NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, March 24, 2017

LIMA DAN LANGKAWI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 Jumaat 24 Mac 2017 / 25 JamadilAkhir 1438H

Alhamdulillah yang tak terukir syukur kepada Allah yang mengizinkan saya masih bernafas hari ini dan sepanjang hampir 10 hari bermusafir terlalu banyak nikmat dan rahmat Allah yang di curahkan...hanya sujud syukur tanda besarnya hati ini mendapat pelbagai berita yang baik terhadap pelbagai ujian keluarga dan sebagainya.

 Dari segi silaturrahim dengan bekas peserta kursus motivasi Mawaddahh lebih 20 lalu saya amat terharu...sampai-sampai berita saya akan membuang cataract menyedihkan mereka...nak rebus pelbagai daun hutan..saya tesenyum sahaja melayan karenah ibu-ibu tunggal yang ibarat anak kepada saya walaupun umur mereka ada yang lebih tua. Saya sendiri memang rasa tua hampir mencicah 70 tahun...nak masuk fasa Nyanyuk megikut perkiraan Tabung Haji...semua itu ramalan dan telahan belaka...ulama2 dulu umur panjang semakin berwibawa...doa saya agar demikian

Saya sekarang berada di Smith Hotel Langkawi...yang memakai tagline..A PLACE CALLED HOME..hotel baru 3 bulan beroperasi....canggih taraf 5 bintang terletak di tengah2 pekan Padang Matsirat.Lokasi berhampiran lapangan terbang dan berhadapan masjid. Suami saya paling suka lokasi ini tambahan tempat makan favorite Gulai Panas dan Ikan Bakar amat dekat...sekadar melangkah tak sampai 1000 tapak..he he

Dapat menginap di Hotel ini pada saya bukti rezeki bersahabat. ..bekas pegawai suami saya yang pernah bertugas di Kementerian Pertahanan setiap kali acara LIMA Show (Langkawi International Maritime and Aerospace) akan menjemput bekas bosnya sebagai tetamu...daripada pangkat pegawai biasa sekarang sudah menjawat pengarah jabatan barokah cara kerjanya kami berdua pun turut merasainya. Selain jemputan di sediakan penginapan dua malam dan kereta..tahun lepas sebuah mercedes model baru. Kali ini penginapan benar2 like home dan kereta VIVA yang berfungsi baik alhamdulillah selagi suami saya diberi kesihatan untuk memandu..sekarang ini berilah saya sebuah kereta semewah mana pun saya tidak mampu memandu dengan baik kesan mata yang kabur...itulah ketentuan yang saya redhoi.

Berbalik kisah LIMA yang di anjurkan kerajaan Malaysia sejak tahun 1991 hampi 26 tahun lalu ia di laksanakn bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan. Suami saya lama bertugas di kedua-dua kementerian ini menyebabkan beliau tidak pernah miss malah 'ketagih' untuk melihat perkembangan LIMA dari masa ke semasa. Buat diri saya pula melihat pembangunan Langkawi yang semakin mencapai taraf antarabangsa dari segi kemudahan dan layanan demi menggamit ramai pelacung ke pulau ini. Contohnya di jetty Langkawi sekarang kemudahan bilik air percuma taraf hotel lima bintang...malangnya saya tidak nampak petugas membersihkannya dan saya bimbang kemudahan canggih begitu akan tinggal kotor dan kusam tak berjaga...sikap pengguna pun bermasalah jika hanya mengharap petugas sahaja membersihkan.

Setiap kali acara LIMA yang senghaja di atur bertepatan cuti sekolah pulau Langkawi di banjiri pelancung dalam dan luar negara tidak temasuk peserta daripada pelbagai negara yang menyertai pameran yang biasanya datang bersama keluarga bercuti dan melancung. Di setiap sudut dan tempat manusia berpusu...mulai lapangan terbang jetty feri, kedai makan, kedai cenderahati dan sekitar bandar Kuah jem semua...kereta berbaris sepanjang perjalanan ke tempat show...kena banyak bersabar waktu begini. Yang kurang menariknya harga semua urusan berganda dua..harga hotel. tempahan kereta, makan di restoran...sampai saya tegur restoran seafood yang menjual ketam yang tak sesuai untuk di makan..saya katakan awak kena jujur dalam berjual barang harga tinggi, silap-silap rugi lagi banyak...dia senyum...malah tak sensitive dengan rugi di sisi Allah.

Tahun ini suami saya berkesempatan bertemu bekas rakan sejawatnya daripada Myanmar 10 tahun lalu kini telah menjadi timbalan menteri..Sebut Myanmar teringat dasar ethnic cleansing kaum Rohinga..namun perkenalan antara insan mendahului ingatan ini semoga negara Myanmar di bantu Allah Maha Perkasa Al-Aziz.

Walaupun saya memang kerap ke Langkawi dan hadir acara LIMA tanpa jemu namun di hati kecil saya kurang senang dengan kemasukan budaya asing terutama minuman keras yang mudah di perolehi dan terlalu murah. Ramai anak-anak muda terjebak dan mereka juga kurang terserlah dalam bidang pendidikan dan agama. Kemasukan 'orang luar' termasuk rakyat Malaysia daripada negeri lain kurang di senangi dan silap berkawan akan menimbulkan banyak masalah. Terkini adik saya yang cuba menguruskan travel and tour tekial-kial cuba membuktikan beliau boleh berjaya namun ada sahaja karenah yang membatalkan hasratnya...terutama isu pekerja yang jujur dan ikhlas... WaAllahualam.
 
 LIMA DAN LANGKAWI berpisah tiada..itulah kira-kiranya keunikan pulau ini..dulu ada acara berbasikal Langkawi Tour...tapi telah berpindah lokasi di semananjung..namun untuk LIMA yang memerlukan lapangan tebang untuk beraksi mungkin inilah satu tarikan pelancung setiap dua tahun ke Langkawi. Antara kesan positif acara ini saya perhatikan pasaraya dan tempat membelibelah rancak sekali..isteri dan keluarga peserta pertunjukan LIMA rancak berbelanja...saya perhatikan delegasi lndonesia yang merasai currencynya lebih baik sekarang..rancak membeli barangan dan hiasan rumah di beberapa pasaraya...semoga menimbulkan kenangan manis belaka temasuk saya yang tidak mampu lagi bershopping...terlalu banyak acara menunggu perbelanjaan selepas bermusafir ini.

Semoga juga Langkawi selepas LIMA mampu bertahan dengan perkhidmatan pelancung yang berkualiti agar yang belum datang bermusafir dapat menikmati keindahan pulau ini setanding dengan pulau2 pelancungan di tempat lain...dengan keunikan budaya lslam dan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. AAminn

LIMA unik mungkin ada kaitan dengan jasa bekas perdana menteri Malaysia Tun Mahathir..dia pun asal Kedah...namun terkini beliau terpinggir daripada arus perdana dan menubuhkan parti politik baru PERIBUMI BERSATU MALAYSIA..ada bekas pegawai PTD yang akan bertanding di Pekan menandingi perdana menteri sekarang. Kalau nawaitu usaha ini ikhlas untuk membangunkan bangsa beragama mulia dan berakhlak tulus saya mendoakan sedikit perubahan di Malaysia supaya anak cucu kita tidak hanyut dengan arus syaitan dajjal dan fitnah akhir zaman.

No comments:

Post a Comment