NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, April 6, 2017

BLANKET HOTEL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Khamis 6 April 2017/9 Rejab1438H


 Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang mentaqdirkan segala urusan hambaNya semua yang terbaik termasuk saya dan suami yang diberi kesempatan bermusafir berterusan

Sekarang kami berada di Pulau Lombok Indonesia...satu-satunya pulau yang saya idamkan untuk menziarahi...alhamdulillah tercapai hasrat melalui penyusunan yang amat menyentuh perasaan..antara yang saya nak kongsi ialah mengunakan kad atm yang tersilap nombor kod terus di telan mesin dan kami terpaksa menunggu keesokannya hari penerbangan untuk mengeluarkan keperluan belanja.

Pada masa yang sama si penghantar memaklumkan bahawa wang yang di hantar gagal masuk ke akaun yang saya guna lantas memasukkannya dalam akaun yang lain sesegeranya...saya terkedu. ..saat kritikal paling akhir untuk membatalkan penerbangan ongkos yang di perlukan dapat di keluarkan...subhanaAllah...Allah yang Maha mengetahui keperluan hambaNya.

Saya teringat kisah Nabi Musa yang begitu tawakkal dengan pertolongan Allah sehingga kaumnya merintih ketakutan di kejar Firaun...turun perintah Allah agar Nabi Musa  memukulkan tongkatnya ke lautan merah yang terbelah menjadi jalanraya...Saya bukan Nabi...juga bukan siapa-siapa yang penting namun kasih sayang Allah tetap berlaku...saya sujud syukur....


 Sebenarnya tajuk blog saya wujud sejak saya bermusafir ke Pulau Langkawi lagi...namun masalah ipad suami saya menyebabkan tajuk tersebut tergantung sehingga beralih pulau di negara jiran...he he..alhamdulillah wifi di hari terakhir kami di Sengigi Lombok  agak stabil...

BLANKET HOTEL adalah nama hotel yang agak baru di Seberang Jaya Pulau Pinang. Sewaktu kami keletihan pada hari pertama bermusafir ke utara Malaysia pada 17 Mac hanya ternampak hotel ini dan terus check in hampir jam 11 malam.Anihnya hotel ini tidak kalis suara kerana kami sukar melelapkan mata mendengar jiran bilik sebelah berbual dan menyanyi...mungkin berlatih pertandingan lagu agaknya. Keesokannya kami membuat komen bertulis tentang tidak sound proofnya bilik sedangkan peralatan lain agak canggih terutama power shower dengan  tekanan air deras. Semoga amalan menerima teguran dan penambahbaikan berlaku demi kebaikan pelanggan.

Di taqdirkan sekembalinya kami daripada pulau Langkawi suami saya keletihan dan terpaksa transit...sekali lagi kami menginap di BLANKET HOTEL...itulah rezekinya bagi kedua-dua pihak dan kali kedua kos penginapan di kurangkan dengan diskaun...alhamdulillah.

Saya mula merenung kenapa BLANKET HOTEL berlaku dua kali dalam sejarah hidup saya...apa iktibar dan ibrahnya...saya cuba kupas konsep blanket yang tugasnya MENYELIMUT atau MENUTUP. Apa yang banyak tertutup dalam kehidupan ini ialah keaipan manusia...kasih sayang Allah menutup segala kelemahan insan dan di hiasi dengan pelbagai nikmat dan rahmat yang menjadikan manusia kadang-kadang lupa dan sanggup mendedahkan keaipan orang lain pula. Saya belajar untuk bersyukur kerana Allah telah banyak menutup aib saya yang jika di ketahui orang pasti tidak ada yang ingin mendekati...namun taubat dan perubahan pelbagai sifat buruk kepada lebih insaf meyakinkan saya masih ada tempat memohon pertolongan iaitu ALLAH.

 Jadinya eloklah saya mempromosikan hotel Blanket sebagai peringatan bahawa jangan menambah aib diri untuk di tutup rapi...lakukan segala sesuatu dengan ikhlas dan jujur, sedar dan terbuka..semua untuk mencapai redho Allah...Kalau tertutup dari mata manusia pun Allah tetap Maha Mengetahui segala isi hati.

 Sejak hari lsnin saya di Lombok lndonesia menginap di Sunset Hotel...selesa..ada sarapan dan musim pun belum peak...senario pantai yang indah...belum tercemar dan masih era permulaan pembangunan mengingatkan saya pantai-pantai di Malaysia yang hari ini  kurang  keasliannya walaupun pelancung tidak putus-putus berkunjung. Lombok juga ada icon tersendiri dengan jolokan PULAU SERIBU MASJID...majority orang lslam namun adat dan mistik masih kukuh.  Masjid lebih daripada seribu, katanya berjumlah 3900 hari ini banyak yang di bina oleh kerajaan Saudi dan negara timur tengah. Semoga masjid yang begitu ubiquitious (ada dimana-mana) di huni jemaah yang kukuh beriman. Potensinya tinggi kerana Gabnornya sendiri seorang Tuan Guru dan Hafiz Alquran, semacam negeri Kelantan di bawah naungan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz satu ketika dulu..alhamdulillah.

