NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, March 21, 2017

MENJEJAK KASIH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selasa 21 Mac 2017 / 22 Jamadilakhir 1438H

Alhamdulillah alat tab suami saya boleh di manfaatkan sepanjang bermusafir dan saya sempat menulis blog ini...semoga Allah memberkati

Saya dan keluarga berada di Homestay Halimah Bandar Baharu Kedah, rumah yang comel, bersih dan selesa tapi tidak ada peralatan memasak. Maka saya tidaklah sibuk menyediakan makanan kerana terpaksa mecari makan di kedai. Pengalaman makan malam tadi bolehlah diterima,namun harga agak tinggi.


Tajuk blog ini berkaitan dengan perjumpaan dengan Kak Chaq di Kota Kuala Muda terutama saat beliau mengeluarkan gambar-gambar kenangan di Mekah Madinah. Ternampak kami gambar dua orang ustaz muda asal Lombok/Lampong  yang banyak membantu sepanjang kami berada di sana malah Kak Chaq menyerupai wajah ibu salah seorang Ustaz tersebut.  Rindu rasanya untuk bertemu semula dan MENJEJAK KASIH dengan bermusafir dan menziarahi Lombok dan Lampong lndonesia. InsyaAllah dalam masa terdekat kami hajat berziarah ke Lombok pulau seribu masjid....adik ipar saya yang baru pulang melancung kesana menyatakan masjid di Lombok berjumlah lebih tiga ribu dan ada pusat maklumat lslam Lombok mungkin kami boleh mengesan keberadaan ustaz-ustaz yang di rindui disana. Gambar2 pun kami pinjam daripada Kak Chaq untuk meJEJAK KASIH...alhamdulillah.

Sewaktu saya bertukar karier daripada pegawai kerajaan kepada penceramah dan motivator golongan ibu-ibu tunggal saya Allah beri rezeki mengadakan program di merata pelusuk terutama di negeri Kedah. Uniknya program di Kedah sering di jalankan di pulau Langkawi sebagai strategi memakmurkan pulau tersebut. Seringlah saya berada di Lagkawi ketika itu (akhir tahun 90an hingga awal 2000) dan mengenali ramai ibu-ibu berasal negeri Kedah. Beberapa orang sudahpun meninggalkan kami ke alam yang lain untuk kami menyertai pada bila-bila masa saja sekarang.

Salah satu kawasan yang saya dan team program MAWADDAH santuni ialah PENDANG. Saya malah pernah ke Pendang melakukan pertemuan 'alumnai' peserta MAWADDAH. Yang jelas dalam ingatan saya tentang peserta Pendang ialah mereka tulus dalam menimba ilmu dan menghormati guru. Sering bekas peserta menghubungi saya bertanya kabar dan ingin bertemu semula. Setiap bermusafir ke utara dan nampak exit Pendang saya teringat peristiwa lucu di saat berpisah di jetty Kuala Perlis selepas program. Yang ketara dua orang peserta enggan menaiki bas untuk pulang ke Pendang kecuali saya dan team Mawaddah ikut sama...alahai bak ibu menyantuni anak-anak saya terpaksa mententramkan suasana 'hati' peserta...almaklum mereka sedar akan kembali ke suasana muram di kampong tanpa pembelaan...bekerja keras membanting tulang sebagai ibu tunggal menyara diri dan keluarga. Sedangkan sepanjang program mereka di asuh, di belai, di sediakan makan minum yang cukup...Sentuhan Mawaddah pada hati saya sendiri memang 'power' kerana program berteraskan akhlak dan perilaku seorang Muslimah..silaturrahim kerana Allah berkesan sekali hingga ke hari ini. la berlaku bukan kepada saya secara peribadi tetapi kepada semua anggota team yang menyantuni peserta.

Salah seorang peserta yang agak menyerlah ikatan hatinya kepada saya bernama WA...saya lupa nama penuhnya. Selain sering bertanya kabar beliau telahpun melalui banyak perubahan, aktif sekali dalam persatuan dan banyak melakukan amal soleh. Sudah bijak mengatur program dan mendapat kepercayaan para wanita tempatan. Alhamdulillah...jika ini berlaku penyebabnya program Mawaddah saya infaqkan pahala yang mengalir kesan perubahan positif itu kepada arwah ibu bapa saya yang mendidik saya hingga kata-kata saya memberi kesan di hati orang lain.

Di pendekkan cerita petang Rabu 22 Mac 2017 jam 4 petang saya telah mengatur pertemuan dengan WA di Pendang...katanya bersama beberapa wanita lain. Semoga Allah memudahkan pertemuan ini...mencetus ikatan baru..terkini untuk saya kongsikan konsep PENCINTA ALQURAN...Ya Fattah ya Alim  bukakan pintu hati kami agar sentiasa mengagongkan Mu.

No comments:

Post a Comment