NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, May 4, 2018

KEMBARA CAMPER VAN DI NEW ZEALAND..1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Jumaat 4 Mei 2018 / 18 Syaaban 1439H



Alhamdulillah saya dapat menyambung blog untuk bercerita tentang New Zealand. Memori terindah anugerah Allah yang tergolong dalam BAHJAH iaitu kebahagiaan yang sesekali sahaja menjelma ...macam makan durian hanya pada musimnya bagi peminat durian. Malah bila saya bercerita tentang indahnya berada di NZ menantu saya yang peminat durian cepat-cepat menyampuk..NZ tak ada durian..mana boleh best..kami gelak sahaja.

Sebenarnya maklumat trip ke NZ kalau di google banyak sekali dan video cantik-cantik tentang NZ sedia terakam ..namun saya terlepas pandang untuk membuat rujukan dan menyerahkan semua urusan kepada adik ipar yang telah pernah ke NZ mengikut pakej...hikmah terlepas pandang sayalah yang membuatkan kembara ke NZ merupakan saat discovery yang indah sehingga sekelip pun kami tidak memejamkan mata untuk menikmati pemandangan memukau di sekitar.  Suami saya yang memandu hampir 3000 km turut cergas dan sedikit pun tidak merasa letih berbanding memandu di Malaysia..sering di Malaysia beliau akan di serang flu 2 atau 3 hari selepas memandu perjalanan jauh.

Bermula daripada A kami melangkah ke imigeresen dan kastam NZ jam 3.30 petang waktu NZ sehari selepas bertolak selepas 9 jam penerbangan via Gold Coast Australia. Kami bertolak jam 11.30 malam waktu Malaysia dan bersolat Subuh dalam penerbangan ke Gold Coast. Beg makanan semua pelancung di saring berjam-jam hingga melepasi waktu Maghrib, sedangkan solat Zohor dan Asar pun belum di tunaikan. Sebaik keluar pintu lapangan terbang kami bergilir ke bilik air mengambil wuduk, bentang sejadah di belakang sudut menunggu..qada solat Zohor dan Asar penuh dan jamak solat Maghrib Isya.

Bilik air yang superb bersih menarik di NZ walau di mana sekalipun sedangkan mereka tidak menyediakan paip atau hos air dalam setiap bilik air, semuanya menggunakan kertas tisu. Kami menggunakan botol air mineral atau cawan plastik ke bilik air dan mengelap dengan tisu air limpahan wuduk untuk menjaga akhlak sebagai pengguna Muslim.

Dengan sikap berhemah kami mencari pengangkutan termurah setelah membeli simkad NZ. Untuk 3 penumpang teksi dengan GST affordable. Penginapan malam pertama bilik famili untuk 3 orang di Jucy Snooze lengkap dengan bilik air, shower, livng room dan kitchen common user. Selesalah kami merehatkan diri sebelum penerbangan seterusnya ke Christchurch pulau selatan NZ awal pagi berikutnya.

Cuaca semasa tiba di Auckland agak selesa dalam 16 degree, setibanya di Christchurch menjadi 8 degree, mulalah saya menyemak baju, rupanya tidak cukup untuk menampong cuaca sejuk yang di ramalkan akan cepat berubah kerana musim winter sudah hampir..sekitar bulan Mei Jun. Bagi yang datang daripada negara cuaca panas saya menikmati cuaca di NZ malah mengharapkan dapat menikmati salji sekaligus.

Urusan mendaftar campervan dengan syarikat Britz mudah di selesaikan kerana adik ipar saya telahpun membayar deposit dan berkomunikasi melalui email, kami suami isteri terima sahaja kerana keghairahan bercampervan sudah membuak dalam dada. Bila di serahkan sebuah campervan lengkap segalanya lupa untuk menentukan kunci pelbagai jenis dan terpaksa melihat manual..malah gps pun terlupa mencari punca menggunakannya terpaksa menggunakan gps handphone sepanjang perjalanan.  Dalam hati berbisik..jakunnya..he he

Membelibelah makanan asas di pasaraya COUNTDOWN yang menarik besar dan kepelbagaiannya menyedut duit RM600 kira-kira NZD200 lebih...SubhanaAllah..tak pernah saya bershopping barang asas menjangkau RM600 di Malaysia...begitulah kos tinggi yang terpaksa kami lalui di NZ..berbanding warga NZ yang minima gaji hampir NZD3000 terasa ciputnya wang persaraan kami...

Bermalam di Camp site Spencer Beach Holiday Park sekitar Christchurch sebelum kembara beribu km bermula agak selesa juga, apakan tidak kerana makanan banyak menunggu untuk di masak. Kami mula sesuaikan diri dengan campervan, tempat tidur yang agak selesa besar serta penggunaan pelbagai alat dan bilik air kecemasan...seronok rasanya...yet cemas dengan cuaca yang semakin menurun..malamnya mencicah 3 degree. 

Perancangan di mulakan pagi kedua menghuni campervan dengan memilih 10 destinasi di South lsland untuk di jelajahi. Makanan tengahari terpaksa di masak dahulu kerana jarak satu camp dengan yang lain kadang-kadang mengambil masa 4 jam. Kami juga ambil kira masa mengopi dalam perjalanan dan sesuaikan masa tiba untuk solat jamak taakhir. Di setiap camp masa check out jam 10 pagi setelah menguruskan membuang sampah, waste water dan catridge buangan bilik air. Di akhir kembara kami skip catridge kerana lebih selesa menggunakan kemudahan bilik air yang di sediakan di setiap camp site.

Selepas itu bermulalah fascination demi fascination melihat ciptaan alam Allah yang indah ...mengkagumkan mata dan deria..pengalaman yang saya tidak boleh lupa dan akan mengulanginya kalau berkesempatan lagi..dan berdoa semoga Allah anugerahkan fascination yang berganda di akhirat ..SUBHANAALLAH

Akan bersambung..insyaAllah...

No comments:

Post a Comment