NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, May 1, 2014

SEJARAH BARU NEGARA BRUNEI

Salam

Khamis 1 Mei 2014 / 1 Rejab 1435H

Melalui media Whatsapp saya menerima dua hantaran, dokumen dan video berhubung pengistiharan negara Brunei mula melaksanakan hukum AlQuran di negara barakah tersebut. Tersentuh hati ini pada sudut yang paling dalam bilamana Sultan menyebut 'Beta bertawakkal..

Ada di sana kerendahan hati seorang hamba yang bertaubat sekalipun tuduhan liar menyatakan Sultan sering berdukun sebelum ini. Masalah besar dunia hari ini ialah bilamana manusia gagal dan enggan bertaubat merendah diri di hadapan Allah, tidak mau mengaku kesilapan dan meminta maaf. Juga kurang rasa takut kepada Allah yang tahu isi hati hambaNya.

Alhamdulillah dalam sejarah umur saya ada negara yang mahu mendaulakan lslam yang di janjikan pertolongan Allah dalam Surah Muhammad 7 "Jika kamu membantu deen Allah, Allah akan menolong kamu dan megukuhkan pendirian kamu" Doa saya negara Brunei cepat dapat membuktikan pertolongan Allah yang dekat dengan pelaksanaan hukumNya, ameen.

Terlalu banyak komen negatif tentang pelaksanaan hukum Allah aka (alias known as) Hudud, antaranya berbalik ke zaman batu, out of step with the century, state of doom dan sebagainya. Sedih membaca komen tersebut seolah si penulis merasakan dirinya terkeatas dan termoden berbanding Pencipta yang menjadikan dirinya penuh sistem sophisticated (canggih). Bayangkan kalau sistem oksigen saja berhenti mengalir ke otaknya bolehkah dia berfikir? Tepat bila Dr Majdi Al-Hilal menulis buku " Adakah Berhala dalam Diri kita?" yang menggambarkan sifat sombong dan ujub manusia yang menjadi sembahan (di agungkan)  tanpa mereka sedar bahawa akhlak itu melebehi penyembah berhala batu yang tersergam kaku.

Seorang teman saya lama bertugas sebagai pensyarah di Universiti lslam Brunei dan kesemua anak-anaknya fasih berbahasa lnggeris dan Arab. Itu sahaja telah membuatkan saya terkesan kerana jarang saya bertemu anak-anak yang fasih dua bahasa sebelum umur sekolah menengah. Saya terputus hubungan dengan teman ini dan berdoa semoga dalam masa terdekat ini saya dapat bertemu dengannya semula. Saya tidak perlu pencerahan tentang pelaksanaan hukum Allah cuma ingin tahu cabaran yang di hadapi negara Brunei dengan pengishtiharan hebat itu.

SEJARAH BARU NEGARA BRUNEI saya catitkan sebagai satu perkara penting sejak berabad hukum lslam di pinggirkan di muka bumi Allah ini. Walaupun perlaksanaannya berfasa saya doakan negara Brunei kukuh pendirian dan barokah dengan pertologan Allah. Mana tau mungkin saya akan berhijrah ke negara baru Brunei insyaAllah.

Serentak berita hebat di Brunei berita menarik di Malaysia sempena 1 Mei ialah rombongan media Brunei yang datang membuat penggambaran pakej Choo Choo Langkawi dan D'Arab Cafe selama seminggu. Tugas saya ialah program interim membawa rombongan melihat Gunung Ledang/Muar pada Ahad 4 Mei sebelum mereka ke Langkawi.
ROMBONGAN MEDIA BRUNEI DI KL SENTRAL

Saya juga dapat berita D'Arab cafe di pelawa membuka cawangan di Brunei. Alhamdulillah sekadar menjadi manager saya dan suami boleh menawarkan diri. Itu merupakan rezeki berlindung di bawah negara yang memuliakan agama Allah. Tidaklah saya sering mengingatkan diri melalui Surah Hud 113 "Dan janganlah kamu cendrung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu di sentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga kamu tidak akan di beri pertolongan."
RATUSAN RIBU PESERTA DEMO GST DI DATARAN KL

PESERTA YANG BERKUMPUL DI KLCC

Satu lagi peristiwa menarik bersempena 1 Mei Hari Buruh sedunia ialah perhimpunan menentang GST di Dataran Merdeka KL. Lebih menarik ialah tidak ada gempuran polis dan perhimpunan bersurai dengan aman. Saya tabek seorang anak angkat saya yang menyertai perhimpunan come what may...kesanggupannya berjihad fantastic...

Apa hasil perhimpunan saya belum mampu mengulas tetapi lawatan Obama ke Malaysia mutakhir ini semacam konspirasi merosakkan masa depan Malaysia nauzubillah. Terlalu liar berita menyebut Malaysia terperangkap dengan kepimpinan yang di ugut berikutan insiden MH370. Saya serahkan kepada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Merancang.

No comments:

Post a Comment