NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, September 27, 2017

MUSIBAH TERANCANG

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

RABU 27 SEPTEMBER 2017 / 6 MUHARRAM 1439H

14 September 2017 mencatatkan sejarah malang kepada lebih 20 orang pelajar dan 2 tenaga pengajar di Pusat Tahfiz Darul Quran lttifaqiah di Jalan Keramat Kuala Lumpur.  Persepsi pertama saya Allah memudahkan anak-anak AlQuran masuk syurga..kemudian kesal kerana di tengah-tengah Bandaraya masih ada pusat tahfiz yang daif hingga mengundang musibah kebakaran..

Sering pusat tahfiz di Kelantan, Kedah dan di tempat-tempat yang terpencil terbakar punca pelajar memasak sendiri atau bekalan letrik tidak ada...namun di Bandaraya Kuala Lumpur bila berlaku kebakaran ia mengundang persoalan tambahan..MENGAPA

Setelah kes kebakaran reda dan saya pun sibuk sedikit berpergian punca kebakaran terserlah kesan perilaku anak-anak terbiar yang tidak bersekolah..saya perlu mengesahkan maklumat yang menyatakan anak-anak tersebut tidak beridentiti (anak luar nikah) malah kalau mengikut undang-undang mereka tidak punya kad pengenalan diri sebagai warga negara..WaAllaualam

Di sana sini komen dan pandangan terviral...kecacatan sistem pendidikan di persoalkan...dua ektrim anak-anak tahfiz mengejek anak-anak terbiar..dan dendam bersarang untuk menghapuskan anak-aanak tahfiz dengan perancangan membakar sebuah institusi sekaligus.

Tajuk blog saya MUSIBAH TERANCANG merupakan pandangan peribadi saya bagaimana 7 orang anak-anak remaja terbiar boleh melakukan kejahatan tanpa ada seorang pun yang berFITRAH menegur.  Rujuk kisah dalam AlQuran adik beradik Nabi Yusuf yang ingin membunuh baginda ..salah seorang abangnya melarang...SubhanaAllah...anak-anak remaja di Keramat langsung tidak ada sifat belas melakukan MUSIBAH TERANCANG..semoga mereka sempat bertaubat kerana sebagai penjenayah muda (juvenile) mereka terlepas daripada hukuman bunuh mengikut undang-undang semasa.

Awal tahun 70 an saya di Universiti Malaya mengambil jurusan Economics and Public Administration di Fakulti Economis and Administration (FEA)..tahun akhir ada matapelajaran Graduation Exercise di mana graduan di minta membuat kajian serupa tesis. Saya memilih membuat kajian Jubenile Delinquent... tesisnya anak-anak terus terbiar sekalipun ada institusi yang mengatur kehidupan mereka.  Nampaknya tesis saya tidak salah kerana yang terbiar bukan makan minum mereka tetapi KEROHANIAN mereka yang tidak melahirkan AKHLAK untuk berperilaku wajar sebagai warganegara yang bermanfaat. Ramai yang terjebak semula dengan jenayah sedangkan waktu itu pengaruh dadah masih belum berleluasa. 

Saya cuba bayangkan zaman mutakhir dengan gadget IT canggih...dadah narkoba pelbagai jenis..pornografi...adduhh...anak-anak kecil dan pandai mencarut...bercakap bahasa lucah ..semuanya kerja syaitan merosakkan minda dan cara berfikir waras. Tidak hairanlah kesan di ejek anak-anak tahfiz yang memiliki nilai jauh berbeza mereka melenting...Syaitan Vs Quran ...

Salah siapa kah semua ini...saya tak berani nak komen..kerana selaku warganegara saya turut bertanggungjawab menyumbang memperbetulkan kegelinciran di mana-mana...melalui pelbagai sumbangan tenaga, wang ringgit dan sekali sekala idea. Semuanya harus berpaksikan untuk menegakkan kebenaran. Namun jika jauh daripada sumber suci alQuran susahlah kebenaran ingin bertapak di jiwa. Terkini makain ramai anak-anak terutama yang terbiar yang tidak kenal jawi, tidak boleh membaca alQuran malah tidak mampu solat...no one to teach or coach them...kecuali yang ada ibu bapa perihatin. Bagi ibu bapa yang sibuk memanjang malanglah anak-anak mereka kerana terpaksa belajar dan mengikut jejak teman di luar rumah.

MUSIBAH TERANCANG mengajar kita bahawa untuk melakukan kejahatan pun perlu perancangan yang rapi..inikan pula untuk memikat hati-hati yang keras bak batu ...strategi memberi makan gelandangan..menyediakan tempat tinggal dan seumpamanya banyak di lakukan malah oleh mereka yang bukan lslam sekalipun. Saya tersentuh dengan aktiviti yang di siar di you tube tentang segelintir masyarakat di Canada, Turki dan lndia menyediakan makanan percuma kepada mereka yang memerlukan. lkatan yang berterusan memungkinkan hati-hati penerima akan lembut dan boleh di didik untuk menyumbang kembali...WaAllaualam.

No comments:

Post a Comment