NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, March 19, 2017

SPARK JOY

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
 Khamis 23 Februari 2017/ 26 JamadilAwal 1438H

Alhamdulillah saya masih berkesempatan menulis blog yang sekian lama saya tinggalkan. Sepanjang menghilang banyak urusan yang berlaku antaranya bermusafir dan menghadiri pelbagai majlis perkahwinan.

Tajuk blog saya pinjam daripada konsep pengurusan KONMARI seorang penulis berbangsa Jepun yang mempelopori konsep kehidupan teratur terutama mengurus rumahtangga, menyusun buku dan pakaian hanya fokus kepada yang memberi kebahagiaan ' SPARK JOY ' (Mencetuskan kegembiraan)

Prinsipnya saya amat menyokong cara kehidupan 'teratur' dimana semua perkara ada tempat masing-masing tidak serabut (clutter) dan berkesan dalam cara berfikir juga. Bagi umat lslam apatah lagi kita di galakkan tidak menzalimi diri, orang lain dan membuang waktu dan keperluan. Semua perkara di susun mengikut keutamaan dan kepentingan.

 Satu kaedah yang di anjurkan dalam sistem KOMARI ialah tidak menyimpan barang yang tidak perlu; ia boleh di infaqkan atau dijual murah.

Seingat saya dan beberapa teman yang sama-sama bertugas dalam perkhidmatan kerajaan setiap kali kami bertugas diluar kawasan pasti kami akan pulang dengan kenangan indah betapa tersusunya hotel yang kami menginap, layanan yang menyeronokkan.betapa indahnya kalau tiap-tiap hari tinggal di hotel. Lantas kami berpakat menjadikan rumah kami 'hotel exclusive' minimanya di bilik tidur. Setiap kali pulang kerumah ada SPARK JOY menunggu...apakan daya seminggu dua bolehlah bertahan...lepas tu serabutlah kembali.
 (DIsambung pada Ahad 19 Mac 2017/21 Jamadilakhir 1438H)

Terlalu lama berhenti menulis...dek rosaknya lap top dan bersangatan sibuk..mata kabur perlu di periksa dan verdictnya pada 18hb April akan di jalankan minor operation mata sebelah kiri untuk membuang selaput Cataract. ALhamdulillah ala kulli hal Allah Maha Mangasihi saya masih sihat dan penukaran kanta mata pun ditanggung kerajaan.

 Berita bapa Widad di serang stroke merunsingkan kami lembaga Smartop..bergegas juga kami menziarahi sambil menikmati keindahan negeri Kelantan. .ke bandar perbatasan Thailand Rantau Panjang dan Pangkalan Kubur. Outing 4 orang wargamas yang saya kira unik kerana kami sepakat melaluinya dengan bujet terbatas. Halal menghalallah dalam keadaan musafir semoga Allah mengqabulkan semua hajat orang bermusafir.

Saya sekarang d AlorStar menghadiri majlis perkahwinan abang anak angkat saya di Kota Kuala Muda...namun sedikit ujian pagi ini tepaksa ke hospital kerana suami saya mengesyaki berulang semula penyakitnya..alhamdulillah semua dalam kawalan.

SPARK JOY sama erti dengan hati yang berbunga kalau kita fokus untuk melakukan semua urusan mengikut yang di amanahkan dan menjaga Taqwa. Perasaan yang di cetuskan kerana ikhlas itulah yang membungakan hati..sampai2 kalau kita mampu menggerakkan jiwa menikmati alquran...ia akan menjadi TAMAN-TAMAN BUNGA DI HATI (RABIEAN QULUBINA)

 SPARK JOY yang saya amati terus mencetuskan ghairah kepada suami saya ialah MUSAFIR....Allah telah mengizinkan sebuah kereta berkualiti dan baik di hadiahkan kepada kami sejak tahun 2009...bertambah lagi semangat suami saya yang memang minat memandu tanpa letih..motifnya setiap putaran tayar kereta ini akan mengalir pahala kepada si pemberi...itu memang SPARK JOY. Saya pun terbudaya dengan kesukaan suami saya lantas bersemangat juga memikul amanah berulang alik daripada Shah Alam ke Tangkak sejak tahun 2013.

Mutakhir ini kami punya SPARK JOY tersendiri dengan misi menjejak kasih seseorang...dan akan terus menjelajah hingga diizin Allah bertemu insyaAllah. Menikmati suasana baru, persekitaran baru dan teman-teman baru merupakan anugerah jika musafir di lakukan bermatlamat. .antaranya seperti ibadah berumrah dan ziarah menziarahi atas dasar taqwa. Kemudahan juga di tawarkan kepada musafir seperti solat di jamakkan. Semoga musafir kami juga jadi dakwah bil hal dengan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, berzikir selalu dan memakmurkan rumah Allah. Syarat suami saya mencari penginapan setiap tempat musafir adalah mesti berhampiran masjid...ini SPARK JOY terpenting baginya.

Semoga setiap nawaitu, perlakuan dan amalan kita umat lslam mencetuskan SPARK JOY di dunia dan akhirat...terutama di akhirat untuk meraih rahmat Allah yang terbesar iaitu syurgaNya..aaminn...

No comments:

Post a Comment