NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, October 20, 2009

I REST MY CASE


Salam.

Tajuk di atas merupakan kata-kata peguam selepas membentangkan kes di mahkamah. Saya berada di mahkamah mencari kebenaran di MBSA. Sebuah jawatankuasa yang amat besar skop tuganya di perenggongjawabkan kepada beberapa orang ahli Majlis termasuk saya menjadi penasihat. Sebelum ini jawtankuasa ini hanya fokus sekitar kebudayaan dan sukan. Itu pun saya menegur bagaimana program di atur tanpa kami para penasihat dapat membincangkannya terlebih dahulu.

Namun kini dalam tahun kedua perlantikan ahli majlis dan saya membuat keputusan cukuplah sekadar dua tahun pengalaman supaya orang lain juga berpeluang menjadi ahli majlis, lantas saya berazam untuk memperjelaskan beberapa perkara.

Terms of reference bermaksud skop tugasan yang mampu di lakukan oleh jawatankuasa. Namun TOR tertakluk kepada apa polisi atau dasar umum sesebuah organisasi. Bagi MBSA saya menggariskan lima (5) dasar utama:

1. Semua program mesti ada unsur 'capacity building' atau pemberdayaan kemampuan kepada kumpulan sasar.
2. Semua program mesti menjurus kepada pembinaan tamaddun yang akan di wariskan kepada generasi akan datang, tamaddun yang tidak hancur atau rosak dek pengaruh yang mendatang dan menghilangkan identiti masyarakat bertamaddun
3. Semua program hendaklah tidak bercanggah daripada wawasan menjadikan Shah alam bandaraya bistari, indah dan bersih
4. Semua program hendaklah berteraskan membuat kebaikan dan mencegah mungkar
5. Semua program hendaklah dapat membantu kumpulan sasaran meningkatkan kemampuan mereka meluaskan dimensi tangggungjawab dalam kehidupan yang berubah-ubah. Contohnya seorang remaja tidak kekal remaja, ia kan melalui zaman berumahtangga dan sekaligus menjadi suami dan anggota masyarakat yang bertanggongjawab.Ruang untuk mereka di beri persediaan menambah dimensi kepimpinan ini hendaklah di sediakan.

Selepas menyatakan 5 asas ini saya 'Rest My Case'. Sekurang-kurangnya saya telah menyatakan prinsip saya dalam saya sendiri melalui perubahan dimensi menjadi wargamas kini. Saya mudah sekali tersinggung dalam dimensi ini, jika ada sedikit kurang kepercayaan dan kurang jelas sebarang tindakan saya mudah 'menarik diri'. Kesyukuran saya ialah suami saya sering menasihatkan dalam apa dimensi pun yang utama kita hamba Allah, etika pertama seorang hamba allah ialah kena ada rasa redho dala setiap urusan. Alhamdulillah dengan ansihat itu saya mudah melalui perubahan dimensi sebelum kita semua di jemput ke dimensi 'alam barzah'

Tidak sampai sehari saya menerima ujian memberikan pandangan tentang sebuah kumpulan pendawah kristian ingin menggunakan dewan banquet MBSA untuk konvensyen tahunan. Saya akur dakyah kristian menyebabkan berleluasanya kes murtad di kalangan umat Islam Melayu di Malaysia. Sayaminta pandangan ahli majlis lain, semuanya 'non-committal' dan menyerahkan kepada budibicara Datuk Bandar. saya menasihatkan pegawai yang terlibat agar berpegang kepada prinsip yang lima di atas, iaitu menyeru kebaikan dan mencegah mungkar. Mungkar bagi umat Islam ialah sikap kufur yang di ikuti mutad dan keluar agama. Penerimaan agenda konvensyen di MBSA akan menibulkan fitnah dalam suasana pelbagai pihak terutama JAIS yang sedang membenteras gejala murtad sekarang. Saya juga 'rest my case' setelah memberi pandangan itu.

