NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, October 13, 2017

MINIMALIS AMALAN SUNNAH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Jumaat /Sabtu 13/14 Oktober 2017 / 23/24 Muharram 1439H


Alhamdulillah saya dapat menulis semula...Nawaitu menulis di umur senja adalah untuk mengaktifkan minda agar berfikiran keluar daripada rutin harian. Tanggapan masyarakat ialah di umur tua duduk diam-diam di rumah merenung masa depan yang pasti bertemu Allah dan muhassabah kekurangan diri. Memang ia suatu yang benar dan penting namun merenung dan muhassabah banyak berlaku di saat kita melaksanakan amal dan beraktiviti.

Disamping merakamkan aktiviti yang rancak berlaku melalui musafir saya juga ingin mentaddabur setiap kejadian ke arah menjadikan semua urusan suatu perjuangan yang di redhai Allah. Lantas setiap kesempatan saya dan suami akan 'mencuri masa' untuk bersilaturrahim, melihat peluang menunaikan hajat seseorang dan meningkatkan kemampuan yang semakin berkurangan.

Dalam keadaan biasa berulang alik dari Tangkak ke Shah Alam memang meletihkan namun saya ubah cara berfikir dengan menganggap kedua-dua tempat yang saya tuju adalah 'holiday Villa'...dan dek terlalu sering bermusafir saya kutiplah pengalaman menginap di hotel berbintang atau sebaliknya. Kalau di penginapan yang berbintang itu bersih saya belajar cara membersihkan rumah saya dan kalau sebaliknya hotel yang kurang rapi saya melihat pasti ada kekurangan kakitangan dan pengurusan hotel yang terlibat dengan merundumnya ekonomi mutakhir ini.

Salah satu minat yang saya lakukan mutakhir ini dalam keadaan tidak ada pembantu rumah sejak bertahun ialah mengujudkan persekitaran rumah yang BERSIH dan TENANG. Konsep sekarang di panggil MINIMALIS..kurangkan pemilikan barangan, travel light dan banyak memberi kepada orang lain apa yang kami miliki. Sekilas merenung bagaimana Rasulullah saw mengajar umatnya agar tidak menserabutkan diri dengan pemilikan...prototype rumah baginda hanya di warnai barang-barang keperluan paling asas...pada pandangan saya Rasulullah telah lama mengajarkan konsep MINIMALIS ini.

Melalui youtube saya baru sedar ada penyakit yang di sebut HOARDING atau sikap tidak sanggup melepaskan hak pemilikan hingga rumah bersarang dengan barang lapuk...dan akhirnya doktor mengesahkan seseorang itu perlu di beri rawatan mental.

Malah yang lebih sedih ialah apabila seorang yang berpenyakit tersebut sudah tua renta, tidak upaya bergerak ada yang mati di timbus barangan...terkejut juga saya mengetahui ada kes yang berlaku di dunia ini manusia yang duduk berasingan daripada manusia lain meninggal bersendirian dengan barang-barang yang di simpan sebagai harta tidak di kemas rapi malah menjadi sumber kotoran dan penyebab kematian. lndahnya lslam yang mengambil berat soal kemasyarakatan dan berjemaah untuk membantu satu sama lain.

Belajar daripada kisah-kisah yang saya terlihat dan terbaca maka tibalah masanya saya menjadi pejuang konsep MINIMALIS...meratakan semua surface atau permukaan meja..almari..katil agar kelihatan tersusun rapi.  Teman saya menggelar usaha saya house MAKE OVER...

Terlalu besar untuk menyebut apa yang saya lakukan sebagai perjuangan ...namun konsep ini mengajar saya bahawa di sekitar kita terlalu banyak urusan yang perlu di lurus dan di MINIMALISkan. Minimakan bercakap yang mencetuskan persengketaan.  Dari isu akidah ..racism..pengurusan negara..libralism .remaja bermasalah...hingga kepada keadaan ekonomi yang menelurkan pelbagai kesan dan tekanan negatif bukan sahaja di kalangan dewasa malah anak-anak kecil turut menjadi mangsa...semuanya perlu di luruskan.  lni belum lagi kekejian yang berlaku di luar negara seperti di Rohinga dan pelbagai rantau...sedih malang dan sayu memikirkan semua ini.

Allah izinkan juga sekembalinya saya daripada Pattani dan membaca sejarah ringkas perkembangan lslam di rantau alam melayu baru saya sedar selama ini banyak fakta sejarah yang di manipulasi oleh penjajah supaya cara berfikir kita umat akhir zaman ini kurang bersemangat memperjuangkan yang hak...Membaca ada kaitan pemerintahan sultan Melaka dengan pemerintahan Khalifah Othmaniah di kurun ke 14 membuat jiwa ini berkobar...oo rupanya lslam telah tersebar hingga jauh ke Afrika selatan...baru saya tahu Manila di filipina itu asal perkataannya Amanillah...Pattani di Thailand itu asal perkataan sifat fatanah Rasulullah ...SubhanaAllah...
  
Iktibar konsep MINIMALIS ialah memilih perkara yang utama dalam hidup sebagai persiapan yang akan di tanya oleh Pemilik langit dan bumi..isu kenal Tuhan, PesuruhNya dan agamaNya..Ini memerlukam ilmu yang mendalam..amal yang berterusan...ikhlas dan sabar yang bukan sedikit

MINIMALIS  juga mengajar saya paling minima diri dan ahli keluarga tidak di biarkan larut dalam keserabutan yang menyeliputi masyarakat hari ini...ia memerlukan sedikit kekuatan dan hidayah Allah untuk meneruskan kerja-kerja yang di redhaiNya...Amiinn

No comments:

Post a Comment