NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, September 7, 2014

BUILDERS OF AKHIRAH (PEMBINA BANGUNAN DI AKHIRAT)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Ahad 7 September 2014/ 12 Zulkaedah 1435H

Mutakhir ini saya di 'pukau' seorang penceramah handalan daripada USA bernama Shaikh Hamzah Yusof Hanson. Macam mana tidak terpukau dengan semangatnya yang begitu tinggi, penguasaan bahasa Arab, AlQuran dan Hadis yang mencairkan...adduhh..senangnya hati sekalipun sekitar saya ujian bertubi.

Shaikh Hamzah berceramah sampai tak cukup suara, petah dan bersemangat. Sewaktu pernah mengendalikan program motivasi lama dulu saya ada sedikit bakat tersebut tapi sekarang macam dah hilang almaklum kesan perangai NATO (No Action Talk Only). Tapi dengan Shaikh Hamzah saya amat terpesona tindakannya patuh ikut sunnah, memboikot syarikat besar yang memeras manusia termasuk tidak membeli pakaian yang di jahit oleh negara membangun yang mengamalkan 'child labour'. Hebat saya kira tindakan dan dakwahnya. Dan...dia hanya memeluk lslam dalam tahun 1977! hebat tak hebatnya berbanding saya dan ramai umat lslam yang lahir Muslim lebih 60 tahun...adduhh..ini betul-betul menyakitkan dan merugikan.

Satu kisah yang di kongsi Shaikh Hamzah ialah mengenai seorang warga Palestin yang berkerja di Jeddah untuk menyara keluarganya di Gaza, membina rumah dan menyediakan saraan untuk ibu bapa dan keluarganya. Bila Yahudi Zionis menggempur Gaza dia menangis tak terbendung kesal kerana rumah yang di binanya HANCUR. Shaikh Hamzah memeluk lelaki tersebut dan menggegarkan tubuhnya kuat agar bersabar...dengan pesanan 'apa yang anda lakukan pada ibu bapa anda telahpun tersurat dan tersimpan di akhirat sebagai amal soleh seorang anak...takdir Allah mengatasi semua perancangan manusia, dunia ini akan hancur juga...WE ARE BUILDERS OF AKHIRAH (KITA PEMBINA BANGUNAN/RUMAH DI AKHIRAT)..We are NOT BUILDERS of Dunia...

Mendengar kisah yang di ceramahkan Shaikh saya yang terketar...jarang saya terasa apa yang saya bina di dunia ini dapat melangkau ke akhirat terutama sebuah rumah dan atas nama saya pun sekarang tidak ada rumah di dunia ini. Yang saya berdoa hanyalah seperti doa isteri Firaun dalam surah AtTahrim 'agar Allah membinakan sebuah istana di sisi Nya di syurga"

Dan...berapa ramai manusia beriman di muka bumi ini yang langsung tidak bernawaitukan akhirat bilaman ingin membina rumah, biasanya untuk keselesaan masa tua, untuk anak-anak berkumpul dan untuk di wakafkan kepada sesiapa yang memerlukan. Rumah saya di mana pun memang menjadi wakaf siapa saja yang sudi bertandang. Rumah sekarang tidak cukup besar berbanding Quarters di KL dan di UK kerana di UK sewaktu suami saya melanjutkan pengajian Masters kami dapat Quarters University di Aberyiswith Wales. Manisnya kenangan berumah besar ialah kerana ia dapat menampong ramai penghuni dan menjadi tuan rumah yang ramai sahabat.

Kini perubahan senario membuatkan saya rasa sunyi..iphone, hand phone wassap dan telegram mendapat tempat di jiwa semua penghuni rumah di mana pun..jarang dapat berkomunikasi bersemuka.
ANTARA PADAH BERMAIN IPHONE

Teringat di Smartop seorang ibu marah-marah dalam mesej telegram kepada saya personal kenapa anaknya sampi bulan September masih belum kenal huruf. Bila bersemuka dan menjelaskan falsafah mendidik anak umur 7 tahun kebawah adalah bermain beliau tidak boleh terima. Saya di fahamkan beliau terus bercakap dengan guru kelas anakya dan menangis kerana merasa 'gagal' agaknya untuk mengajar anaknya. Insiden ini merupakan ujian kepada guru pra sekolah. Samada anak perlu mendapat pemeriksaan doktor tentang IQ atau sebarang penyakit lain kami sedang memikirkan agar mudah merawat dari awal. Shaikh Hamzah ada berkongsi tentang pendidikan anak-anak. Anak-anaknya semua belajar di rumah (Home Schooling) mencontohi Saidina Ali yang di didik oleh Rasulullah saw. Dia juga memegang prinsip biar anak puas bermain di umur 0-7 tahun supaya mereka tidak kehilangan perasaan gembira dalam hati.

ANTARA AKTIVITI ANAK-ANAK YANG MENGGEMBIRAKAN IALAH SWIMMING

KENANGAN DI TASKA SMARTOP SUBUR FITRAH TANGKAK
Semua manusia ada kelemahan dan kekuatan, namun bila kelemahan menyelubungi dunia umat lslam ada musibah yang sedang melanda, antaranya kurang berhubung dengan Allah (kurang beriman) dan pengaruh syaitan yang di pelopori musuh lslam sejak zaman berzaman.

Saya menerima berita kurang menyenangkan dalam kunjungan anak saudara baru-baru ini. Jawapan kepada masalah tersebut hanya saya jawab akan solat minta petunjuk. Semua isu tidak dapat di selesaikan oleh minda manusia yang cetek lagi berpenyakit dunia. la mesti di selesaikan dengan minta Allah beri jalan keluar sekalipun untuk sekecil-kecil isu rumahtangga. Begitu juga dengan aib hanya Allah yang akan izinkan ia terdedah kecuali pelakunya betul-betul bertaubat nasuha. Semoga saya dan suami akan meneruskan baki hidup ini tanpa fitnah yang merunsingkan kami. Almaklum penyakit tua ni banyak, tak tertanggung di buatnya.

OPEN HOUSE SMARTOP RESIDENCE (RUMAH SEWA) DI TANGKAK

Sebaik menyelesaikan open house residence Smartop di rumah tumpangan bacaan gula saya mencicah 18. Teman saya menakutkan ada orang akan 'go' dengan bacaan ini. Doktor di Tangkak pun cuba menyiasat kenapa begitu tinggi selain penyakit turun temurun. Dia hanya boleh nasihat 'jangan difault makan ubat sebab umur dah mencicah 66.' Berapa banyak teman saya menasihatkan agar istiqamah makan ubat, saya abaikan kononnya nak mencuba rawatan tradisional. Tapi sekarang saya akur dan akan mengikut setiap nasihat Doktor muda di Tangkak kerana penyakit baru dah mula melanda...Tekanan Darah tinggi. Be careful..kalau buah pinggang dah rosak tidak banyak yang dapat di bantu....itu kata akhirnya. InsyaAllah saya akan ikut arahannya setiap dua hari akan memantau bacaan tekanan darah dengan pergi ke kelinik di Jalan Paya Mas Tangkak.

Sebagai kata akhir tajuk WE ARE BUILDERS OF AKHIRAH...mari sama-sama kita betulkan nawaitu apa sahaja yang kita lakukan adalah sebagai PEMBINA AKHIRAT, Semoga Allah beri petunjuk dengan banyak mengamalkan perintah AlQuran dan Sunnah serta menjalin silaturrahim di kalangan umat lslam. Aamiin.

No comments:

Post a Comment