NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, October 15, 2009

OPEN HOUSE UNTUK ELIT


Salam.

Saya dapat satu jemputan Jamuan Hari Raya daripada Persatuan Penduduk "Rumah Sesebuah dan Berkembar (RSSB)" Seksyen 7 Shah Alam. Selaku Ahli Majlis Zon saya terima dengan hati terbuka walaupun ada desas desus menyatakan itu kawasan elit dan VVIP sahaja. Saya juga VIP hati saya menyampuk, tapi tak penting kerana saya nak jadi VIP dunia yang lain insyaAllah.

Kerani MPP saya ajak sekali untuk mengambil gambar suasana Hari Raya RSSB di dewan ArRahah kompleks kediaman YB Dato' Seri Ir Mohd Zin B Mohamed. Pengerusi RSSB ialah Tan Sri Abdul Rahman Omar. Kebetulan saya di iringi duduk di meja isteri Tan Sri dapatlah sedikit maklumat tentang RSSB.

Setelah mengambil gambar, kerani saya minta izin pulang kerana dia 'segan' tak ada teman. Sebelum itu Sargent balai polis seksyen 7 katanya datang tapi pulang sebelum makan kerana 'segan'. Saya minta kerani saya makan sedikit apa juadah yang ada dan bergaul dengan siapa sahaja yang ada di meja.

Beberapa VVIP yang pernah menjadi teman se perkhidmatan kelihatan di meja sebelah. Saya mencuri juga untuk memberi salam, ternyata tidak ada kesempatan. Kebetulan saya ada jemputan jiran yang akan menunaikan Haji saya bercadang pulang awal. Persembahan kumpulan nasyid 'Wayfarer' menangguhkan hajat saya lantas saya pergi ke hadapan bertemu ketua kumpulan wayfarer. Melewati meja seorang kawan tadi saya bersedia nak memberi salam, ternyata dia tidak nampak atau memalingkan muka. Alhamdulillah..jihad pertama, lagi pun dia seorang lelaki. Saya terkesan juga seolah kehadiran saya tidak di iktiraf, apa pun setelah bertemu beberapa teman yang saya kenal saya terus pulang.

Pulang ke rumah saya menkaji perkataan 'segan' yang di ungkapkan oleh kerani saya dan sargent yang kebetulan ahli MPP zon 3. Apa yang tersirat dalam perkataan 'segan' saya cuba selidik. Mungkin tidak ada orang menegur atau melayani mereka? mungkin mereka rasa asing dengan kumpulan orang-orang berada di RSSB? mungkin awal-awal lagi mereka ada persepsi yang mereka akan pergi ke tempat elit?

Saya membedah dada saya juga kenapa saya kurang selesa berada dalam majlis tadi? adakah kerana seorang teman tidak kenal saya lagi atau saya memang membuat persepsi salah kerana tuan punya rumah seorang bekas Menteri kerajaan persekutuan dan saya kini berkhidmat di sebuah negeri di bawah Pakatan rakyat? Entahlah..tak dapat jawapan. Cuma suami saya menyuarakan bahawa adalah lebih baik jika majlis tadi berkenalan dengan imam surau (yang tidak di jemput) atau anak-anak tahfiz yang ada dalam kariah kami kerana makanan memang sedap dan banyak. Baru saya tersedar, itu mungkin jawapan mengapa ada yang menyebut segan dan tak selesa dalam suasana jamuan tadi.

Kebetulan siang tadi saya juga menghadiri jamuan Hari raya sebuah syarikat yang di dalamnya kakitangan di galak berkaraoke..juga tak ok pada saya...mungkin saya tidak kontemporari, tidak sesuai dengan zaman atau saya 'orang asing' dalam budaya sendiri. Yang pasti saya tidak selesa dalam budaya elit, bermewah dan bersukaria tanpa tujuan ubudiyyah, tanpa mengutamakan apa yang Allah perintah kita jaga, antaranya mulut basah dengan zikir mengingatiNya, tutup aurat termasuk suara dan solat tepat waktu.

Sebagai orang asing saya berdoa supaya ada sedikit kelainan dalam akhlak saya dan suami untuk membuat pebezaan. Saya akan terus hadir dalam pelbagai majlis untuk saya menjadi seorang ' street smart' bergaul dengan semua orang dan menyampaikan apa saja kebenaran yang saya mampu. Memang ada jihadnya almaklum nafsu suka di iktiraf, suka pamer kelebihan dll yang akan muncul jika kita lalai. WaAllahu'lam

1 comment:

  1. Orang "elit" kadang-kadang lupa bahawa kita semua serupa di sisi Allah. Yang "elit" cuma yang lebih Taqwanya. I usually tell myself "buat apa yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang" so we can learn to "walk tall" walaupun kita di Istana Raja. Sama-sama kita doa Allah beri kita kebijaksanaan dan kekuatan.

    ReplyDelete