NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, March 30, 2015

SERVICE INDUSTRY

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Isnin 30 Mac 2015

Sepajang dua minggu saya dan suami berpeluang menghadirkan diri di pelbagai lokasi dan bersama ramai manusia baik ahli keluarga maupun kenalan jauh dan dekat.

Menjelang pelaksanaan GST pada 1 April ini saya keliru dengan pelbagai reaksi malah terkesan untuk menulis tajuk di atas kerana konsep MEMBERI KHIDMAT atau SERVICE INDUSTRY yang semua orang terlibat kini jauh menyimpang daripada maksud insan di ciptakan. Tanggungjawab sebuah kerajaan untuk menjaga warganya kini menjadi sebaliknya rakyat pula harus menampong perbelanjaan kerajaan melalui cukai yang membebankan.

Memberi Khidmat bagi orang beriman adalah IBADAH iaitu menyerahkan segala urusan hanya untuk mencari redho Allah dan berharap Allah menerimanya. Konsepnya adalah semua persiapan di sediakan untuk kita menunaikan tanggungjawab dan memberi khidmat yang tidak memerah sedikit pun harta benda kita kerana semua adalah hak Allah sekalipun anggota yang ada pada tubuh badan kita.

Dengan izin Allah semasa berada di Langkawi projek buget hotel seorang adik saya baru bermula sempena pameran LIMA. Minat saya dan suami adalah untuk menikmati KHIDMAT yang di tawarkan oleh mana mana service provider dalam apa bentuk pun.Namun rezeki mentakdirkan kami mendapat KHIDMAT seorang bekas pembantu suami saya sewaktu beliau berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan satu ketika dahulu. Terkejut saya melihat bekas seorang pembantu melayan BEKAS bosnya. Sejak kapalterbang mendarat sehingga ke malam terakhir suami saya menyerahkan kunci kereta yang kami gunakan beliau sentiasa SIAP BERKHIDMAT. Saya menilai bekas pembantu suami saya ini sebagai pakar dalam SERVICE INDUSTRY yang di ceburinya. Sedikitpun beliau tidak kekok melayan suami saya dengan nama TUAN HAJI. Maksud saya beiau tidak berpura mengenali suami saya...tidak ada di sana panggilan yang membesarkan seseorang, alhamdulillah.

Pemerhatian saya terhadap projek adik saya ialah beliau berhadapan dengan petugas yang kurang faham dengan SERVICE INDUSTRY terutama di bidang penyediaan makanan.  Di fahamkan tukang masak akan memasak bila suka...selainya urusan makanan terbiar,,,adik saya terpaksa menyelamatkan suasana. Dalam hubungan ini saya terfikir betapa tingginya pengorbanan adik saya ingin melibatkan diri dalam SERVICE INDUSTRY mengikut konsep yang di fahaminya iaitu memberi lebih daripada terbaik kepada pelanggan. Beliau amat yakin tidak ada yang rugi jika memberi khidmat yang lebih daripada dijangkakan kerana ini adalah konsep IHSAN dan ITQAN dalam lslam.

Pelayanan dengan hati yang ikhlas memang tercerna di mana sahaja. Kami bermusafir keKangar untuk majlis kesyukuran adik saya yang kini menetap di Perlis. Dalam perjalanan kami bertandang di rumah seorang ibu tunggal yang pernah saya dekati sewaktu program PPRT negeri Kedah akhir tahun 90an.  Nak di tolak pelawaan bermalam di rumahnya agak sukar kerana kebiasaan orang kedah ialah kepetahan menambat hati rakan dan teman. Dalam kepenatan selepas sepanjang malam perjalanan kami menginap di rumah Kak Chaq macam rumah sendiri. Tak di sedari kami berpeluh kepanasan sewaktu menebus tidur hingga jam 11 pagi. Rupanya cuaca di tepi laut sekarang amat panas khabarnya pertembungan angin barat dan timur.

Pasar bisik menggamit kami untuk ke sana,dengarnya harga ikan lebih murah.  Entah kerana kurang bekalan atau kerana hampir pelaksanaan GST agaknya peraih 'jual mahal' apabila saya bertanyakan longgokan ketam yang masih segar dan hidup terketik-ketik. "Kalau mahal jangan beli" begitu jawapan si peraih bila saya mengatakan kenpa harga lebih mahal daripada tempat lain. Ternyata SERVICE INDUSTRY di kalangan peraih ikan kini tercemar kerana bekalan kian  kurang. Terpinga-pinga saya membayar juga harga tinggi kerana ingin menjamu tuan rumah dan tetamu kenalan malam nanti.

Sebelah petangnya kami melawat Pantai Merdeka dan Pulau Sayak. Suasana yang sama dimana harga mi udang melambung tinggi menjadi semacam tarikan pula..adduh..kemana perginya harga berpatutan yang termampu oleh pelancung tempatan kalau berterusan begini.

Setiba di rumah hampir senja Kak Chaq siap memasak segala ikan dan ketam yang kami beli sebelah pagi. MasyaAllah...khidmat yang begitu baik sekali sebagai tuan rumah...terasa menyusahkan beliau yang berumur hampir menjangkau 70 tahun....SERVICE INDUSTRY rumah tumpangan begini akan kami pastikan lain kali menjadi HOMESTAY.

Di Perlis memang sebuah HOMESTAY  sedia menunggu kami dan alhamdulillah layanan tuan rumah baik sekali. Semoga SERVICE INDUSTRY  yang sebenarnya dimiliki setiap insan yang melayan tetamu dengan baik dan ikhlas hati kekal baik kerana ia merupakan anugerah Allah. Semua kita adalah TETAMU berhadapan dengan satu sama lain dan amat layak dilayan sebaiknya. Waallaualam.

No comments:

Post a Comment