 Ada dua cara melancung di Lombok...mewah dan back packing. Hotel saya menginap dianggap mewah oleh masyarakat Lombok kerana berilai lebih rupiah 500,000 (rm160) semalam. Tanggapan ini menyusahkan kami sendiri kerana sering di pujuk-pujuk untuk menggunakan kereta sewa, membeli cenderamata dan sebagainya. Di hati saya dan suami ingin back packing sahaja. Ia harus di buktikan dengan jelas...sewaktu ke pulau Gili Terawangan kerana saya ingin melihat sediri buaian (ayunan bahas lndonesia) yang di bina dalam air di tepi pantai kami menaiki bot penambang biasa dengan harga rupiah 15 (rm5) sehala seorang sedangkan menaiki speed boat rupiah 250,000 seorang. Bot public namanya di naiki 41 orang penumpang menunggu penuh..tiada safety jacket dan mungkin terkena hujan jika tidak berdinding. Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik...

Setibanya di pulau gili keenderaan hanya menggunakan SIDOMO..nama angkut pacuan keledai atau kuda...tambang rupiah 250,000 keliling pulau termasuk melihat buaian.  Kalau menyewa basikal rupiah 50,000. Saya nekat berjalan...menggunakan konsep trending berjalan 10,000 langkah sehari demi kesihatan. Hampir-hampir kecundang tidak kelihatan buaian di dalam air...silapnya juga saya membawa persalinan pakaian dalam bag yang terpaksa di bawa bersama....Namun kami kuatkan semangat kerana pantainya cantik...pasirnya halus...pokok menghiasi pantai teduh...cuma kami wargamas di tonton orang berbasikal dan naik Sidomo...apalah daifnya pak cik mak cik berdua ni...sesekali saya ke air membasahi tubuh.

 Tidak ada ruginya saya menyewa sidomo dengan rupiah 250,000 namun saya tidak mau mangalakkan monopoli..bila saya runding untuk kurangkan bayaran tambang langsung tidak dilayan..At last saya sampai ke tempat ayunan....SubhanaAllah...tak terkata sukanya hati...beberapa orang pelancung eropah sedang berayun...saya yang turut gembira..MasyaAllah..tertunai hajat...dan perjalanan balik menapak 5000 tapak tidaklah sesukar perjalanan pergi...alhamdulillah.

Dalam perjalanan pulang saya membuat penilaian tentang pulau-pulau sekitar lombok yang menjadi tarikan pelancung, kebanyakannya pelancung barat dan orang Singapura dan Malaysia juga sudah mula bertambah ramai kebanyakannya anak-anak muda. Bagi wargamas saya terfikir dua kali betapa 'odd' (bukan sumbang) berada di tengah anak muda...kecuali di kalangan pelancung asing ramai juga yang berumur dan mendedah aurat lagi.

Budaya dan makanan barat mendominasi pulau yang mula membawa nuansa commercial..semua ada harga termasuk ke toilet...kebersihan masih di tahap kurang memuaskan...penduduk sekitar kawasan pelancungan belum membuang sampah sebaiknya...pihak kerajaan tak menang tangan untuk memantau keperluan peradaban. ..kecuali hotel bertaraf berbintang.

Sesekali saya terfikir bagaimana cara menterjemahkan musafir lslamik dengan pesentren..dan masjid yang besar dan banyak di lombok...ustaz2 tajaan Saudi pun tidak kurang ramainya. Memang ada acara alquran di masjid baru daerah kota Mataram di hadiri ramai pengunjung seluruh lndonesia..ia merupakan program berkala...untuk membumikan budaya lslam yang kukuh segala kekalutan mistik dan adat perlu di hapuskan dengan menambah ilmu kepada generasi muda.

Suatu tugas besar ialah memimpin manusia yang menjadi anggota masyarakat dan akhirnya membina tamaddun. Kerja keras ke arah menjadikan manusia khalifah harus bermula dari umur awal mencintai Allah dan Rasul...ia tugas bersama ibu bapa guru dan anggota masyarakat tanpa kecuali...kerana matlamat semua makhluk Allah ialah SYURGA..kena masuk syurga bersama bukan sendiri-sendiri.

 Saya dah mula lari tajuk..BLANKET HOTEL haruslah tidak menjadi sebab menyelimuti kekurangan yang akan di ambil kesempatan oleh orang yang berani mendedahkan apa sahaja kecuali KEBENARAN...kita bukan ingin mendedahkan keaiban jika berkata benar..kerana yang aib itu adalah yang tidak mengikut kebenaran dan di larang Allah...contoh bertambahnya peminum khamar gara-gara menarik pelancung tidak perlu di galakkan...cukuplah jika Pulau Bali di dominasi kaum hindu..Lombok puak Sasak beragama lslam harus di lindungi...caranya bangunkan generasi yang beriman dan bertaqwa..semoga kita tidak di BLANKETKAN dengan kezaliman berbagai bentuk...zalim pada diri sendiri kerana menurutkan nafsu amarah dan tamak haloba...kezaliman kepada ahli keluarga dan orang lain kerana menutup kebenaran.Yang benar itu hanya dari Wahyu Allah dan amalan Rasulullah.. WaAllahualam.

1 comment:

  1. Alhamdulillah....bagus ceritanya. Ingin juga musafir ke Lombok. InsyaAllah satu hari nanti.

    ReplyDelete