NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, December 28, 2016

HATI YANG BERBUNGA-BUNGA

Assalamualaikum alaikum warahmatullahiwabarakatuh

Rabu 28 Disember 2016/ 28 RabiulAwal 1438H

Alhamdulillah terlalu lama meninggalkan blog saya hampir lupa untuk menulis. Kepantasan masa berlalu dan pelbagai insiden dalam dan luar negara menambah kacau fikiran untuk berkarya. Namun nawaitu yang baik Allah mudahkan..saya bernawaitu untuk mengaktifkan minda saya sambil berkongsi maklumat yang menarik sepanjang tidak menulis blog.

Akhlakul Kareem blog saya sebelum ini cuba mempamirkan bahawa nilai yang masih di kagumi masyarakat dan memudahkan urusan bagi umat lslam ialah taqwa dan sabar. Walau di mana kita berada rasa taqwa akan mencetuskan perasaan sentiasa di awasi untuk para malaikat membantu di saat getir sekiranya kita mengingati Allah...Saya yakin dengan fenomena ini jika kita ikhlas dan redho dengan sebarang ketentuan Allah.

Musim cuti sekolah akhir tahun telah hampir penghujung kerana sebulan yang lalu saya dan suami cuba menyantuni cucu-cucu di sebuah kawasan peranginan Port Dickson.  Tujuan utama berpergian ialah untuk membudayakan anak-anak rasa syukur masih dapat bersama keluarga berbanding jutaan anak-anak yang melarat kesan peperangan dan penindasan di sana sini. Ramalan akhir zaman yang kian dekat menambah kukuh hasrat untuk mempersiapkan suasana hati agar sejahtera di saat di panggil pulang oleh Allah dalam apa keadaan sekalipun. Semoga ahli keluarga akan ingat peristiwa menghafal sebahagian surah Luqman untuk faham perintah JANGAN SYIRIK, BERBAKTI KEPADA IBU BAPA, SENTIASA DI AWASI ALLAH DAN TEGAKKAN SOLAT.

Misi yang sama saya turut bawa dalam sebuah program remaja di Cameron Highland anjuran seorang ibu membuat kraf yang inginkan golongan remaja rakyat termiskin di beri pendedahan positif. Kumpulan Pencinta Alquran Luqman telah di ujudkan di kalangan remaja semoga menjadi penggerak motivasi mereka meneruskan aktiviti positif mereka iaitu seni silat.

Tajuk blog HATI YANG BERBUNGA-BUNGA saya kutip daripada beberapa perkongsian rakan pencinta Alquran yang giat menyebarkan kemahiran memahami alquran di seluruh Malaysia. Saya tabik pengasas program ini yang bermula secara individu, kini tersebar di pelbagai peringkat termasuk kakitangan koporat. Saya hanya terlibat dengan staf Smartop, remaja dan rakan sekolah di Muar. Konsep HATI BERBUNGA ialah kesan yang di terima peserta program setiap kali faham maksud kalimah Alquran,,,ada yang bergetar, gembira, sayu dan mahu lagi..jadinya BERBUNGA lah hati orang yang menyampaikan kerana majlis ilmu pasti di naungi para malaikat yang mendoakan...aamiin

Hakikatnya kita mesti sentiasa memiliki HATI YANG BERBUNGA sekiranya setiap saat di anggap ibadah kepada Allah. Wajar kita memiliki Hati Yang Berbunga kerana kita punya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap menunaikan solat kita mesti menyiapkan HATI YANG BERBUNGA kerana ia kesempatan bercakap-cakap dan merayu kepada Allah untuk menyelesaikan setiap persoalan yang kita hadapi. Apatah lagi setiap kalimah yang di sebutkan dalam solat punya erti yang amat besar bagi seorang insan kerdil dan lemah yang perlu banyak bersujud kepada kebesaran Allah. Aamiin ya Rabbulalamin.

No comments:

Post a Comment