ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
AHAD 3 MEI 2015 / 14 REJAB 1436H
Seorang teman baru mengharung traffic jam dalam perjalanan pulang ke Shah Alam dan memberi amaran hari Isnin selaku hari terakhir cuti panjang (hari buruh dan wesak) kesesakan lagi gawat. Saya dan suami berpakat tidak akan berada dalam mood stress traffic sepanjang hari Isnin dan jadual pulang ke Shah Alam di tunda petang Selasa insyaAllah.
Keserabutan pembangunan mutakhir ini menakutkan sekali di mana pengguna jalanraya menjadi mangsa kepada pelbagai perlakuan ektrim manusia yang lupa diri seolah lebuhraya hak mereka sahaja. Sepasang suami isteri dan anak kecil di beritakan maut di lebuh raya Duke akibat perlumbaan kumpulan kereta Myvi di lebuhraya tersebut. Saya tidak mengikuti berita ini namun ia merupakan musibah yang ngeri yang tidak sahaja memangsakan mereka yang memulakan agenda tapi orang awam yang harmless tidak berdosa.
Kesempatan yang sedikit hari ini saya ingin menyambung blog sebelum ini PASAK BUMI untuk menarik perhatian kepada konsep PENGORBANAN yang sering di salahertikan terutama di kalangan rakyat yang innocent agar sentiasa BERKORBAN demi kesejahteraan negara dan seumpamanya. Jarang sekali seruan PENGORBANAN di ajukan kepada kelompok selain rakyat kerana hanya yang lemah perlu berkorban kononnya. WaAllahualam'
Dalam sebuah ceramah Shaikh Hamzah Yusuf beliau dengan lantang menyebut SACRIFICE dalam bahasa latin bermaksu TO MAKE SACRED atau mensucikan yang belum suci, antaranya cara hidup manusia yang tidak berpedomankan alam samaiat (langit) yang di turunkan Allah dalam AlQuran. Berkorban demi menjadikan ciptaan Allah sebaik-baik ciptaan yang tidak di rosakkan hawa nafsu atau tangan manusia rakus merupakan setinggi-tinggi ibadah termasuk mendidik jiwa dan memelihara alam ciptaanNya.
Saya ingin menyentuh agenda menjaga keutuhan Gua-gua yang bakal di jadikan kilang simin di Gua Musang di mana pengorbanan menjadikan Gua 200 juta tahun ini sebagai ayat-ayat Allah di muka bumi merupakan tanggungjawab umat lslam. Berkongsi pandangan dengan seramai kenalan dan saudara mara mengenai agenda ini mendapat sambutan sepi kerana cara hidup kini tidak memberi keutamaan kepada isu selain diri manusia sendiri. Dengan isu GST dan seumpamanya jarang ada orang yang peka untuk berkorban menjaga Gua yang terperok jauh nun di Kelantan.
NGO atau badan yang peka dengan alam sekitar sendiri kurang sensitif dengan isu pembangunan di Kelantan malah menyokong pembangunan kilang yang di jangka akan menjana peluang pekerjaan kepada seramai 3000 pekerja. Kata-kata SACRED atau SUCI lebih menghala kepada menghimpun sebanyak harta dunia berupa wang ringgit, bangunan mewah dan kilang-kilang mercutanda pembangunan sebagai TUHAN baru. Saya lebih rela Kelantan kekal sebagai negeri yang kurang pembangunan berbanding mengorbankan asset yang Allah ciptakan untuk diletupkan sesuka hati tanpa menghormati hak Gua dan gugusan bukit untuk wujud menjaga penduduk sekitar.
Menurut Shaikh Hamzah Yusuf lagi manusia lupa tugas mereka perlu BERKORBAN untuk mengaplikasikan undang-undang Allah di mukabumi bukan berkorban untuk memenuhi hawa nafsu serakah desakan syaitan. Namun di kalangan rakyat yang kurang ilmu dan sentiasa di lemahkan dengan pelbagai slogan PEMBANGUNAN isu berkoran demi deen yang mulia di akhir zaman ini bukan mudah. Proses harus bermula dengan menanam IMAN di dada betapa besarnya kuasa Allah dan betapa perlunya semua manusia bergantung kepada rahmat Allah.
Kebimbangan saya dalam isu mempertahankan Gua di Kelantan adalah cara berfikir manusia yang songsang melihat kilauan pembangunan dunia di mana-mana sebagai contoh bukan pengorbanan demi menjaga kesucian ciptaan Allah termasuk diri manusia sendiri. Kesucian diri dengan cara mensyukuri segala nikmat Allah, mengambil iktibar ujian dan musibah yang Allah turunkan sebagai teguran untuk membetulkan kesilapan.
Banjir besar di kelantan khabarnya bermula setelah banyak hutan simpan di benarkan untuk di usahakan projek pembalakan dan apabila hutan tidak lagi menjadi tempat teduhan air mula mengalir di sungai dan mangsa banjir yang paling terkesan ialah mereka yang tinggal di tepi sungai. Banjir juga tidak berlaku di Kelantan sahaja, malah di Pahang dan Perak yang sudah lama mengamalkan penghakisan hutan dan tanah tinggi untuk pembangunan.
Mungkin ramai yang tidak sependapat dengan saya agar mengekalkan hutan dan gua untuk tidak di sentuh bagi membuka jalan pembangunan seperti yang berlaku dalam pembukaan FELDA, FELCRA dan sebagainya yang di katakan menjadi sejarah kejayaan Malaysia. Isunya bukan menghalang pembangunan tetapi mewariskan kepada generasi akan datang ciptaan Allah yang tidak di musnahkan sesuka hati kerana tugas manusia ialah menghulurkan baton kepada generasi akan datang peluang yang sama untuk menikmati khazanah ciptaan Allah seperti asalnya.
TO MAKE SACRED (MENSUCIKAN) semua sentuhan kita selaku khalifah Allah adalah dengan mematuhi syariat Allah, menjaga batas-batas larangan dan tidak mengakibatkan kerusakan di mana-mana. Dalam projek kilang simin di Felda Ciku Gua Musang di fahamkan perbincangan tidak di lakukan bersama wakli penduduk yang paling dekat menerima kesannya iaitu Felda Ciku 7. Kawan saya menyebut ini kes BULLDOZE.
Apa pun saya menulis untuk menjelaskan konsep PENGORBANAN yang sering di salahertikan dan di momok-momokkan ke tahap kita masing-masing mengingkari sunnah Allah dan seperti janji Allah yang terakan banyak dalam ayat Alquran...sekiranya kita melampaui batas Allah akan turunkan musibah yang setara, nauzubillah.
No comments:
Post a Comment