
Salam.
Saya bertemu seorang tokoh fantasi pembangunan hari ini. Saya maksudkan fantasi adalah kerana ideanya menarik sekali seolah-olah menari-nari di mata saya setiap kali dia menggambarkan ideanya. Saya terus tersihir hinggakan lupa realiti di mana yang saya berada. Antara realiti yang tokoh tersebut sendiri katakan adakah pemerintahan sekarang dapat bertapak semula selepas pilihanraya ke 13? Ramalannya menarik sekali.
Tanpa menyebut nama, tokoh korporat ini orang utama dalam mengurus rantaian hotel besar di Tanah haram Mekah. Bila saya tegur mengapa pembinaan hotel lima bintang di sekitar Masjidil haram yang hanya orang kaya mampu menginap? Dia terus menyergah...siapa kata orang miskin dan biasa tidak boleh duduk hotel lima bintang? Mesti boleh dan memang untuk kemudahan semua jemaah haji dan umrah yang berada di tanah suci. Yang menjadi punca orang Melayu tak merasa duduk di hotel lima bintang di Mekah ialah kuncu-kuncu pengusaha pelancungan yang banyak mengambil keuntungan...marah betul dia dengan kenyataan orang Melayu tak layak duduk hotel lima bintang.
Khabarnya tokoh ini yang mempunyai sijil kerakyatan Negeri Mekah. Dia berhajat untuk pulang dan menetap di Malaysia dan membuat sumbangan kepada pelbagai pihak ide yang di milikinya terutama konsep untuk menarik ramai pelancung asing datang ke Selangor.
Minatnya tertumpu kepada Taman Tasik @7 dalam zon jagaan saya. Fantasinya dalam masa setahun jika dia di benarkan membangun hanya 2 ekar kawasan Taman Tasik, dia akan banjirkan lokasi tersebut dengan pelancung daripada negara Arab dan Cina. Janjinya dua ekar itu serahkan kepadanya selama 10 tahun dia bercadang nak buat resort, restoran dan rumah ala melayu untuk majlis perkahwinan ala kampong. Di satu sudut taman di cadangkan pengusaha menjual sayur-sayuran kampong setiap minggu, seperti pasar tani dan pasar air di Bangkok..Cara dia bercakap seolah-olah perkara yang di fantasikan hidup depan mata.
Itulah satu kelebihan Allah beri kepada setengah orang, termasuk tokoh tadi. Namun dia memang orang yang kecewa dengan kerenah peraturan dan birokrasi di Malaysia sehinggakan dia tidak rela menyediakan sebarang kertas kerja mengenai perancangannya. If you trust me..beri je dua ekar kawasan taman tasik, l deliver what i say in less than one year.
Apalah kuasa saya nak beri dia apa yang di minta kerana saya bukan datuk Bandar shah Alam...dan dua perkara penting yang menjadi halangan ialah bila pertukaran Datuk bandar pasti semua dasar akan berubah...dan katanya harus di ingat tidak semua orang mampu lakukan apa yang mereka tidak ada pengalaman.
Perbincangan kami di adakan di Anjung 7. Bila melihat malapnya Anjung 7 beliau mengesyurkan Anjung 7 di jadikan hub makanan Arab dan timur tengah. Itulah fantasinya..reliti sebaliknya agak menggerunkan kerana sejak beroperasi pemaju Anjung 7 mengadu dia di ugut oleh sekumpulan 'gangster' untuk membayar RM9000 setiap bulan. saya berhasrat menyiasat perkara ini.
Itulah menariknya fantasi, kita boleh bayangkan seindahnya namun realitinya tidak semudah itu terutama dalam kancah politik yang penuh 'zulumat' atau 'kegelapan-kegelapan' yang berpunca daripada sikap dan sifat mazmumah manusia. Apa pun saya amat tertarik dengan fantasi tokoh korporat tadi membantu program pelancungan negeri Selangor dan membantu lebih ramai umat Islam dapat menunaikan umrah ke tanah suci. katanya pakej termurah dan terendah telahpun di bincangkan dengan agensi pelancungan Selangor.
Apa pun dalam Alquran dan Hadis memberi amaran kepada orang-orang yang beriman bahawa hidup di dunia ini hanya satu fantasi, hidup sebenar dan kekal ialah di akhirat. Mampukah kita menetapkan tapak kaki keimanan terhadap akhirat sehingga kita bersiap sedia untuk realiti itu? Antara fantasi dan realiti adalah dua dunia yang berbeza. Yang mampu merealisasikannya hanyalah mereka yang dapat bantuan Allah. Manusia merancang Allah menentukan. Saya berdoa akan kekal terus banyak kebaikan dalam masyarakat Islam Melayu di Malaysia supaya dapat melahirkan ramai tokoh yang mewarisi kita insyaAllah. Waallahu'alam
No comments:
Post a Comment