Khamis - Sabtu (19-21 Mac 2015- 30 Jamadilawal - 1 Jamadulakhir 1436H)
Assalamualaikum, Semoga Allah sentiasa memelihara kesejahteraan hidup kita.
Cuti sekulah selama seminggu kian berakhir,Aktiviti rancak di sana sini, antaranya Pameran LIMA di Langkawi dan jemputan majlis perkahwinan yang banyak sekali. Keluarga besar Kohatsa tidak ketinggalan sibuk sedikit meraikan kedatangan ahli baru dalam keluarga Gen 1,Ustaz Umar Salleh daripada Matri Perlis sah menjadi suami Norlida jam 3 petang Jumaat 20 Mac 2015/30 Jamadilawal 1436H, alhamdulillah.
Tajuk SENTUHAN YANG TIDAK MENYAKITKAN mengimbau kisah saya dan keluarga membawa cucu-cucu bercuti di Cameron Highland mulai Ahad 15 Mac. Pengalaman mengendalikan kereta jenama NAZA perlu menjadi iktibar kepada yang lain kerana ternyata enjinnya kurang bertahan dalam perjalanan berbukit. Walaupun Naza telah di 'overhaul' sebelum di wakafkan kepada Smartop perjalanan mendaki tanah tinggi Cameron memberi tekanan kepada enjin yang di katakan di reka untuk perjalanan mendatar sahaja.
Pengalaman mekanik yang cuba membaiki kerosakan Naza menyebutkan bahawa setiap kali keenderaan seperti Naza di bawa ke bengkel yang menjadi masalah ialah kotak enjinnya mudah panas,kebocoran dalam enjin dan minyak hitam sering dimasuki air menyebabkan enjin rosak teruk. Anggaran menukar enjin baru menjangkau kos 12K belum termasuk pemasangan.
Kejadian pada hari pertama musafir berlaku di kawasan hutan simpan dari arah Simpang Pulai ke Kampong Raja Cameron Highland. Kiri kanan jalan agak sempit dan belukar mengapit dikedua belah jalan. SubhanaAllah...itu sahaja perkataan yang meluncur keluar daripada mulut suami saya saat kereta Naza mulanya ketinggalan jauh di belakang dan kali keduanya terus tidak bergerak. Dengan tenang kami menalipon sesiapa yang kami kenal ada kaitan dengan Cameron Highland. Suami saya pernah berkenalan dengan seorang pemandu teksi sewaktu tayar kereta bocor dua minggu lalu di Cameron Highland juga. Dua teksi di tempah mengambil kami dan barang-barang yang di turunkan di tepi jalan kerana pasti Naza akan di tow ke bengkel di Ipoh. Spare part lebih menjamin berbanding Cameron highland.
Saya menalipon adik yang baru minggu lepas menginap di Hotel di Cameron Highland samada hotel ada khidmat teksi dan sebagainya namun teksi yang pertama di tempah berjanji akan turun segera daripada Berincang yang khabarnya ada kesesakan jalanraya teruk waktu musim cuti sekarang. Hampir senja (kira-kira 3 jam menunggu di tepi jalan tanpa menarik perhatian sesiapa yang lalu lalang untuk berhenti menolong) barulah dua buah teksi sampai memunggah kami menuju ke rumah Peranginan Kerajaan di Berincang. Letih bukan kepalang. Ziad Amru cucu terkecil umur setahun mula merengek dan suhu badan mendadak naik memerlukan rawatan doktor. Untuk mengalas perut syukur ada bekalan nasi goreng yang belum di jamah, Selepas solat dan makan masing-masing berehat.
Menantu saya membuat komen tentang suami saya yang dalam kesulitan masih boleh senyum...saya menjawab INI SENTUHAN ALLAH TAPI SEDIKIT PUN TIDAK MENYAKITKAN kerana setiap sentuhan pasti ada KASIH SAYANGNya yang meluap-luap. Memang sedih dan sedikit tertekan di himit dengan kewangan yang 'cupul' (cukup-cukup berbelanja), namu kami yakin BAHAWA TUHAN KAMI ALLAH BUKAN DUIT ATAU ORANG....yang akan mendatangkan bantuan sebaiknya, amiin.
Disamping berdoa agar Allah mudahkan segala urusan saya mengajar cucu-cucu bersolat dhuha semoga pengalaman yang mereka lalui tidak menjejas rasa syukur atas segala nikmt yang Allah beri selama ini. Aktiviti lawatan ke tempat yang biasa dilawati berjalan seperti di rancang menggunakan khidmat teksi pemandu yang sama membantu kami terlantar di tepi hutan. Saya meminta bantuan seorang adik sedikit sumbangan kewangan tanpa menyebut sebarang masalah dan Allah mudahkan beliau menyahut seruan tersebut dengan baik. Semoga pertolongan yang sama akan Allah ganjari di saat beliau meghadapi sebarang kesulitan insyaAllah.
Hari ketiga bercuti saya dan suami menaiki bas ekspress ke Ipoh bertujuan mengambil Naza yang di baiki setelah di tow tengah malam Ahad ke bengkel tersebut. Namun keuzuran fatal tidak dapat di bantu kerana tidak sampai separuh perjalanan ke Cameron Highland enjin mulai panas. Berbotol air yang di bekalkan mekanik tidak membantu malah dua jari suami saya melecur terkena percikan air panas. Akhirnya Naza terpaksa di tinggalkan di bengkel Kg Raja dan kami berdua di hantar pulang oleh pengurus bengkel tersebut ke rumah peranginan, alhamdulillah.
Isu terbaru ialah bagaimana penghuni Naza sewaktu bercuti akan pulang ke Shah Alam. Option terbuka untuk naik teksi, naikbas, minta bantuan saudara mara yang berkenderaan van dan seumpamanya. Allah izinkan suami teman saya terus bersetuju datang menyelamatkan suasana. Semoga Allah berkati keikhlasannya.
Saya mentaddabur kejadian dengan dua perkara -pertama ia SENTUHAN ...Allah mengingatkan kita persiapan rapi sebelum memulakan perjalanan. Kedua kita tidak tahu rezeki siapa yang kita sama-sama menumpang dalam setiap keadaan dimana sebahagian besar rezeki adalah milik anak-anak yang suci fitrah hati mereka. Rezeki tersebut termasuk kemudahan yang Allah salurkan melalui kawan dan dalam bentuk kewangan,WaAllahualam.
Di saat saya menulis blog ini terasa SENTUHAN manis yang Allah berikan sekalipun selepas insiden berlaku. Suami saya menerima jemputan hadir ke pertunjukan LIMA hari akhir 21 Mac di Langkawi. Awalnya kami berpakat akan bersama adik yang menguruskan Indra travel terkini dengan hotel Indra Pearl. Tanpa di sangka kami dilayan semacam vip sejak turun kapalterbang. Penginapan empat bintang dan keenderaan mewah di sediakan.
Dalam tercengang saya memberitahu suami bahawa ini ganjaran kesabaran sewaktu musibah. Daripada kereta yang hampir 'nazak' kini dapat memandu mercedes baru yang harganya termasuk cukai mencicah lebih sejuta RM. Penginapan pula selesa di Four Point by Sheraton. la tidak ada kaitan dengan mengukur taraf sesiapa namun saya sujud syukur dapat menerima semua keadaan susah dan senang sebagai nikmat Allah yang tidak ada siapa dapat mendustakan.
Sesungguhnya menumpang di bumi Allah perlu persiapan jiwa yang redho menerima setiap takdir yang di tentukan dengan tenang, rasa cukup serta bersykur kerana masih merasai SENTUHAN dariNya yang TIDAK PERNAH MENYAKITKAN. Allah menciptakan kita manusia dengan Rahmat dan kasih sayangNya semata. Cucu-cucu yang peka bertanya .."nanti Smartop nak pakai kereta apa tidak ada NAZA...saya jawab... "doa dan minta kat Allah ganti Naza dengan AlFahd ke Star Rex ke sebab semua Allah yang punya..."ok...ok.." mereka terus bergirang, Kegirangan mereka menyembuh semua rasa negatif dalam jiwa...saya yakin diumur senja yang kian menipis rezeki ini entah-entah saya menumpang rezeki mereka...WaAllahualam.
No comments:
Post a Comment