NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, August 6, 2019

PARANOID AKHIR ZAMAN

BismillaahirRahmaanirRahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh
Rabu 7 Ogos 2019/ 6 Zulhijjah 1440H

Alhamdulillah..saya banyak juga mendapat maklumat daripada beberapa youtube tentang akhir zaman...malah ada dua pendakwah Christian turut memuatnaik pelbagai maklumat yang penganut agama Christian yakin akan berlaku di akhir zaman.

Dua sumber yang tidak boleh di nafikan banyak maklumat akhir zaman adalah AlQuran sendiri dan Hadis Rasulullah saw..namun tidak ramai orang awam yang ghairah menelitinya kerana kurang masa dan kesibukan dengan dunia masing-masing.

Sejak bermastautin semula di Shah Alam saya berpeluang rapat dengan kumpulan yang bertalaqi alquran serta yang menubuhkan kumpulan khatam quran mengikut kemampuan..1 juz sehari, 3 hari,seminggu,10hari..sebulan.

Sebenarnya Tadika dan Taska Smartop telah 10 bulan melaksanakan program khatam quran 3 juz sebulan...dah berlangsung 10 bulan pada 9 Ogos ini..bermaksud warga Smartop semua telah selesai membaca seluruh 30 juz alquran mengikut giliran yang di aturkan setiap bulan ..Alhamdulillah.

 Saya mendaftar juga untuk program khatam 10 hari satu juz..anihnya 29 peserta lain saya hanya kenal melalui nama di kumpulan wassp. Namun ada juga usaha untuk mempertemukan peserta melalui trip bersama ke beberapa tempat hingga ke Brunei Darul Salam menjalankan program khatam alquran...menarik dan berinovatif group ini. Program terdekat di srbuah hotel di Melaka yang akan di adakan sempena cuti Hari Malaysia 15-16 September. Saya bercadang menyertainya bersama suami insyaAllah.

Berbalik kepada kumpulan bertalaqi dengan seorang Sheikh asal Mesir yang di tarbiyah oleh bapanya sendiri seorang hakim musabaqah alquran..saya mendapati komitmen beliau terhadap alquran sungguh istimewa..sentiasa mengingatkan kami muridnya agar BERADAB dengan Alquran..yang membawa mesej beradab dengan Allah.

Beliau sering berkongsi amalan tergelincir masyarakat di Malaysia menurut adat kebiasan yang sukar di ubah antaranya majlis tahlilan /Yasinan yang tidak meletakkan keutamaan membaca dengan bertajwid serta tidak memikirkan makna kalimah yang di ucapkan..ketika beliau memberi teguran ramai yang kurang senang dan memulaukan beliau.

Saya memilih tajuk paranoid akhir zaman kerana terlalu melimpah tanda2 akhir zaman yang berlaku di alam semesta yang membuatkan ada di kalangan masyarakat terkesan untuk membuat ramalan ke tahap membuatkan orang ramai bertindak samada berubah atau sebaliknya menentang. Berubah dengan hidayah Allah Alhamdulillah satu yang positif kerana itu memang tujuan hidup manusia mengejar akhirat tanpa melupakan dunia..yang merunsingkan ialah lebih ramai TIDAK BERADAB yang banyak menimbulkan masalah..kalau tidak beradab dengan ibu bapa dan orang tua masih di kira boleh di maafkan tetapi menolak perintah Allah dan Rasulullah ia sudah dianggap berada pada garisan merah bahaya..penyebabnya kurang ilmu dan persekitaran yang di penuhi pengaruh DAJJAL. lnilah paranoid akhir zaman yang akan melibatkan orang terdekat kita, anak, ahli keluarga dan kenalan yang dibuai mimpi indah mereka masih muda...padahal kematian umur muda terpampang berlaku depan mata...SubhanaAllah..semoga Allah merahmati usaha membuat persiapan akan bertemu denganNya any time now..WaAllahualam






No comments:

Post a Comment