NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, May 3, 2017

BABY BARU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Rabu 3 Mei 2017 / 6 Syabaan 1438H

Alhamdulillah saya cuba menulis blog lagi bila berkesempatan dan berkemampuan

Setinggi kesyukuran kepada Allah yang telah menganugerahkan saya cucu atau BABY BARU pada 10 April Nor Syifa Aisyah...seminggu selepas itu saya pula melalui sedikit operation cataract pada mata kiri di sebut lntraocular lens lmplantation (IOL).  Persamaan BABY BARU dan Mata Baru ialah kedua-duanya asyik memejamkan mata tidur sepanjang hari dan malam minggu pertama melihat dunia.

Doktor mengesan BABY BARU mengalami jaundice sakit kuning, simptomnya keletihan dan suka tidur...ibunya terpaksa menggerakkan baby untuk menyusu kerana rawatan sakit kuning yang berkesan adalah susu ibu. Bagi rawatan mata pula doktor menasihatkan di titiskan ubat pelembab mata setiap dua jam.Namun pejam tetap pejam mata antara kedua BABY BARU dan MATA BARU.

Saya menulis blog ini untuk berkongsi pengalaman bahawa setiap qadar dan ketentuan Allah merupakan tanda kebesaranNya yang seorang hamba terpaksa mengakui...ia berlaku di saat saya akan di usung ke bilik operation. Walaupun doktor meyakinkan keadaan mata saya normal, saraf mata baik, operation amat mudah dan tidak mengambil masa kecuali setengah jam. Sementara proses bersalin normal anak saya juga urusan biasa namun saya selaku hamba menyerahkan semua urusan ghaib kepada ketentuan Allah agar selamat dengan pemeliharaanNya. Kedua-dua kedatangan baby baru dan implant mata baru di awali mohon maaf pesakit kepada kerabat yang hampir..dengan titisan air mata...satu fitrah bahawa di saat bersendirian sekalipun di bantu doktor nasib mati hidup insan hanya di sisi Allah. Satu pengalaman yang hanya dapat di ungkap bagi siapa yang telah melaluinya.. apabila berserah kepada Allah semua yang lain tidak penting...Hand phone, wang ringgit dan kepunyaan menjadi tidak bermakna..tinggal dan di tinggalkan.

Yang penting ialah persoalan "what if this is the end of my life"...apa persiapan saya bertemu Allah..sudahkah semua kewajipan saya beres..sudahkah saya memohon maaf dengan semua orang yang saya sakiti...sudahkan saya ikhlaskan diri dengan Allah dalam semua amal ibadah dan perbuatan saya dengan makhluk lain..adakah infaq saya Allah terima... semua persoalan sebenarnya ada jawapan dalam alquran... terdetik di hati berapa banyak ayat quran yang saya hafal...Yang pasti saat menunggu giliran (saya pesakit ke sembilan hari itu) segala zikir, doa, hafalan keluar semua...alhamdulillah saya ingat dan terus berzikir sampai operation yang saya sedar berlakunya selesai, Alhamdulillah.

 Dengan BABY dan MATA BARU kedua-dua pesakit mesti ada azam baru untuk memanafaatkan di jalan Allah..melihat yang baik-baik dan terkesan dengan AYAT-AYAT Allah di sekitar dan pada diri sendiri. Berbetulan dengan umur 'bonus' melebihi 6 tahun sekarang (umur standard manusia 63 tahun) tidak ada masa yang perlu di luangkan untuk selain redho Allah sekalipun perlu bersusah payah (jihad) jiwa dan harta. Semoga Allah perkenankan perancangan saya selalu bersama orang tersayang, berada dalam majlis yang di doakan malaikat dan tidak membiarkan minda saya di penuhi angan-angan hasutan syaitan. Sesungguhnya syaitan iaitu sifat makhluk iblis musuh yang amat perlu di jauhi.

 Akhir kalam saya amat sayu mendengar seorang pesakit bersama saya mungkin umur melebihi 70 tahun yang juga mengalami masalah pendengaran (pekak) sewaktu follow up...Dia masih menggunakan cone menutup mata yang di beri doktor untuk mengelak mata terkasar secara tak sengaja..."kenapa tak buka cone..macam mana ambil wuduk"..jawapannya hampir menggugurkan jantung saya..SAYA TAK SEMBAHAYANG. .dah lebih seminggu...alasannya..anak saya kata rugi RM800 kalau mata terkena air...

SubhanaAllah...Allahuakbar...pesakit melanjutkan cerita dia bercakap sendiri sebab dia tak dengar apa yang saya cakap..."anak saya keempat-empat lelaki..nak minta tolong menantu dia orang pun tak sembahayang..waktu maghrib melengkar depan tv tidur2 lagi...adduh...kasihannya mak cik ibu tuggal lama ini yang berasal Parit Raja Muar...di tengah-tengah bandar Muar ada juga lagi berbaki orang tak bertamaddun yang tak pandai bersyukur dengan nyawa pinjaman Allah SubhanaAllah...AllahuAkbar...banyaknya kerja dakwah.

Di akhir pertemuan saya hanya guna bahasa isyarat menyuruh mak cik tersebut bersolat sambil berdoa dalam hati sekiranya mak cik ini ikhlas datangkanlah orang yang simpati padanya untuk mengajak dia bersolat dengan sempurna...aaminn

saya behenti di sini.

No comments:

Post a Comment