NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, March 25, 2017

BURUNG PUN MENYEPI

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Sabtu 25 Mac 2017 / 27 Jamadil Akhir 1438H


Alhamdulillah hari ini berakhirnya Pameran dan pertunjukan jet pejuang daripada beberapa negara melalui acara dwitahunan LIMA di Langkawi.

Cuaca dan senario langit tanpa awan amat cantik untuk pertunjukan kemahiran juruterbang jet pejuang dan terlalu ramai peminat datang berkunjung tanpa menghiraukan panas terik yang menyengat..saya terkesan hangatnya pancaran semacam heat wave kerana tidak membawa topi atau payung.

Alhamdulillah kami di berikan pas vip untuk naik ke bangunan dan menyaksikan pertunjukan daripada dewan bertutup dan berhawa dingin. Tidak ramai yang menggunakan dewan ini kerana mereka ingin melihat first hand terus tanpa dinding.

Sewaktu jet pejuang terbang dengan pantas saya melihat beberapa ekor burung mengepak seolah terganggu dengan mesin menyerupai gaya mereka...tapi si burung tidaklah menayangkan kemahirannya dengan berputar balik seperti jet pejuang..kerana sang burung tahu kemampuan mereka terbang adalah dengan izin Allah pencipta seperti termaktub dalam nas AlQuran Surah AlMulk ayat 19 bermaksud

" Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan menguncupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya di udara selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu."


Resah sang burung dengan perilaku manusia seolah lupa siapa yang sebenarnya hebat menerbangkan mesin berat dengan pantas..Berderum dengan kuat enjin pesawat amat memekakkan dan penganjur menyediakan penutup telinga untuk mengelak kecederan pendengaran terutama kanak-kanak.

 Tajuk blog saya BURUNG PUN MENYEPI cuba menggambarkan hebatnya persembahan juruterbang jet pejuang dalam acara LIMA.  Di ransang oleh juruacara dalam dua bahasa lnggeris dan Melayu sewaktu memperkenalkan jenis jet dan pilot yang memandu pengunjung akan terasa kehebatannya, malah saya sendiri merasa kagum dan bangga setiap kali jet pejuang daripada Malaysia membuat pertunjukan..cuma sedih selepas itu memikirkan nasib negara yang kepimpinannya  bermasalah.

BURUNG PUN MENYEPI cuba merakamkan bagaimana dua makhluk ciptaan Allah yang satu tetapi berbeza gaya hidup bersyukur, bersabar dan merendah diri. Burung sentiasa berzikir memuji Allah sejak awal pagi..bertawakkal dan bersabar dengan rezeki yang di tentukan Allah tanpa haloba serta merendah dan menyerah diri setiap kali terbang di angkasa. Berbanding manusia yang di kuasai hawa nafsu menampilkan kehebatan melalui persaingan siapa lebih dahulu mencipta rekaan yang boleh menjahanamkan orang lain. Malah perindustrian jet pejuang adalah alat untuk persiapan peperangan yang tidak pernah di anjur oleh pencipta...kecuali mempertahankan agama, nyawa, maruah diri, harta dan zuriat keturunan. Di sudut inilah BURUNG PUN MENYEPI kerana matlamat kehidupan dua makhluk amat jauh berbeza.

Perkumpulan burung ada yang berhijrah jauh untuk memenuhi fitrah mereka dan menjadi takjub manusia merenungnya. Dalam pertunjukan LIMA pengunjung teransang rasa hebat apabila sekawan  jet pejuang beraksi di udara. BURUNG PUN MENYEPI  dengan dua matlamat terbang. ..mereka mematuhi perintah Allah...jet pejuang ada elemen hawa nafsu dan tujuan kebendaan kerana prestasi jet yang baik akan menjanjikan kontrek pembelian peralatan yang berbilion harganya...malah penyelewengan pun kerap berlaku dalam proses pembelian ini. Malaysia terpalit dengan sindrom ini dan masih belum di selesaikan.

Semoga kita manusia dapat belajar daripada makhluk burung untuk sentiasa bersyukur, bersabar, bertawakkal dan tawaduk dengan kebenaran.  Jangan biarkan burung menyepi melihat karenah manusia yang gagal memenuhi tuntutan penciptaan memakmurkan bumi dengan kalimah hak iaitu KERANA ALLAH semata. WaAllahualam.

1 comment:

  1. Bagus ...a good write and a good read. Maha besar dan maha berkuasa hanya Allah jua.

    ReplyDelete