NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, May 5, 2017

BAJAI...MACET TOTAL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jumaat 5 Mei 2017 / 11 Syaaban 1438H

SubhanaAllah...Maha suci Allah daripada segala kelemahan...Saya melihat gelagat manusia di Jakarta melalui kenderaan BAJAI...beraksi dalam MACET TOTAL di kota Jakarta pada hari Jumaat pra liburan hujung minggu..dalam suasana hujan lebat dan awal bulan.. menjelang Ramadhan....syarat lengkap untuk kesesakan berlaku di mana-mana.

 Jakarta merupakan destinasi ramai pelancung negara berhampiran terutama Malaysia, Singapura dan Brunei. Menjelang Ramadhan pusat belibelah kota Jakarta menjadi serbuan peniaga mencari bekalan telekung dan pelbagai pakaian.  Bagi peniaga yang biasa ke sini mudah urusan mereka kerana telah sedia kenderaan dan penginapan. Bagi pelancung berkala seperti kedatangan saya dan suami kali ini agak sukar mendapatkan kenderaan selesa.

 Alhamdulillah esok Sabtu saya akan bertolak pulang daripada kota sesak Jakarta...satu pengalaman baru bertatih menjelajah Jakarta dengan BAJAI..kenderaan bermtosikal yang di Thailand terkenal dengan nama toot toot...Selain ingin menjimat kos naik BAJAI juga menjimat masa kerana dalam MACET TOTAL atau kesesakan yang teruk di petang hari Jumaat hanya kenderaan motorsikal yang dapat menyusup dicelah-celah deretan kereta.

Anehnya di Jakarta kenderaan BAJAI, motosikal Grab, ojek (Motosikal sewa) amat cekap memandu dan di beri laluan dengan sabar oleh kenderaan lain...saya selaku penyewa kecut perut menahan ketakutan akan berlanggar bila2 masa...

Dan waktu MACET TOTAL sewa naik berganda...saya nawaitu infaq sahaja melihatkan sulitnya memandu dalam suasana yang disebutkan. Rumusannya janganlah berholiday ke Jakarta pada hari Jumaat...mulalah hari ahad...jika sekedar bersantai...kami terpaksa kerana pameran buku bermula hari selasa.

Sengaja saya bawa tajuk blog kali ini untuk menceritakan betapa warga kota Jakarta bekerja keras setiap saat untuk menyara kehidupan temasuk anak-anak yang membawa payung ketika hujan dengan harapan di beri upah serupiah dua...ada agen berlari mencarikan bajai, angkut (Van sewa) dan sebagainya..janji tetamu atau pelancung tunggu sahaja dengan membayar sedikit upah.

Di banyak persimpangan dan lorong kecil akan ada gerai pelbagai makanan untuk warga Jakarta yang berpuluh kali ganda lebih ramai daripada Kuala Lumpur mengisi perut. Soal kebersihan tolak tepi...petugas baik lelaki atau wanita berpakaian minimal...seluar pendek dan blous...kecuali kawasan yang lslamik ada petugas betudung...

Pertama kali saya berkunjung ke Jakarta dahulu adik saya berpesan jangan minum air sebarangan kerana sumber air di ragui kebersihannya,  biasanya di rumah adik saya akan ada aqua berbotol-botol untuk meraikan kami.

 Terdesaknya hidup warga Jakarta mudah di fahami kerana mereka datang daripada pelbagai pelusuk lndonesia untuk mencari rezeki, tanpa persiapan ilmu bahawa rezeki yang baik itu harus bermula daripada sumber yang dijamin baik bukan sebarangan. Bagi orang lslam di tambah lagi dengan setiap aktiviti mesti menyertakan kalimah Bismillah...agar berlaku keberkatan kalimah tesebut kepada apa sahaja yang kita sentuh..namun dalam keadaan terdesak ini jarang berlaku.

Maksud hadis KEFAQIRAN HAMPIR KEPADA KEKUFURAN banyak berlaku sekitar kota Jakarta kerana ingin mengejar sesuap nasi ramai yang tertangguh menunaikan solat terutama dalam MACET TOTAL. Semoga Allah memudahkan warga Jakarta atau di mana sahaja termasuk di Malaysia memahami bahawa tidak akan berkurang rezeki yang di tetapkan Allah jika mendahulukan tugas penting beribadah..janji berikhtiar dan berdoa. Alasan MACET TOTAL dan seumpamanya bukan lah satu cara yang bijak untuk meninggalkan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

lndonesia merupakan negara terbesar yang penduduknya lebih 90% beragama lslam. Saya amat yakin dengan pertolongan Allah jika umatnya beriltizam mematuhi perintah berakidah yang benar dan meyakini janji Allah pasti negara ini dapat menjadi khalifah membimbing manusia lain di kawasan terdekat. Namun ujian yang di lalui negara ini bukan sedikit kerana sistem bebas yang menjadi pemikiran mainstream tetap menindas kebenaran lslam darpada bertapak kukuh. Tidak begitu mudah mengalahkan media yang di kuasi nilai dan agenda global. Yang ada hanyalah segelintir umat yang di didik para ulama muda untuk terus berperanan mendakwahkan kebenaran lslam di akhir zaman.

 Salah seorang ulama muda yang saya kagumi ialah ust Adi Hidayah..teringin sekali menemuinya kerana Allah melebihkannya dengan ingatan yang kuat sekali...semoga ramai lagi ulama muda lahir selepas beliau..harap-harap ada daripada Sek Men lslam Garut yang pernah kami bantu mengasaskannya. Semoga Allah rahmati semua yang menyumbang kepada penerusannya..aaminn.

Semoga tajuk BAJAI dapat memberi senario suasana tenat umat yang terdesak hidupnya di kota Jakarta yang majoritynya lslam...sebaliknya gedung-gedung besar tersergam kepunyaan bukan lslam...jurang pemilikan harta dan kekayaan amat jauh berbeza  dan ia berlaku di mana-mana di seluruh pelusuk lndonesia.WaAllahualam.

Satu ibrah tentang kehidupan terdesak ialah keperluan manusia mencari ketenangan hidup bersumberkan wahyu...ia ada dalam mukjizat AlQuran...semoga kerjasama lndonesia Malaysia dengan projek Rumah Ngaji dapat merealisasikan mukjizat alquran insyaAllah.

No comments:

Post a Comment