NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, October 1, 2014

THE ROAD MOST TRAVELLED (JALAN YANG KERAP DI LALUI)

Assalamualaikum

Selasa 23 September 2014/ 28 Zulkaedah 1435H
Bersambung Rabu 1 Oktober 2014/5 Zulhijjah 1435H

Musim berkorban kian menghampiri namun belum nampak jalan untuk Smartop memulakan sunnah korban tahun ini. Semoga nawaitu yang di pasang tahun ini membuahkan hasil dalam perancangan Smartop tahun hadapan, insyaAllah aamiin. Tahun ini Malaysia akan merayakan hari raya aidilAdha sehari lewat daripada di Mekah, semoga khilaf pandangan terhadap wukuf dan haram puasa hari 10 Zulhijjah di redhai Allah.

Dua sebab blog saya tertangguh. Pertama saya sedang di pantau oleh Kelinik Kesihatan Jalan Payamas Tangkak kerana bacaan gula, tekanan darah dan kadar kolesterol yang melebehi had normal. Para doktor yang merawat (termasuk hari ini 3 orang semuanya) cuba menakutkan saya kerana faktor umur dan warisan keluarga bahawa buah pinggang akan gagal berfungsi bila-bila masa. Hari ini Doktor muda perempuan mengancam sampai ketahap akan memberi saya insulin cucuk.

Memikirkan pengalaman teman saya dan arwah ibu saya yang melalui fasa hypo dan kerosakan buah pinggang saya pasrah dan berjanji akan mencuba tidak lagi mengabaikan ubat dan menikut arahan mengambil ubat seperti yang di sediakan (bukan sekaligus bila teringat). Doa saya tidak mau menyusahkan ahli keluarga saya dalam apa keadaan sekalipun susah dan senang. Biar saya yang menjadi PENGHULUR segala keperluan orang lain. Semoga Allah perkenankan hasrat ini.

Sebab kedua blog tertangguh adalah kerana sebahagian besar masa saya terikat dengan jadual menghayati ceramah Youtube Shaikh Hamzah Yusof Hanson dan yang seangkatan kerana saya akan terus kagum dengan penguasaan bahasa arab, alquran dan dedikasi amalan sunnah beliau. Dalam hati ini tak putus berdoa agar baki umur akan saya manfaatkan untuk perkara yang saya kagumi kerana setiap kebaikan tidak pernah akan terlambat jika di IZIN ALLAH. Ia kena bermula dengan nawaitu menghampirkan diri kepada Allah dan azam/jihad yang tinggi. Mudah-mudahan saya dapat menyerahkan Smartop di kendalikan barisan pelapis yang mantap insyaAllah untuk mencapai hajat yang tinggi ini.

Senario di seluruh dunia sarat dengan maklumat merunsingkan antaranya kemunculan kumpulan ISIS yang mendakwa misi mengujudkan khalifah di Iraq, percakaran politik Russia dan barat serta kenaikan harga petrol di Malaysia walaupun harga petrol dunia merudum kerana bekalan berlebihan. Sesekali Youtube tersasar mendapat link bagaimana kaum kerabat pemerintah di Saudi berbelanja besar dan melakukan maksiat di luar negara tanpa segan silu. Sahlah Allah menurunkan bala apabila umat lslam mempermainkan agama dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah yang tak terhitung melimpahnya.

Simpom akhirulzaman (akhir zaman) ketara di sana sini jika kita teliti berpandukan hadis Rasulullah saw malah AlQuran sendiri antaranya pengaruh DAJJAL. Tafsiran dajjal adalah pengaruh dunia hiburan dan sistem ekonomi yang menekan golongan miskin di himpit hutang, riba dan kemiskinan.

Sewaktu pemantauan doktor saya tidak pulang ke Shah Alam kerana perlu berehat daripada perjalanan yang kerap. Ia memberi saya kesempatan meninjau dan mengimbau masa kecil saya di kampong dan di Muar. Terungkap kata-kata THE ROAD MOST TRAVELLED bila saya melalui jalan daripada kampong saya Sg Mati, Bukit Kangkar dan Tangkak. Sewaktu kecil arwah bapa saya amat kerap menziarahi adik beradiknya yang menetap di Tangkak. Kualiti terbaik bapa saya ialah sekalipun ada sedikit pergeseran dan tersinggung perasaan beliau akan TETAP berziarah dan menerima apa saja kata-kata pedih dan marah adik beradiknya kerana saya yakin bapa saya percaya hanya SILATURRAHIM yang dapat memberi keberkatan hidup.

