehidupan mereka dengan gegaran dan bimbang tanah runtuh, longkang tersumbat serta retak di sana sini dinding rumah. Masing-masing dalam kebimbangan akan di cerobohi penjenayah sekalipun rumah mereka bertaraf "gated' Datuk Bandar membetulkan 'guarded'. Inilah perkembangan dunia, makin canggih semakin merunsingkan. Makin membangun semakin tersisih, terpenjara di rumah sendiri.

Tindakan MBSA ialah memberhentikan pembangunan dan akan mengadakan lawatan mengejut ke tapak i city.

Dalam hati saya memuji Allah dan berdoa agar amanah menjaga seksyen 7 shah alam ini dapat berlangsung dengan aman tanpa musibah, kemalangan dan sebarang bahaya. Dalam hati saya menukar konsep i city kepada islamic city...Ya Allah jadikanlah seksyen 7 yang majoriti penduduknya Islam sebagai Islamic city..beri kami hidayah ya Allah agar ia menjadi saham hidup kami di alam yang kekal...dan saya di kejutkan dengan realiti....kerja siapa? mesti ada sekumpulan penggerak kebenaran untuk merealisasikannya. Baru sebentar tadi seorang teman penduduk seksyen 7 ingin menyertai skuad aman...ini harapan terbaru saya supaya skuad aman benar-benar dapat mengamankan hati masyarakt di seksyen 7 yang di landa pelbagai kebimbangan akhir-akhir ini..yang terbaru i city..tapi islamic city pasti membawa ketenangan dan kemenangan insyaAllah.

No comments:

Post a Comment