NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, September 25, 2017

DARIPADA BALING KE TANJUNG BALAI (RIAU DAN MEDAN) 2

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SELASA 26 SEPTEMBER 2017 / 5 MUHARRAM 1439H

SAMBUNGAN....

Alhamdulillah selesai penyembelihan 7 ekor lembu yang teman saya di amanahkan menyaksikan kami beredar daripada Baling menghala ke Pulau Langkawi. 2 dan 3 September bersamaan 11 dan 12 Zulhijjah kami menyaksikan sekali lagi program penyembelihan lembu sumbangan korban rakan-rakan teman saya. Kali ini sah..ramai penduduk berbaris menerima bahagian sembelihan. Sebahagian besar penghuni rumah padat kawasan Bukit Malut di mana penyembelihan di jalankan adalah orang Melayu Myanmar, bukan kaum Rohinga yang di zalimi di Myanmar sekarang.

Pemerhatian di Bukit Malut kaum Myanmar berjaya mengendalikan kehidupan yang selesa, rumah tersergam dan ramai yang menjadi usahawan berjaya. Mungkin dek sindrom teori imigeren mereka yang di anggap berhijrah harus bekerja lebih kuat untuk bersaing dengan warga yang sedia ada. Saya tabiklah ustaz yang menguruskan tahfiz kerana berjaya mendapat sumbangan orang ramai dan dapat mendirikan masjid yang agak besar di kawasan tersebut. Ternyata komitmen beragama dan hasrat membangunkan tahfiz di kawasan setinggan merupakan pengorbanan yang bukan sedikit. Kumpulan anak-anak yang kurang pendidikan juga di sediakan dengan memberi mereka makan minum yang serba mampu. Difahamkan lebih 20 orang yang kini di sara ustaz dan isterinya dengan kos RM50 sehari.

Keadaan di Langkawi waktu cuti panjang menggamit ramai pelancung yang menjadikan pulau pelancungan ini padat dengan manusia. Saya dan team cuba elakkan kawasan yang ramai di kunjungi manusia. Apa pun Langkawi merupakan pulau nostalgia buat saya kerana seringkali satu waktu dulu agensi Keda yang mempelawa saya menjalankan kursus kepada ibu-ibu tunggal mengadakan program di Langkawi. Seorang peserta yang akrab dengan saya berasal pasir hitam Langkawi di panggil 'ibu' kini telahpun berpulang ke rahmatullah. Semoga Allah pertemuakan kami di alam serba sulit barzah..aaminn.

Setelah dua malam di Langkawi hanya untuk aktiviti menyaksikan penyembelihan korban kami bertolak pulang ke kuala kedah dengan selamat dan jam 12 tengahmalamnya saya dan suami menaiki bas tambahan daripada Alor Star ke TBS Kuala lumpur.

Kesesakan trafik berlaku lagi, kali ini dari utara ke KL...mujur sekali saya tidak terdesak untuk ke bilik air seperti kadang-kadang saya alami di rumah..alhamdulillah sekadarnya bas berhenti tiga kali dalam perjalanan...namun menjelang waktu subuh pemandu bas tidak menghiraukan.  Suami saya maju ke depan bertanya bila bas akan berhenti untuk bersolat jawab ringkas pemandu bas 'tak pe musafir'...suami saya agak marah dan menyatakan 'awak tanggunglah dosa semua orang lslam yang tak bersoalat dalam bas ni...' Satu sejarah pahit dalam hidup kami yang senja ini mengabaikan solat penting...suami saya melakukan taiyamum lantas solat..saya mengikut jejaknya. Pulang ke rumah kami mengqadakan solat yang terluka...sedih...masyarakat tidak lagi peka dengan perintah Allah yang memberinya segala kenikmatan hidup...tapi Allah tidak menjamin kebahagaiaan akhirat jika meninggalkan ibadah penting ini...nauzubillah

Saya berhenti di sini untuk episod 3 selepas ini...semoga Allah memberi kekuatan..aaminn    


No comments:

Post a Comment