Tidak di sangka 30-40 tahun kemudian jalan yang kami kerap lalui kini menjadi THE ROAD MOST TRAVELELD oleh seluruh pengguna lebuhraya Utara Selatan kerana tol menghala ke lebuhraya kini berada di Tangkak dan Bukit Gambir. Pekan kecil (cenonit) Sg Mati paling di lalui kerana ia menjadi penghubung tol Bukit Gambir dan Tangkak. Saya tersenyum sendirian mengenangkan pekan Sg Mati yang saya suka beli kuih bom (roti) bersama kari mamak yang amat sedap masih terasa hingga hari ini, tapi kedainya sudah bertukar pemilik. Sekolah agama perempuan masih ada dengan icon bangunan bilik air lama. Kini sekolah tersebut telah menjadi cawangan jabatan pendidikan. Berhadapan parit besar meghadap kejalan kami akan bersembang melihat orang lalu lalang dan sesekali menjadi tarikan pemuda yang ingin mengurat kami pelajar sekolah agama perempuan.

Mengimbau kenakalan masa kecil saya amat bersyukur kerana kenakalan saya tidak menyentuh naluri 'puppy love' atau terjebak di alam percintaan. Bapa saya bijak mendidik anak-anak perempuannya agar menjaga iffah (kesucian) walaupun naluri remaja tetap ada. Beberapa orang teman saya yang terjebak dengan alam ber'cinta monyet' terpaksa berkahwin awal dan tidak menyambung persekolahan. Maksud saya bercerita tentang cinta ini adalah di zaman mana pun yang bernama manusia akan ada pengaruh nafsu dan syaitan.

Cuma persekitaran hari ini pengaruh Dajjal berleluasa hingga tidak terbendung dan masyarakat termasuk ibu bapa juga lebih liberal dan kurang kukuh pendidikan agama. Pengaruh Dajjal a.k.a. syaitan yang berdikit-dikit mempengaruhi minda umat lslam menyebabkan kita hilang priority dalam mendidik generasi dan mudah berkompromi dengan nafsu. Teguran tentang aurat wanita yang di gabungkan dengan fesyen moden menghasilkan pakaian separuh masak tshirt, bertudung dan seluar. Seolah ibu bapa redho pergelangan tangan anak-anak perempuannya di jamah api neraka di akhirat nanti, nauzubillah.

THE ROAD MOST TRAVELLED baru-baru ini membawa saya kepada THE ROAD LESS TRAVELLED maksudnya saya cuba menggunakan jalan bukan highway untuk pergi dan balik ke Johor Baharu (JB). Suami saya menyatakan kami boleh berjimat RM80 bayaran tol. Terkini dengan kenaikan RON95 sebanyak .20 seliter THE ROAD LESS TRAVELLED mungkin dapat membantu.

Sewaktu bersantai dengan jalan bukan highway saya bertemu tempat makan yang enak dan sedap, antaranya di Jalan Jonid Muar masakan asam pedas menggantikan Parit jawa, makanan Chapatii kari kambing di tengah-tengah bandar Muar dan lempeng sedap di Parit Raja. Kami turut bersantai ke pekan Rengit meninjau jualan barang terpakai oleh kaum asli laut yang menarik juga.

Mengakhiri blog ini izinkan saya menyentuh konsep THE ROAD LESS TRAVELLED yang sebenarnya berasal daripada penulisan seorang pakar motivasi barat Scott. Beliau dalam tahun 70an menyaksikan perubahan keutamaan kehidupan manusia meninggalkan pengaruh keagamaan antaranya sifat bersyukur, bertanggong jawab dan keseimbangan. "Delayed Gratification' menurutnya adalah suasana boleh bersabar menunggu hasil buah setelah pokok di tanam. Saya kaitkan dengan pendidikan yang mesti di tempuh dengan sabar dan penuh komitmen hingga menghasilkan kefahaman yang jitu untuk beramal, Sikap bertanggungjawab akan menolak akhlak tidak jujur pada diri dan ahli keluarga kerana seorang mukmin akan jadi TIDAK MUKMIN jika BERDUSTA (maksud Hadis). Hari ini berapa ramai orang berdusta sebagai pakaian melarikan diri daripada tanggungjawab sedangkan Allah mengetahu apa yang di tipunya sepanjang hayat. WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment