NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, November 30, 2020

GELANG PINK

 Bismillahir RahmanirRahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

Isnin 30 November 2020/ 14 RabiulAkhir 1442H


Alhamdulillah..walau apapun yang berlaku semuanya berhikmah..Allah yang izin Dan semua dari Allah baik belaka..ALHAMDULILLAH

Trip menyambut hari lahir Saya dan anak kedua yang tidak berapa hari berselang selepas saya alhamdulillah berjalan lancar...yang kami hajatkan semua baik belaka..makan minum alhamdulillah lebih mewah daripada orang lain di musim PKPB..

Isnin 23 hb anak cucu membuat kejutan majlis harijadi di sebuah restoran steamboat di Bandar Melaka...meriah Dan alhamdulillah walau Saya kurang menjamah makanan kerana ulcer di mulut...cuma menikmati kek harijadi yang manis macam biasa.

Kejutan anak saya senyap2 menyewa hotel yang sama Saya menginap..keesokan paginya terkejut semua hadir sarapan...Saya menegur menantu saya yang di katakan kurang sihat...katanya akan ke doktor petang nanti.

Saya pulang ke Tangkak tengahari yang sama Selasa kerana bercadang mengadakan mesyuarat Koperasi Subur Fitrah jam 4.00 petang.. Alhamdulillah mesyuarat mewakili Ahli Lembaga Koperasi dapat di jalankan.

Malamnya anak ketiga Saya meraikan harijadi lagi dengan signature dishnya Kari kepala ikan..Saya boleh makan sedikit sebab lembut isinya. Menantu saya di beritakan ada mesyuarat di pejabatnya BatuPahat dan telah menaiki kereta abangnya bersendirian setelah ke klinik. 

Alhamdulillah perancangan berziarah rumah kawan lama saya di Parit Sulong keesokannya Rabu menaiki kereta anak saya meninggalkan kereta kami di Tangkak kerana anak Saya akan terus pulang ke rumahnya di Batu Pahat.

Makan tengahari yang lewat hari Rabu...Saya lihat menantu saya berkot demam kemudian kami dengan cucu2 bermalam di chalet yang ada swimming pool ...

Takdir mengatasi semua perancangan kami ...Dua tiga cucu mengalami demam Dan pulang ke rumah mereka. Menantu saya di talipon Kem kesihatan agar menjalankan swab covit...Dan bermulalah sejak itu suami saya melalui fasa memakai GELANG PINK 

Hari Jumaat hajat suami Saya bersolat Jumaat tercapai kerana di Selangor belum di benarkan solat Jumaat..petang itu juga dapat berita menantu saya positive covit...lemah longlai anak Saya seisi keluarga yang masing2 anak belum sihat. Kami sediakan air lemon panas dan makanan kesihatan yang terdaya di Cari waktu itu ..Hari itu juga birthday anak Saya hadiah sedih suami bercovit ...adduhh..Saya cuba mengawal suasana kerana anak dari tangkak pun Ada sama membawa bersama anak saudara saya untuk join swimming pool...

Nampak gayanya seisi keluarga anak Saya mesti akan di pantau kkm..lantas Saya menyarankan dia tinggal terus di Batu Pahat..kami akan pulang ke Tangkak meminjam kereta anak saudara saya yang pulang ke Tangkak malam tersebut menumpang kereta anak saya.

Pagi2 Sabtu kami terus pulang ke Tangkak..simptom demam mula suami saya rasa..lengoh badan..malah Saya sendiri tidak berselera makan..bimbang kakak Saya terkesan Saya terus pulang ke Shah Alam...tanpa berhenti.

Sepanjang petang ke malam berehat namun suami saya di serang demam tidak lena tidur..

Awal pagi Ahad beliau ke unit kecemasan Hospital Shah Alam menyerah diri mengakui telah bersama pesakit covit...Beliau berada di HSA dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang ...Saya mula cemas kerana suami lupa membawa talipon...Saya lihat dalam taliponnya ada miss call dari hospital...Saya talipon RED ZONE...rupanya suami Saya terlantar kerana di masukkan drip kerana tekanan darah rendah..bila di tanya dia mampu memandu pulang lepas drip jawapannya positive...Saya lega...dia miss solat zohor...Dan qada bila pulang kerumah...Dan amat kelaparan...SubhanaAllah. Anak lelaki Saya turut menghantar bekalan makanan pesanan kakaknya kerana kami terpaksa menjalani kurantin 2 minggu.

Alhamdulillah ala kulli hal. Suami saya pulang berGELANG PINK kuarentin 15 Hari sampai 13 December ..

Sekarang baru saya sedar betapa covit menguji ketahanan badan seseorang...Saya menyediakan pelbagai rawatan alternatif...termasuk urutan kaki dan tangan, HEMOHIM produk ginseng Atomy Korea bersacet2 ..tapi tawakkal pada Allah paling utama. Keluarga anak 2 di Tangkak Dan Batu Pahat semua menjalani swab Dan kurantin...saudara mara Kajang menemplak kecuaian kami melanggar pkpb...insyaAllah esok Saya akan menjalani swab juga Dan berGELANG PINK insyaAllah.

No comments:

Post a Comment