NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, March 20, 2017

PIKUN aka NYANYUK

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 lsnin 20 Mac 2017 / 21 Jamadilakhir 1438H

Alhamdulillah mood berholiday sedang melanda seluruh negara sekarang almaklum cuti pertengahan penggal pertama sekolah. Saya dan anak cucu tidak terkecuali ingin bersama sempena cuti walaupun tidak semua dapat bersama. Anak ketiga sedang menunggu kelahiran anak keenam, semoga semuanya di anugerah Allah sihat.

Hampir 10 hari saya dan suami bermusafir kali ini, di awali menghadiri majlis perkahwinan di Kota Kuala Muda yang memberi kesempatan juga saya berjumpa lagi Kak Chaq yang pernah bersama saya menunaikan umrah selama sebulan dalam tahun 2010, 7 tahun yang lalu.Fasa kedua cuti ialah melawat projek seorang teman di Bandar Baharu Kedah bersama anak dan cucu diikuti setelah anak saya pulang ke batu pahat saya menziarahi kumpulan ibu-ibu tunggal Pendang dan terus menjadi tetamu teman suami saya dalam acara LIMA di Langkawi. Dalam umur hampir 70 tahun kesibukan begini memang saya cari agar saya rancak beramal soleh tanpa merungut bosan dan kurang perhatian...saya yang dahulu mesti memperhatikan orang lain, baru di anggap amal soleh.

Panjang cerita kalau ingin mengesahkan hubungan silaturrahim saya dengan Kak Chaq termasuk rentetan peristiwa tsunami dalam tahun 2004. Namun kali ini saya ingin menceritakan kisah Kak Chaq di temuduga oleh pihak Tabung Haji berikutan terpilihnya beliau menunaikan ibadah haji tahun 1438H, tahun ini. Hajatnya saya dan suami ingin sekali menemani beliau seperti kami berumrah tapi mungkin ada hikmahnya hingga hari ini kami belum menerima jawapan pihak tabung haji samada terpilih menyertai jemaah tahun ini. Suami saya memang merancang menunaikan ibadah ini dan tak putus-putus berdoa semoga Allah perkenan...saya akur redho dan terima sebarang ketentuan Allah setelah berusaha dan berdoa.

Di beritakan bahawa mana-mana jemaah haji yang menyertai pakej Tabung Haji dan berumur lebih 70 tahun mereka perlu melalui tapisan dan pemeriksaan penyakit PIKUN aka NYANYUK...Sewaktu bercerita kepada kami Kak Chaq yang beumur 73 tahun merasa beliau sihat dan berupaya melaksanakan ibadah haji. Saya mendoakan beliau terus sihat dan sempurna menunaikan haji tahun ini di temani seorang menantunya yang layak merawatnya kerana profesyen beliau seorang jururawat.

Antara pemeriksaan yang Kak Chaq lalui ialah petanda sakit darah tinggi samada beliau pernah 'rebah' (jatuh pingsan) tiba-tiba. Pasti jawapannya tidak pernah kerana Kak Chaq ini sepanjang hidupnya sebagai ibu tunggal bekerja keras merawat anak-anak, melayan seorang ibu yang tua dan anak yang sakit kanser ke saat akhir hayat arwah anak perempuannya. Di kampong bekerja keras bertani menebang pokok dan sebagainya. Cara berfikirnya juga mantap kerana sering memikirkan maslahah orang lain...sehingga rumahnya di Kota Kuala Muda menjadi tumpuan dan serbuan saudara mara setiap perayaan dan majlis khenduri adik beradik.

Kak Chaq menyambung kisah beliau di tanya samada ingat tarikh berkahwin, nama arwah suami nama anak-anak dan tarikh lahir anak-anak. Emosi juga di selidik samada marahkan seseorang sepanjang hidupnya. Wasiat juga ditanya jika sebarang kematian berlaku sewaktu menunaikan ibadah haji.

Wah...sepanjang mendengar celoteh Kak Chaq saya pula yang mula memikirkan kalau di tanya soalan yang sama sanggupkah saya menjawab dengan jujur dan telus...

Akhirnya Kak Chaq memaklumkan pegawai Tabung Haji mengiakan beliau layak pergi menunaikan haji dan menerima suntikan kebal penyakit berjangkit.

Tajuk blog saya kali ini hanya ingin mengingatkan diri saya, suami dan rakan seangkatan dengan saya bahawa pihak tabung haji mungkin melihat 'trend' orang yang berumur melebihi 70 tahun menjadi sasaran penyakit PIKUN ATAU NYANYUK jika tidak ada sebarang persediaan atau pemeriksaan kesihatan di jalankan. Semoga kita semua di jauhkan Allah daripada musibah tersebut dan Allah pelihara kewarasan kita hingga akhir hayat. Berbaik sangka seperti sikap Kak Chaq merupakan satu kaedah mengatasi masalah ini kerana Allah hanya  memberi yang terbaik untuk hambaNya.

1 comment:

  1. Alhamdulillah....didoakan Kak Chaq kesampain menunaikan Rukun Haji dan Allah kurnia Haji Mabrur padanya dan keluarga yang besertanya. Pikun adalah slah satu penyakit yang saya amat khuatir. Semoga kita semua sihat-sihat dan bertemu semula di Jannah.

    ReplyDelete