NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, May 4, 2017

THOSE WERE THE DAYS MY FRIENDS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Khamis 4 Mei 2017 / 10 Syaaban 1438H


Alhamdulillah saya dapat menyambung blog semalam.  Terhenti disebabkan mata saya terasa stress melihat huruf-huruf kecil...kerana kanta baru hanya selesa melihat jauh..long sighted. Selepas enam minggu baru di nasihatkan membuat kacamata yang boleh menyesuaikan nampak dekat dan vision mata kanan yang sebelum ini memang memerlukan bantuan cermin mata.


Doktor pakar di Hospital Muar siap memaklumkan kepada saya mulai bulan Mac 2017 dasar Kementerian Kesihatan hanya membayar pesara kos operation satu mata sahaja. Yang satu lagi kalau perlu di operate juga mestilah berbayar. Saya tidak menentang kerajaan maupun apa dasar yang difikirkan sesuai dengan masa...namun saya kasihan betapa ruginya barisan pemimpin yang sepatutnya dapat meraih banyak pahala amal soleh kerana mensejahterakan rakyat menjadi zalim dan menunggu azab Allah di hari pembalasan kerana terlepasnya mereka daripada berbuat baik semasa di dunia...nauzubillah..Allahualam

Sewaktu menunggu giliran berjumpa doktor pelbagai komen saya dengar daripada pelbagai bangsa pesakit mengenai bayaran kanta...ada yang meneka kalau pesara kerajaan di berikan kanta gred satu yang lain kelas dua tiga...saya hanya menjadi pendengar setia.  Yang saya tahu jika operation di lakukan di hospital swasta ia menelan berbelas ribu implant sepasang mata kerana adik ipar saya telah melaluinya. Namun rata-rata pesakit hospital kerajaan akur sahaja dan sanggup membayar asalkan sihat.  Rumusannya bagi insan yang beriman ikutlah petua Rasulullah agar menjaga kesihatan supaya tidak perlu mendapat rawatan kecuali di takdirkan Allah sakit sebagai ujian penghapus dosa...berikhtiarlah sebaiknya insyaAllah.


Tajuk blog kali ini mengimbau nostalgia saya dan suami bersama beberapa teman sewaktu ingin membantu adik saya menubuhkan sebuah Mahaad di Garut daerah barat Indonesia. Di era perniagaan adik saya melonjak aktif dan infaq pun banyak kami menjadi penerima manfaat yang banyak sekali. Trip ke Jakarta Bandung bisa di atur bila-bila sahaja, laluan immigeresen di permudah, keenderaan mewah siap menunggu, penginapan di apartment atau hotel mewah dan makan minum semua terjaga. Bagi saya selaku kakak duit berbelanja antara 5-10 juta enteng sahaja...(RM1500-3000) disediakan.

Sekarang saya berada di Jakarta menghadiri lslamic book fair ke 16  3-7 Mei 2017 di Jakarta Convention Centre..Saat melalui apartment mewah Ascott tersirap ingatan adik saya memasak hidangan enak kami adik beradik, masih terasa enaknya...solat berjemaah dan besembang santai alhamdulillah.  Kali ini datang ke Jakarta kami mencari penginapan terdekat dengan pameran, namun jauh juga...menaiki teksi dalam macet...subhanaAllah...naik angkut begitu juga...terasa kos menginap di Jakarta tidak murah bila berbayar sendiri...Dahulu sebut sahaja ingin kemana supir akan menjawab siap pak. .siap buk....terkini pembantu setia adik saya menegaskan supirnya tidak ada lagi bu...saya jawab ya..faham...tak sedih tapi itulah kehendak dan qadar Allah...bila ada kemudahan bersyukurlah, bila tidak ada bersabarlah...teringat lirik sebuah lagu akhir 60an...THOSE WERE THE DAYS MY FRIENDS WE THOUGHT IT NEVER END....well. .as makhluk semuanya akan berakhir..dan dengan kefahaman jitu demikian semuanya adalah hak Allah. ..saya akan tetap bersyukur masih lagi dapat melangkah ke pameran buku lslam Jakarta tahun demi tahun

Cuma kali ini siapa yang ingin menyertai pameran di kenakan bayaran lima rupiah sekali masuk dan tempoh pameran di singkatkan kepada lima hari berbanding sepuluh hari biasanya. Saya berkesempatan menyertai pameran siang tadi dan ternyata agak hambar kerana berbanding tahun-tahun sebelumnya banyak gerai yang menawarkan harga rendah buku-buku rujukan lslam, kali ini saya kurang nampak iklan yang terpampang...Deejay atau juruacara pun kurang mengiklankan kerancakan program...dan bagi saya ketiadaan tokoh yang saya cari dan tunggu-tunggu menambah hambar hati...bila di serbu ramainya pengunjung mata saya mula berpinar...teruslah kami keluar...pulang berehat.

THOSE WERE THE DAYS MY FRIENDS....memang membawa nostalgia indah...saya mengenal Jakarta seperti saya mengenal Shah Alam dek kerapnya datang dan jiran serta kawan2 sering meneka saya kesini setiap saya tidak kelihatan di Shah Alam...sedangkan saya dan suami ke Tangkak sahaja...terkini saya sedang berfikir perlukah saya terus berada di Tangkak juga...nampaknya begitulah dengan kerja-kerja memantapkan akidah staf Smartop menjadi keutamaan insyAllah. Mudah-mudahan Allah permudahkan dan di akhir hayat dan di alam yang lain akan sering teringat-ingat..THOSE WERE THE DAYS MY FRIENDS...yang menyebabkan kita selamat dan mendapat ganjaran terbaik di Syurga Naeem bagi yang berbuat baik...aamiinn

No comments:

Post a Comment