ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
SELASA 26 SEPTEMBER 2017 / 5 MUHARRAM 1439H
SAMB..
Begitulah anggota masyarakat beraksi dalam bidang tugas masing-masing terutama pemandu kenderaan awam..tidak ada SOP (Standard Operating Procedure) daripada majikan untuk mendahulukan pelanggan yang ingin bersolat..Dalam hati kecil saya berkata mungkin ini kali terakhir akan menaiki bas musafir malam yang menjangkau waktu subuh.
Sehari berehat di Shah Alam pada 6 September saya dan suami bermusafir lagi, kali ini ke Kota Bharu (KB) Kelantan. Kisahnya sewaktu kawan saya dan suaminya menempah tiket murah ke Perth Australia, saya bertanya anak saudara yang membuat tempahan mana lagi destinasi yang ada offer. Allah izin penerbangan ke Kota Bharu hanya RM30 dua hala...saya terus buat tempahan mulai 6 September hingga 12 September travel light..tanpa baggage. Namun saat akhir kami tambah 20kg luggage dengan harga RM70..
Nawaitu ke KB adalah untuk menemui penduduk daerah Narathiwat, Pattani dan Yala...melalui perantaraan ibu saudara anak angkat saya untuk MENJEJAK KASIH...mencari keluarga Muhammad Sabran Jamil, anak keempat yang saya pelihara sejak berumur sebulan. 33 tahun telah berlalu tiba masanya saya berterusterang bahawa beliau punya waris di tanah pejuang Melayu lslam di Selatan Thailand. Beliau pun akur bila kami bercerita dan sayunya bila saya sebak..dengan macho dia berkata umi jangan nangis-nangis ..ameil dah besar...umi abah dah didik ameil dengan baik. Saat menaip ini pun saya masih sebak kerana berhadapan dengan realiti takdir Allah sering hati ini sayu...apalagi nanti realiti akhirat mestilah hati manusia akan banyak kesalnya.
Teman saya yang masih di Kedah ingin ikut serta namun beliau bercadang ke Ipoh menghadiri seminar bersama Dr lsmail lshaq Benjasmith Pakar Sejarah Melayu lslam di Selatan Thailand. Beliau Presiden Pusat Pemulihan Seni Budaya dan Sejarah Tempatan Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PUSTA). Dengan izin Allah Dr lsmail membatalkan seminar dan akan pulang ke Pattani pada 11 September. SubhanaAllah..dengan segera kami mengatur langkah bagaimana menemui Dr lsmail sewaktu saya menjejak kasih nanti dan teman saya terus menepah tiket kapalterbang ke KB pagi 10 September.
Berbekalkan tiga keping gambar: ibu, nenek dan bapa Muhammad Sabran Jamil sahaja... ini suatu yang anih kerana apabila di tanya alamat keluarga, nama kampong keluarga Muhammad Sabran Jamil (Nama yang di berikan ibunya Mahadir Bin Mahmud) semuanya saya tidak punya...hanya ingatan bahawa saya pernah ke Pattani satu ketika dahulu dan nampak kawasan sekitar rumahnya adalah ladang atau padang garam...dan orang perantaraan yang menemukan kami dengan ibu Muhammad Sabran Jamil adalah seorang taukeh garam. Setelah di selidik Selatan Thailand hanya ada tiga ladang garam...Allah yang Maha Besar dan Pengasih mengaturkan kami pergi ketiga-tiga kampong sekitar ladang garam dalam hujan yang mencurah-curah lebatnya...dan yang terakhir di kampong BAPU Jajahan Jaring PATTANI penghulunya mendakwa gambar ibu Sabran Jamil adalah sepupunya dan gambar neneknya yang telah meninggal itu ibu saudaranya. Saya terpegun malah sujud syukur malamnya kerana minima telah bertemu waris Sabran Jamil...malangnya menurut penghulu tersebut sepupunya langsung tidak balik-balik setelah masuk ke Malaysia...hingga sekarang. Ada yang menyatakan beliau di Kodiang Kedah ..ada yang menyebut Johor...WaAllualam.
Begitulah rentetan perjalanan saya ke KB...selain ke Selatan Thailand kami melawat tempat-tempat di katakan cantik di Kelantan, antaranya Pantai Cahaya Bulan, Bachok (kononnya setanding dengan Pulau Nami di Korea) dan Dataran Ilmu pada pagi Jumaat. Pemerhatian sekilas saya adalah di sebalik pemandangan dan pantai yang cantik mungkin cara pengendalian tempat pelancungan masih jauh Malaysia ketinggalan berbanding negara lain sekalipun Thailand...sampah yang terbiar...bilik air yang tidak terjaga sekalipun di masjid....soalan besar saya MENGAPA KITA TIDAK SAYANGKAN MASJID...TEMPAT CANTIK ANUGERAH ALLAH... ternyata masyarakat kurang bersyukur.
Kami berbincang bagaimana mengatasi masalah ini...ada yang berkata tubuhkan NGO bergerak manjaga masjid surau dan tempat pelancungan di Kelantan...yang lebihnya adalah tugas Majlis Perbandaran yang sepatutnya fokus menabur bakti kepada umat yang majoritynya lslam di negeri Cik Mek Molek ..Puteri Wan Kembang ini.
Hanya satu ingatan kuat dalam minda saya sekembalinya ke rumah iaitu pertemuan dengan Dr Ismail..buku jawi tentang sejarah pejuang lslam Pattani saya baca dalam tempoh sehari...mesejnya jelas bahawa negera Thailand sanggup berperang besar jika selatan Thailand akan di beri kemerdekaan atau kembali ke tanah Melayu seperti dahulu. Kisah negeri Pattani yang menguasai perdangangan di abad ke 15 dan 16 serta pengaruh dakwah lslam...saya seolah sedar daripada lena yang panjang bahawa Malaysia mendapat lslam daripada Selatan Thailand...dan sekarang kita ada polisi negara tidak mau masuk campor untuk memenangkan umat lslam di Pattani. Sementelah lagi anak yang saya pelihara berasal Pattani..pasti ada curahan dakwah dalam darah dagingnya..Ya Allah ..tidak ada kebetulan...mesti ada mesej untuk saya fikir dan lakukan....insyaAllah...
Saya berhenti di sini untuk disambung ke siri 4...insyaAllah.
No comments:
Post a Comment