NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, May 16, 2018

WINNER MENTALITY

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Rabu 16 Mei 2018 / 30 Syaaban 1439H

Alhamdulillah..thumma alhamdulillah..saya diberi kesempatan menulis blog kali ini selepas menikmati perasaan elated..jubilant dan euphoria..big english words untuk melahirkan KEGEMBIRAAN yang tak terlafaz setelah berlalunya pilihanraya ke 14 yang aman dan kemenangan rakan-rakan dalam PAKATAN HARAPAN..sekalipun Ustaz Nik Omar kandas di DUN Kelantan. Adik saya yang berada di Jakarta pulang mengundi semata-mata kerana Nik Omar..SubhanaAllah

Kebimbangan menunggu keputusan hingga ke pagi malam selepas mengundi begitu memuncak. Saya sampai bercakap dengan kucing yang saya sediakan makanan agar mendoakan berlaku perubahan kepada kerajaan angkuh sebelum ini supaya keadilan tercipta di Malaysia tercinta. Kucing dua tiga ekor yang kelaparan cuma mengiau..saya senyum sendiri kerana begitu cemasnya suasana ketika itu. Kepada seorang teman saya mengatakan jika Pakatan Harapan kalah l will cry silently...

Kemurahan dan keadilan Allah berlaku setiap saat dan di mana saja ujud makhlukNya..ini yang saya dapat rasakan bila angin perubahan berlaku dalam pilihanraya Malaysia seminggu yang lalu. Hinggaa saat ini saya tidak berhenti mendoakan agar Allah permudahkan Perdana Menteri tertua di dunia membuat keputusan yang tepat dan meredhai amalnya di umur lanjut..terasa kerdilnya diri ini tanpa amal besar yang di lakukan Tun Mahathir, seorang tokoh negara yang pernah saya padam namanya satu ketika dahulu daripada hati kecil saya. Sekarang beliau mengajar saya konsep WINNER MENTALITY atau dalam lain perkataan berfikir dan bersikap mulia/menang/positif.

Hari ini Smartop menyambut Hari Guru..esok bermula kedatangan tetamu mulia Ramadhan...dua fenomena yang kami sambut bersama dengan anak-anak Taska dan Tadika Smartop. Keseronokan yang sambung menyambung sejak selesai pilihanraya membuatkan hari-hari saya terpenuh ingin mengutip bahan-bahan WINNER MENTALITY.

Ustaz Nik Omar mengingatkan bahawa dalam setiap perjuangan sekali kita bertekad dan yakin, kita mesti bertawakkal...(Surah Ali lmran 159), ini sifat pertama WINNER MENTALITY. Alhamdulillah saya berada di Tangkak semula hari ini atas tekad ingin melihat projek Koperasi Subur Fitrah (Kofitrah) mengeluarkan air minuman untuk infaq Ramadhan berjalan lancar. Sedikit kelewatan kerana air Kofitrah hanya siap hari Jumaat. Esok kerajaan Negeri Johor bercuti sempena awal Ramadhan...sebelum ini cuti telah bermula sejak hari pilihanraya Rabu hingga Ahad meraikan kemenangan kerajaan Pakatan Harapan.

Menunggu hari Jumaat telah 5 malam saya menghuni rumah kakak saya terasa membebankan pula namun jika saya menginap di tempat lain pasti akan mengecilkan hatinya...sifat kedua WINNER MENTALITY: jaga silaturrahim walau apa pun berlaku.  Gusar hati saya sepanjang berkempen pilihanraya pelbagai reaksi di berikan untuk menyokong calon pilihan masing-masing sementara di pihak lawan menolak calon dengan kata-kata yang kesat tidak terkecuali di kalangan adik beradik melalui wassap.

