NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, May 1, 2015

PASAK BUMI

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh 

1 Mei 2015/ 12 Rejab 1436H

GUNUNG DAN BUKIT ADALAH PASAK BUMI 
PINTU GUA SEBUAH BUKIT BERUMUR 200 JUTA TAHUN

SubhanaAllah...MasyaAllah....Alhamdulillah..syukurlillah...itu sahaja kalimah yang dapat saya dahului blog kali ini kerana terlalu banyak perkara yang berlaku yang saya lalui mutakhir ini yang begitu indah dan melihat kebesaran Allah di mana-mana.

Sewaktu menulis ini saya berada di Tangkak sekembalinya daripada musafir 5 hari 4 malam ke Kelantan dan Kedah satu perjalanan yang mencicah hampir 2000 Kilometer. Sekiranya semua ahli rombongan membawa pasport antarabangsa mungkin kami akan melalui negara jiran Thailand menyeberang ke Kedah.

Apa pun hasrat di hati adalah untuk berehat sepanjang cuti Hari Buruh di Tangkak mengembalikan kudrat yang tinggal tipis di hentak perjalanan yang penuh peristiwa manis...semanisnya. Suami saya berkata "one of the nicest trips" yang dia pernah lalui bersama ramai kaum kerabat, kenalan dan orang yang pernah bermusafir selama ini.

Satu keistimewaan musafir kali ini ialah kekurangan ongkos kerana tidak banyak yang di bujetkan selain amanah menyampaikan sumbangan seorang kawan kepada mangsa banjir.  Namun rezeki memang di sisi Allah berkat sifat tawakkal. Saya menyerahkan kepada Allah semua urusan dan terlupa bahawa sebaik kembali musafir saya perlu mencukupkan jumlah gaji Smartop yang biasanya akan kekurangan kerana yuran belum sepenuhnya di kutip.


PENYERAHAN SUMBANGAN DI PONDOK K KERAI

Nawaitu memberi dan berbelanja adalah semata untuk mencari ridha Allah kerana tidak ada nawaitu lain dalam baki hidup saya sekarang. Rasanya semua sudah lebih daripada mencukupi. Teman saya pun berpendirian sama masing-masing berebut menghulur bayaran makan dan membeli petrol, mugkin kawan saya menang sedikit kerana saya jarang menghulur untuk petrol kecuali sesekali suami saya mengunakan kad kreditnya yang kini terpaksa di batalkan kerana di guna oleh pihak lain. Semoga Allah merahmati kawan semusafir yang banyak mengeluarkan kos sepanjang perjalanan. Amiin.


TEMAN DERMAWAN DI TENGAH BANDAR KUALA KERAI

Tajuk PASAK BUMI untuk blog ini merupakan keistimewaan yang kedua musafir kerana sekian lama anak angkat saya bercerita tentang segugusan bukit yang menjadi mangsa kontrek kuari akan kehilangan daripada muka bumi ini jika tiada pihak yang menghalang kontrek Felda dan Kerajaan Negeri Kelantan di teruskan. Penduduk seolah di cucuk hidung kerana menjadi peserta Felda sekalipun ramai yang membantah projek ini. Melihat sendiri keunikan bukit yang berumur lebih 200 juta tahun saya amat tersentuh kerana awal-awal Allah menjadikan gunung dan bukit bukau sebagai PASAK BUMI, Sekiranya di gangugugat bumi akan gegar dan hancur. Kawasan sekitar bukit iaitu Gua Musang baru sahaja di landa banjir teruk mengapa pihak yang meluluskan projek ini kurang peka. Saya dan teman banyak beristighfar...

Rentetan banyak bermuzakarah sepanjang perjalanan kami dapat menambahbaik memo bantahan yang akan diserahkan kepada pejabat Menteri Besar 7 Mei nanti serta mengajak teman suami saya seorang peguam menyertai jihad mempertahankan PASAK BUMI di Gua Musang ini dengan membuat tuntutan ke mahkamah mempertahankan hak penduduk. Ini merupakan keistimewaan ketiga musafir ini kerana sebelum ini kami rasa 'helpless' bagaimana cara membantu penduduk yang menjadi mangsa 'letupan' bukit bersejarah sepertimana yang berlaku di banyak tempat setelah lereng bukit di rosakkan dan di cemari tangan-tangan manusia...saya seolah merasai 'tangisan' bukit yang di 'gondolkan' demi pembangunan yang berlaku di sekitar Ipoh, Nilai, Seremban malah di Tangkak Johor sendiri

 
AKTIVIS PENYELAMAT GUA DI PEJABAT PEGUAM KB

Perjalanan yang jauh menguji keselesaan juga namun Allah izinkan kami mampu melaluinya dengan tenang dan selesa di hati...pada saya PASAK BUMI yang lebih penting adalah DASAR IMAN YANG TERPACAK DIJIWA apabila melakukan sesuatu untuk meraih keredhaan Allah. Petanda-petanda di serang demam dan sakit pening mudah di atasi dengan aktiviti yang sibuk sekali hingga lupa derita kesakitan.  Melihat PASAK BUMI akan di musnahkan kami yang jadi kuat dan meneruskan perancangan sebaiknya walaupun berlaku sedikit perubahan di sana sini.

Sampai saat ini saya berdoa Allah pelihara PASAK BUMI walau di mana pun agar tidak di hancurkan tangan-tangan manusia rakus yang memberi alasan bahaw demi pembangunan ada perkara yang perlu di korbankan. SALAH...kalau pembangunan kerana mencari redho Allah semuanya akan barokah tidak ada yang perlu di korbankan keculai ibadah KORBAN di bulan Zulhijjah yang memang Allah ciptakan binatang korban untuk makanan manusia. Peliknya saya baru mendapat wassap di sebuah negara penganut Buddist/Hindu binatang di 'heck' untuk mati bukan untuk di jadikan makanan sebagai fitrah...waAllahualam kesannya berlaku gempa bumi yang dahsyat.

Itulah kebimbangan saya dan pasukan menyelamatkan PASAK BUMI di Gua Musang...apabila di letupkan gugusan 3 gua yang bernama Gua Tok Guru, Gua Cinta dan Gua Paya... ia mengundang musibah yang lebih teruk daripada banjir tahun 2014 ..nauzubillah.


KHEMAH MANGSA BANJIR

Akhirnya saya juga tersentuh dengan sejumlah mangsa banjir yang masih tinggal di khemah bantuan dan belum dapat di berikan rumah, suasana amat menekan dengan cuaca panas dan sempitnya ruang.  Terasa lemah jiwa ini memikirkan umat lslam yang menjadi pelarian sepanjang hidup di Palestin...kini mangsa banjir di negara sendiri....Ya Allah zalimkah kami yang membiarkan mereka sangsara... sedangkan mafhum sebuah hadis Rasulullah saw menyebut..."bukan di kalangan kami orang yang tidak mengambil berat kesulitan umat lslam"

No comments:

Post a Comment