NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, November 18, 2020

DARURAT OH DARURAT

 BismillahirRahmanirRahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Khamis 19 November 2020/ 


Alhamdulillah...hampir lima bulan tidak menulis..semoga Allah menambah rezeki ilmu Dan iman...kerana rezeki kehidupan Allah dah jamin hingga saat hujung nafas...

Tajuk blog DARURAT OH DARURAT memang sesuai dengan keadaan sekitar yang dilanda pelbagai masalah ketahap semua jadi darurat...Di Selangor darurat berpanjangan gangguan air disebabkan pencemaran amat menyusahkan penduduk apatah lagi keluarga yang ramai anak..Saya jangka silap haribulan air untuk berwuduk mungkin di senarai akhir kerana keperluan toilet yang diutamakan.

DARURAT Covit 19 apatah lagi kian hari ribuan kes baru yang berkluster kluster..semoga Allah beri Jalan keluar...tapi Allah dah beri peringatan TAQWA adalah Jalan keluar.. Yang ni kenalah tepuk dada tanya IMAN.

DARURAT politik Kian menggila...dah di istihar pun sebuah kawasan di Batu Sapi Sabah jadi darurat ...bayangkan mereka tidak boleh keluar sesukahati...semua di bawah kawalan keselamatan, lebih teruk daripada pkp.. pkpd..Naik pening di buatnya menyekat kebebadsn bergerak dan bersuara..bersuara pun ibarat mencurah air di daun keladi...siapa pun tak kisah masalah rakyat kerana when the chips are down semua nafsi nafsi pentingkan diri sendiri..maka terkial2lah ustaz ebit liew menghantar bantuan sana sini...yang berkuasa terus membolot harta rakyat...lni boleh di lihat dalam pembentangan bujet 2021..tanpa segan silu memberi peruntukan untuk JASA..sebuah agensi politik murahan...

DARURAT lagi bila para ulama di anggap rakus...berkhianat sana sini demi kepentingan dunia yang sementara...maka rosak teruklah kepimpinan dan rakyat terus menderita ...habis darurat semua urusan..persekolahan,kekeluargaan Dan hubungan antara insan..SERIAU kata orang utara melihat tahap kejatuhan maruah satu umat yang Allah buka jalan menjadi mulia tapi mereka lebih memilih akhlak hina lagi menghinakan...yang daruratnya penyakit ini lebih menular dari Covit...mudah2 saja hari ini demi nak hidup meragut hak orang sana sini,menipu dan berbuat obar...adduhh..


No comments:

Post a Comment