Cerminan kepada LOSER MENTALITY atau sikap orang yang kalah terpampang di kalangan pemimpin yang berucap celupar terhadap lawan, bertindak kebudak2an memotong gambar dan menipu untuk menang menyebabkan ramai yang muak lantas berpaling mengundi Pakatan Harapan sekalipun di kubu kuat kerajaan seperti di Negeri Johor. Setelah verdict / hukuman kekalahan kerajaan memerintah sebelum ini berlaku jelas senyap dan sunyi sikap LOSER MENTALITY yang sering mendabik dada di saat berkuasa. Nik Omar mengajar lagi ciri WINNER MENTALITY ketiga bahawa Allah lebih tahu apa yang baik untuk hambaNya sekalipun seorang hamba menyangka sesuatu itu buruk. (Surah AlBaqarah 216)

WINNER MENTALITY keempat seseorang itu haruslah tidak mudah melenting bila di cabar, di perlekeh atau di pinggirkan. Di sini Tun Mahathir menjelmakan ketajaman fikiran dan kosisten pandangannya setiap kali menjawab persoalan yang di lontarkan kepadanya, sepatah perkataan sahaja dia boleh menjawab semua persoalan yang di ajukan. Asasnya ialah beliau memiliki ilmu yang kukuh tentang bidang yang di ceburinya.  Selain kuat membaca beliau juga suka mendengar dan hadhamulu setiap isu. Ini ciri kelima WINNER MENTALITY.

Dalam ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola Smartop sewaktu sambutan hari guru beliau menyebut bahawa WINNER MENTALITY termasuk cara berkerja yang bersungguh-sungguh, ikhlas, jujur dan amanah. Dalam berperilaku harus berdisiplin menjaga waktu, sentiasa bersih, baik pertuturan dan bersabar. Teringat saya kembara di New Zealand ciri negara maju terserlah dalam kebersihan, simple yet menyenangkan mata memandang. Saya kira CLUTTERING atau suka mengumpul barangan sekalipun mahal menggila merupakan LOSER MENTALITY sebab ada ciri takut kehilangan..sedangkan nyawa kita pun bila-bila sahaja boleh hilang dengan izin Allah.

Satu perkara yang saya kagum dalam menetapkan fokus atau matlamat dalam pilihanraya baru-baru ini yang bercirikan WINNERE MENTALITY keenam  ialah ada keutamaan /awlawiyyat dalam tindakan yang berfasa, iaitu utamakan untuk menghapuskan kerosakan sebelum melangkah kehadapan dengan pelbagai perubahan positif. Selagi kerosakan berleluasa dalam masyarakat agak sukar untuk kebaikan bermanfaat. Umpama setitis dakwat dalam segelas air bersih, satu gelas berubah warna. Jika dakwat di buang atau tidak di hampiri  langsung, mudahlah menjaga air bersih untuk di minum berikutnya dan memberi manfaat. Antara kerosakan yang perlu di singkirkan dalam pemerintahan angkuh sebelum ini ialah rasuah berleluasa dan pemusatan kuasa yang menekan rakyat. Setelah di kenalpasti kezaliman dan cuba di hapuskan satu demi satu mudah-mudahan titis dakwat dapat di kurangkan. Begitu fokus perdana menteri Malaysia yang di lantik kali kedua sekarang meletak keutamaan membuang kerosakan, saya yakin persekitaran di Malaysia akan lebih mudah menyerap kebaikan. Sesungguhnya setitis unsur haram yang masuk dalam darah daging seorang insan mengundang azab api neraka (maksud hadis).. nauzubillah. Inilah intisari mendahulukan membuang kemungkaran sebelum mempamirkan kebaikan.

Akhir sekali WINNER MENTALITY  yang dominan di ajar melalui Alquran dan terjelma dalam peribadi Rasulullah saw seperti di sebut dalam Surah AlFath dan An Nasr ialah semakin meraih kemenangan semakin banyak di galakkan beristighfar dan tawaduk, merendah serendahnya kepada Allah kerana semua kejayaan adalah hak Allah bukan milik manusia. Dibimbangi kalau semakin berjaya dan berkuasa semakin lupa diri seorang itu dikatakan mengalami sindrom ISTIDRAJ iaitu tertipu dengan kilauan cahaya dunia...suatu yang merugi serugi2nya, WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment