NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, February 24, 2015

HOLIDAY MAKERS

Assalamualaikum

Jumaat 20 Februari 2015 / 1 JamadilAwal 1436H bersambung 24 Februari

Alhamdulillah saya dan suami di sertai teman baru pulang daripada musafir ke Ipoh. Dalam perjalanan balik singgah di Cameron Highland untuk bercuti. Tidak di sangka pula bertambah satu malam bercuti di Cameron atas jasabaik penyelia rumah tamu di sana, syukurlillah


GAMBAR KENANGAN DI HADAPAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN CAMERON HIGHLAND-FEBRUARI 2015

Tajuk Holiday Makers atau Pembuat Percutian dalam bahasa literal saya cuba bawakan setelah merenung suasana persekitaran ke mana manusia berkerumun setiap datang musim cuti. Kata seorang wartawan Poland yang terkenal Muhammad Asad yang memeluk lslam nun zaman 40an HOLIDAY MAKERS adalah mereka yang lari daripada tekanan yang di sebut 'ESCAPISM' kerana warna warni zaman perindustrian di Eropah ketika itu menekan KEINSANAN manusia yang menjadikan mereka 'Human Capital' di bancuh bersama dana modal untuk menghasilkan 'Barangan-produk' yang memberi keuntungan kepada pelabur. Untuk melapangkan diri  dan melegakan perasaan pekerja 'MELARIKAN'diri keluar kawasan, ke pergunungan dan tepi pantai menikmati udara segar kembali kepada fitrah kemanusiaan, bukan sebagai alat di atur-atur di tempat kerja.

Ternyata musafir kami bermula pagi Jumaat tanggal 13 Februari 2015 yang barokah itu tidak ada unsur 'Escapism' kerana selain kami telah merancang perjalanan dan destinasi,  pagi syahdu itu adalah pagi penuh kesayuan pemergian ke rahmatullah seorang tokoh terkenal di Malaysia Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat jam 9.40 Khamis 12 Februari 2015. Terasa dahan bergantung patah mendengar berita tersebut dan jutaan manusia meluru ke Kota Bharu menziarahi beliau.  Mereka bukan HOLIDAY MAKERS..mereka adalah umat lslam yang banyak terkesan dengan didikan ikhlas Tuan Guru sepanjang hayatnya menghampiri 84 tahun.

Kami memulakan perjalanan dengan tenang santai dan berbekal nawaitu agar Allah permudahkan segala urusan. Tepat waktu Jumaat team lelaki menunaikan solat di Masjid Jamek Kuala Selangor dan saya dan teman menunaikan solat jamak di Surau Pasaraya Tesco Kuala Selangor,alhamdulillah kemudahan tersebut ada di sediakan.

Di mana-mana persiapan menyambut Tahun Baru Cina giat berlangsung termasuk jualan murah barang keperluan perayaan. Di umur senja tidak banyak keinginan perlu di penuhi hanya memikirkan apa yang perlu dilengkapkan dalam ziarah beberapa individu yang kami rancang.

Di Teluk Intan kami sempat menziarahi teman lama yang mengusahakan sebuah tahfiz. Terkini institiusi tahfiz menjadi sekolah Menengah Tahfiz dengan 160 pelajar dikendali secara professional oleh sebuah NGO,alhamdulillah. Tidak banyak yang saya tahu tentang mahaad baru ini cuma teman lama seolah tertekan kerana peranannya menipis dan beliau kerap menyebut 'jadi kuli'.  Menilai perkembangan kesihatan teman lama itu itu saya di fahamkan beliau kerap lupa dan petanda penyakit lupa ketara menurut teman saya yang pernah menjaga arwah ibu mertuanya yang mengalami penyakit yang sama beberapa tahun lalu. Doa saya teman lama ini mendapat rawatan segera dan ada seseorang yang dapat menjaga perihalnya di bimbangi memudaratkan dirinya jika bersendirian.

Setiba di Ipoh kami menginap di sebuah homestay yang selesa dan perancangan pernikahan anak teman saya yang mengundang kami ke Ipoh siap di bincangkan. Alhamdulillah majlis pernikahan,jamuan dan undangan pengantin lelaki anak teman saya juga amat memuaskan. Semoga pasangan muda ini jelas peranan yang akan di pikul mereka sebagai keluarga Muslim,amin.

Satu ziarah yang terkesan di hati saya ialah menemui bekas pembantu teman musafir saya di Ulu Kinta. Berita kematian suaminya baru diketahui sewaktu kami berziarah dan ibu tunggal bekas pembantu teman saya kini menyara empat anak yatim bersendirian. Begitulah Allah menjodohkan kami bertemu dengan golongan yang perlu di perhatikan dalam masyarakat. Semoga pertemuan ini membuka jalan yang lebih barokah untuk anak-anak ibu tunggal ini menjadi insan yang beriman dan bertaqwa, soleh dan solehah insyaAllah.

Holiday Makers terus menggamit kami selepas majlis perkahwinan kerana rancangan bercuti di Cameron Highland adalah menginap di rumah peranginan kerajaan persekutuan mengikut kelayakan suami saya seorang pesara kerajaan.  Tidak di duga juga kerana rumah peranginan yang di sediakan merupakan rumah tetamu yang mewah dan lengkap walaupun bangunan dan peralatan dalam kategori lama. Penyelia yang menjaga rumah tersebut jelas kreatif dan cergas kerana sekitar rumah di penuhi tanaman dan pokok bunga yang cantik sekali.  Beliau mengusahakan nursery pokok bunga sendirian malah menyumbang beberapa pasu bunga untuk Smartop, alhamdulillah.

Keempat bilik yang di sediakan sempat di huni tetamu kami dan semuanya selesa berada di kawasan yang sejuk dan persekitaran cantik terasa berada di negara empat musim. Namun senario pembangunan yang tidak mampan merunsingkan kami kerana pemandangan hijau kian hilang, Kawasan pergunungan 'di tarah' seolah 'bleeding' kesakitan. Sakit lagi mata yang memandang sekitar kawasan pergunungan yang telah hilang fungsi menakong air mengelak banjir dan tanah runtuh.

Holiday makers berterusan sampai kepada perayaan tahun baru cina kerana saya dan team menyambut cuti tahun baru di Tangkak. Tidak di duga Tangkak kini menjadi mangsa kesesakan kerana masing-masing berkejaran dari pelbagai arah ke tol Tangkak untuk ke utara dan selatan. Bila di renung dengan mendalam kami tidak menyalahkan holiday makers kerana mereka ingin menghabiskan cuti yang sedikit dalam tempuh yang sama dengan orang lain bercuti. Lainlah kami pesara yang boleh bermusafir di tengah minggu dalam suasana sepi dan lengangdi R&R.

Kesesakan di musim cuti agak memberi tekanan kerana saya di fahamkan baru-baru ini perjalanan dari Kelantan ke KL memakan masa hampr 24 jam bermula jam 7 malam dari KB, tiba di Gua Musang 3 pagi dan tiba KL 7 malam keesokannya. Bagi mereka yang kurang persiapan seperti petrol tak cukup, keperluan ke bilik air tak menentu dan makan minum serba kekurangan ia boleh menambah derita musafir. Holiday Makers bertukar mood menjadi Holiday Breakers (Pemusnah cuti). Pemusnah cuti juga berlaku jika rutin harian bersama Allah keciciran antaranya tidak mencari masjid bagi kaum lelaki untuk menunaikan solat.   Mengkesampingkan makanan halal serta berbelanja tanpa kawalan turut memangsakan Holiday Makers. Dalam bahasa mudah bila bercuti jangan sekali berfikiran kita jauh dari Allah Maha Pencipta dan Maha mengetahui segala urusan makhlukNya. Sewajarnya dalam kelapangan yang di anugerahkan kepada musafir, antaranya menjamakkan solat haruslah di syukuri untuk menambah keyakinan dan keimanan, meningkatkan maghfirah dan keampunan, bukan 'let loose' seperti yang sering berlaku di kalangan holiday makers yang tidak beriman.

Maka tercetuslah konsep 'Home away from home' atau seumpamanya bagi menarik holiday makers menyertai pelbagai pakej percutian tanpa mengorbankan rutin biasa,makan dan minum sama seperti di rumah. Bagi kami yang agak ramai berkumpul di Cameron Highland masakan macam di rumah di permudahkan dengan peralatan masak memasak serta bekalan sayuran yang menarik di Cameron terutama ASPARAGUS...semoga kenangan kami Holiday Makers di Ipoh dan Cameron menjadi kenangan manis insyaAllah.

No comments:

Post a Comment