NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, November 3, 2016

AKHLAKUL KAREEM (AKHLAK MULIA)

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Khamis 3 November 2016 \ 3 Safar 1438H

Segala puji bagi Allah yang masih meminjamkan kehidupan dunia pada saya yang berada dalam umur bonus sekarang. Sebentar saja lagi saya akan ke alam barzah yang jauh berbeza kerana tiada lagi perjuangan cuma balasan kepada perjuangan hidup yang di lalui lebih enam dekad.

Hampir tujuh tahun yang lalu (2009) adik kesayangan saya yang pemurah dengan akhlak mulianya menghadiahkan sebuah kereta ala mewah jenisToyota Mark X untuk jihad katanya. Memegang amanah inilah kereta tersebut berulang alik antara Shah Alam ke Tangkak kini dan sebelum itu ke mana sahaja kami pergi atas nawaitu berziarah, melakukan amal soleh dan membawa penumpang yang memerlukan khidmat kami. Besar sekali ganjaran kepada si pemberi jika amal kami Allah redho dan berada di jalan yang lurus..aamiin.

Penjagaan Mark X pun rapi oleh suami saya yang ada kecenderungan sukakan kereta dan gemar memandu jauh dan dekat ke tahap saya sekarang lupa bagaimana memandu jarak jauh. Apatah lagi nikmat pengelihatan seolah kini semakin pudar terutama mata sebelah kiri. Sewaktu pemeriksaan terakhir di kelinik Tangkak pengelihatan saya jarak 100 meter jatuh ke paras 0, kabur sekali dan doktor menasihatkan saya membuang selaput cataract secepatnya.InsyaAllah bulan Disember jika di izin Allah umur masih ada saya akan mendapat rawatan pakar di Hospital Muar.

Dengan izin Allah jua pada tengahari 2 November 2016 kereta ini mengalami 'shock treatment'...hampir tidak pernah kejadian kemalangan sepanjang kami membawanya selama ini namun dalam split second kami di kejutkan dengan pertembungan sebuah motosikal berhampiran stesyen bas bandar Tangkak. Fobia jadinya saya kerana pemandu motosikal terbang di hadapan mata atas cermin kereta dan jatuh tepat di bawah tayar kereta. Sekarang saya dapat bayangkan bagaimana kemalangan begitu boleh meragut nyawa seseorang kerana jika panduan suami saya laju pasti mangsa akan di geles parah...

Saya membawa tajuk AKHLAK MULIA dalam blog ini semata membezakan perangai saya dan suami saya...dek fobia saya melarikan diri daripada suasana kemalangan yang mula di kerumuni orang ramai...melihat dari jauh mangsa, seorang peniaga lelaki berbangsa cina berdarah hidung dan mulut...Saya sedar suami saya juga fobia ...namun saya yakin beliau menginsafi kejadian itu mungkin punca panduannya beliau menerpa kepada mangsa dan menenangkannya. Hampir titis air mata saya melihat dua mangsa kemalangan meredhai kejadian dan tangan suami saya mengurut tengkuk mangsa...Allah izin mangsa terus tenang. Adik mangsa yang berada di kawasan sekitar turut tenang...saya mengandaikan suami saya akan di pukul atau sebagainya...Ya Allah...ini satu anugerah...saya namakan insiden ini AKHLAKUL KAREEM..bukan untuk memuji suami saya tetapi satu senario yang jarang saya temui dalam keadaan kemalangan...mesti salah menyalah dan jerit pekik tuduhan...

Hampir saja saya bersangka buruk ingin menyalahkan suami saya mengapa beliau mengikut jalan yang jarang di laluinya...namun melihat insiden tenang saya terus memaafkan sedikit kejanggalan panduannya tengahari tersebut kerana memang telah di takdirkan kemalangan ini akan berlaku...tepat masa tanpa sedikit cepat atau lewat semacamlah kematian...ia peringatan kecil pada saya dan suami...jika salah seorang kami di panggil pulang kami harus setenang itu...BERAKHLAK MULIA di hadapan Allah.

Adik saya yang menetap di tangkak bergegas datang membawa mangsa ke hospital dan kes ini di anggap takdir...tiada siapa menyalahkan siapa...buang kes..tanpa di lapor atau di tuntut. Suami saya membaiki motor mangsa yang tidak banyak rosaknya ..alhamdulillah. Sewaktu pergi menemui mangsa di rumahnya suami saya masuk ke dalam rumah kos rendah dimana mangsa tinggal bersama ibu bapa yang tua dan menguruskan perniagaan menjemur koko.  Saya tidak mengikutnya ke rumah tersebut kerana kawasan parking amat sempit untuk berlama. Keinsafan mula menerjah hati saya...kerana kawasan tersebut di diami semua bangsa berjiran, melayu,cina lndia. Masing-masing menghormati jiran sebagai keluarga jaga menjaga harta dan keselamatan.Itu yang saya rasakan. Sedangkan di luar sana rakyat Malaysia cuba di persengketakan mengikut faham racist..membenci cina dan memandang rendah kaum lndia. Amat jauh daripada AKHALKUL KAREEM yang di perintahkan Allah Maha Pencipta dan langsung tidak mencelupi akhlak Rasulullah yang mulia, nauzubillah bangsaku Malaysia...

Sepanjang insiden saya mematuhi kaedah SAYING IT RIGHT..tak bersuara sebarang komen untuk membantu meredakan suasana hati semua pihak. Orang pertama yang mendapat berita ini ialah adik saya yang menghadiahkan kereta tersebut yang di jawabnya ringkas innalillahi wainnailiahi rajiun...itu sahaja. Semoga Allah membantu semua yang terlibat dan saya berdoa kesan AKHALKUL KAREEM kami dapat sedikit kesan berdakwah kepada bangsa bukan lslam semampu kami.

Kini hanya ada nombor talipon yang boleh menggerakkan usaha kami mengenal mangsa yang kabarnya satu tulang jari kakinya retak, dan satu giginya juga patah. Bila di tanya kenapa tidak mengikut nasihat doktor untuk di semen tulang kaki katanya susah...nak kerja.... subhanaAllah..kesakitan tidak menjadi alasan untuk memprioritikan kerja...boleh jadi tauladan sebenarnya...

Senario negara pula di hujani harga minyak gas dan petrol yang meningkat naik...terlalu banyak komen yang boleh menjurus kepada sikap salah menyalah..Dalam satu wassap group ahli keluarga saya hanya komen bahawa selagi negara kita tidak memprioritikan IMAN dan TAQWA seperti yang di janjikan dalam AlQuran Surah AlAraaf  tidak akan turun keberkatan dari langit dan bumi...komenlah sebanyaknya..kita semua kena kembali kepada Allah yang menyusun rezeki secantiknya jika kita beriman dan bertaqwa...BAGAIMANA caranya...AKHLAKUL KAREEM sepanjang waktu baik senang maupun susah...WaAllahualam 
  

No comments:

Post a Comment