NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, September 26, 2017

DARIPADA BALING KE TANJUNG BALAI (KARIMUN RIAU DAN MEDAN) 4

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SELASA 26 SEPTEMBER 2017 / 5 MUHARRAM 1439H

SAMB...

Berehat sebentar di Shah Alam memungkinkan saya hadir majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan anak saudara saya Farah dengan suaminya Amran pada 16hb..resepsi 17.9.17..iconic date.  Majlis pun meriah dan berprestasi...menggunakan kenderaan pacuan kuda ..alhamdulillah. Semoga perkahwinan ini di berkati hingga ke Jannah..aaminn

Biasanya dalam majlis keluarga begini banyak berita keluarga di kongsikan, antaranya salah seorang anak saudara kami akan bersuamikan orang seberang...lndonesia. Urusan sedang di uruskan dengan kedutaan dan lmigeresen..namun sebagai wakil keluarga tinjauan perlu di lakukan di kampong bakal suami...untuk mengesahkan keseriusan bakal menantu..bapa anak saudara saya pula sudah meninggal...ibunya kurang sihat..

Terus cadangan di buat agar segera ke kampong bakal suami anak saudara iaitu TANJUNG BALAI...tiba-tiba saya teringat kawan saya akan ke tempat yang sama akhir oktober lantas saya bersetuju mengatur perjalanan melalui Kukup Pontian...ke TANJUNG BALAI..dorongsnnys naik bot hanya memakan masa satu jam di kuatiri kalau lama akan mabuk laut. Seawal 4.30 pagi 19 September kami berkereta menuju Kukup yang saya sendiri belum pernah sampai...SubhanaAllah jauh 4 jam perjalanan highway yang tidaklah sesak jalanraya.

Anak saudara saya ikut serta dalam rombongan ini semuanya 6 orang.  Saya yakin sepenuhnya kami telah membuat keputusan bijak sambil menghubungi orang seberang kami dalam perjalanan. Jam 10.30 waktu lndonesia kami tiba di Jetty Tanjung Balai Pulau Karimun Riau...hampir sejam menunggu tidak kelihatan bakal suami anak saudara datang menjemput...kabarnya hanya 20 minit jetty dari rumahnya.

Menjadi kehairanan orang tempatan kami 6 orang menunggu lama lantas di tanya mau kemana...kami tak pasti kampong pun...dan salah seorang berkata...TANJUNG BALAI  ada dua, satu di Medan Sumatra..SUBHANALLAH...kami salah tempat...Ujian kesabaran berlaku...bakal suami anak saudara saya menyalahkan anak saudara saya kerana tidak menyatakan tempat yang tepat...Anak saudara saya diam membungkam kerana beliau tidak mau bakal suaminya tau yang dia ada dalam rombongan ziarah. Namun akhirnya ketahuan juga ...

Daripada Tanjung Balai Pulau Karimun Riau memang boleh pergi ke Medan..iaitu melalui jalan laut ke Pulau Batam satu jam bot..kemudian dengan kapalterbang domestik satu jam ke Medan di ikuti empat jam perjalanan darat dengan kereta ke Tanjung Balai rumah bakal suami anak saudara. SubhanaAllah..kami cuba bertanya penerbangan daripada Batam ke Medan..ternyata satu flight sahaja yang tak sempat kami mengejarnya dan kereta pun di parking di Kukup. Keputusan di buat pulang dulu...

Di seberang Tanjung Balai Medan bakal anak saudara dan keluarganya yang menunggu dengan hidangan mula sedih dan kecewa...ini ujian kesabaran...saya cuba berbicara dengan ibu dan emak saudara bakal suami anak saudara...mohon maaf kerana salah destinasi...ujian kebodohan manusia tidak menyemak peta dan lokasi...apakan daya memang semuanya kelemahan manusia belaka..

Keputusan di buat masih boleh meneruskan perjalanan melalui KLIA2 ..Saya hubungi anak saudara saya yang menguruskan pakej umrah dan pelancungan untuk membantu booking tiket pergi balik KL- Medan -KL..ternyata untuk 3 penumpang tidak sampai RM1,000. Sumbangan semua di satukan dan kami selamat sampai ke destinasi Airport Kuala Namu Medan tengahmalam waktu lndonesia.  Penat jangan di kirakan...almaklum berpergian sejak jam 4.00 pagi...

Hanya pujian kepada Allah saya minta tiga orang peserta rombongan yang sampai ke destinasi TANJUNG BALAI MEDAN menyebutnya kerana nawaitu kami hanyalah ingin bersilaturahmi dengan keluarga di Medan.  Alhamdulillah lagi kerana keesokannya setelah empat jam perjalanan dengan kereta kami bersua muka penuh syahdu..tidak ada hidangan mewah seperti semalam katanya namun itulah rezeki kami..sebuah keluarga sederhana yang berbudi pekerti baik, menjaga solat dan berakhlak mulia.  lbu bakal suami anak saudara seorang peniaga runcit, bapanya nelayan. Saya merasakan seperti berziarah saudara di Malaysia kerana tidak ada bezanya kita hamba Allah dan umat lslam semua. 

Kami teruskan perjalanan bermusafir bersama keluarga bakal suami anak saudara ke DANAU TOBA..perjalanan 3 jam...berbukit dan menjelang malamnya hujan.  Musafir adalah kaedah mengenal seseorang dan benar berlaku kami mula mengenal peribadi masing-masing dengan baik. Makan bersama, solat di perjalanan...jam 10 malam kami check in hotel di Danau Toba penuh sejarah...

Lebih 10 tahun dahulu saya pernah ke Danau Toba tetapi secara sepintas lalu sahaja tidak melawat pulau yang ada di tengah Danau. Kali ini Allah izinkan kami ke pulau tersebut menaiki bot pada paginya dan petangnya kami terbang pulang ke Malaysia. Sejarah acara pertunangan mengejut selepas sarapan..alhamdulillah anak saudara saya menerima cincin warisan keluarga. Saya mendoakan perhubungan ini di redhai Allah.

Salah seorang ahli keluarga saya menyatakan seronoknya menjadi saya suami isteri kerana sering berpergian...senyum menyerlah di bibir sebagai jawapan...antara sebabnya saya bersuamikan seorang yang bernama SAFARUDDIN...sang musafir untuk deen lslam...alhamdulillah...kedua faktor usia..baki-baki umur sekarang cubalah beribadah melalui santai tolong orang mana yang mampu terutama anak saudara...ketiga ada orang sponsor..he he..kantong selalu kosong kerja berjalan ni...

Ala kulli hal saya amat bersyukur sepanjang musafir kami sihat dan bersemangat memuji Allah, berdoa dan bertaubat...Nawaitu yang baik Allah mudahkan...berpergian bersilaturrahim dan melihat kebesaran Allah di mana-mana memang tugas asasi insan. Berbaik sangka dengan takdir Allah sekalipun kecewa dan susah cukup untuk kita menjadi hamba yang bersyukur kerana semua pemberianNya adalah nikmat dan rezeki.

Setakat ini nukilan saya tentang tajuk blog..tak terfikir saya nama TANJUNG BALAI ada dua di Indonesia...mana kan tidak di Malaysia pun banyak tempat nama sama...di era maklumat di hujung jari pun saya mengaku bodoh sekali tersasar lokasi...adik saya mengajar ..lain kali minta hantar lokasi awal-awal...ya..ya saya akur... memang bukan rezeki ahli keluarga lain ke Medan kali ini...Allahn hantar SAFARUDDIN sahaja....WalhamdulillahiRabillalamin.

No comments:

Post a Comment