Hari berikutnya kami waki NGO di jemput oleh pihak JAIS ke mesyuarat Maufakat program yang dapat membantu JAIS. Empat isu terbentang untuk di selsaikan, antarnya isu agama sesat, murtad, dakwah kepada non-muslim, urusan mua'alaf dan gejala sosial. Antara isu yang perlu di jelaskan ialah penyelarasan pelbagai program yang di jalankan NGO agar tidak bertindih menyebabakna pembaziran wang dan tenaga manusia. SWekalung tahniah kepada pihaj JAIS kerana telah dapat mengorak langkah memberi fokus kepada NGO di mana Pertubuhan Mawaddah di beri skop program kekeluargaan. Ia amat ssesuai dengan keanggotaan kami yang semuanya berkeluarga dan berumur. Isu penjualan arak turut di sentuh, isu mencegah mungkar di kawasan perumahan dan bantuan kewangan kepada NGO.

Menyentuh penjualan arak isu ini di kra selsai di pihak MBSA dengan peraturan 'kawalan kendiri'. Namun saya kurang senang memandangkan isu ini tidak di lihat dalam perspektif yang lebih luas, antarnya sejauh mana remaja hari ini ada kawalan kendiri daripada membeli arak dan juga 'kondom' yang laris di jual di akunter kedai serbaguna serta 7-11. Ayat Quran dan Hadis jelas menyebut 'haram'nya arak dan 'jangan dekati zina'. Hadis menyebut 10 orang terlibat dalam urusan menyedia, menghidang, membuat dan membawa arak...berapa ramai pekerja kilang arak yang melibat orang Islam Melayu yang terpalit dengan ARAK. Begitu juga mudahnya penjualan kondom menyebabkan berleluasanya kes-kes zina dan pembuangan anak...remaja bukan takut Allah bila melakukan zina, mereka takut pasangan wanita mengandung! oleh itu penjualan komdom juga sukar di terima dalam tamaddun beriman dan bertaqwa. Saya juga "rest my case!' dalam hal ini. kerunsingan saya ialah masing-masing ada anak dan cucu yang membesar dalam tamaddun 'globalisasi' seolah tidak ada peraturan "lawless' sedangkan awal-awal lagi kita di peringatkan tentang KITAB, ALQURAN, alam GHAIB dan KEBESARAN ALLAH di mana-mana.

Dalam kemelut memikirkan tamaddun orang beriman dan bertaqwa saya terjumpa kata-kata hikmah sewaktu melayari email, terimakasih kepada teman yang mengirimkannya:

I asked Allah for strength and I was given difficulties to make me strong
I asked Allah for wisdom and I was given problems to solve
I asked Allah for prosperity and I was given a brain and brawn to work
I asked Allah for courage and I was given obstacles to overcome
I asked Allah for love and I was given troubled people to help
I asked Allah for favours and I was given opportunities
I received nothing I WANTED..but I received EVERYTHING I needed.

Untuk kepentingan adik saya dan sesiapa yang kurang faseh berbahasa Ingeris terjemahannya berbunyi:

Aku mohon kepada Allah berikan aku kekuatan dan aku di berikan kesulitan agar aku jadi kuat
Aku mohon kepada Allah berikan aku hikmah/kebijaksanaan dan aku di beri masalah untuk di selsaikan
Aku mohon kepada Allah berikan aku kekayaan dan aku diberikan akal dan kudrat jasad untuk berkerja keras
Aku mohon kepada Allah berikan aku keberanian dan aku diberikan halangan untuk di atasi
Aku mohon Allah berikan aku kasih sayang dan aku diberikanorang yang bermasalah untuk di bantu
Aku mohon kepada Allah berikan aku kelebihan dan aku di berikan peluang
Aku TIDAK menerima apa-apa yang aku INGINKAN tetapi aku dapat SEMUA yang aku perlukan...

1 comment:

  1. Saya harap apa yang dimaksudkan dengan "I rest my case" ialah setakat berhenti sebentar untuk 'mengambil nafas' sebelum meneruskan perjuangan. Mungkin masih ada ruang untuk menukar strategi dalam tindakkan kita. Kita "rest" di alam Barzah nanti.
    Dalam hal memberi ruang untuk agama Kristian, saya dahulu semasa kerja di JKR saya menggunakan sebab penolakan permohonan dewan besar semasa waktu solat Jumaat untuk menyambut Christmas ialah saya katakan hanya agama Islam sahaja yang boleh sebab Islam adalah agama rasmi dan boleh menggunakan premis kerajjan. Agama lain tidak dibenarkan. Tidak susah dalam hal ini kalau kita yakin pada janji Alla "buat yang aku suruh, Rahmat ku akan bersama." Mungkin ahli lain tidak yakin dengan janji Allah yang ini.

    ReplyDelete