NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, April 28, 2014

MACAM COMEL JER

Salam
Isnin 28 April 2014 /28 JamadilAkhir 1435H


KEHADIRAN IBU BAPA DAN TETAMU



PERBARISAN ANAK-ANAK TADIKA SMARTOP

Alhamdulillah acara Sukaneka Smartop selesai di jalankan pada pagi Sabtu, 26 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 26 April 2014 dalam cuaca yang amat menceriakan. Jam 10.30 semua acara siap di jalankan dan hadiah di sampaikan, alhamdullialh. Mutakhir ini cuaca terlalu panas dan hujan menjadi ujian anak-anak bermain di luar, namun pada hari Sukaneka suasana cuaca redup-redup sahaja.

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KELUARGA YANG DATANG MENYOKONG

Bercerita tentang cuaca saya terbaca sebuah doa oleh makhluk selain manusia iaitu semut berbunyi begini."Ya Allah kami adalah salah satu makhlukMu, kami tidak bisa melepaskan diri kami dari ketergantungan kepada rezeki yang Engkau limpahkan. Maka hanya terserah kepadaMu apakah Engkau akan memberi kami air ataukah Engkau akan mrmbinasakan kami." Doa ini di dengar oleh Nabi Sulaiman yang keluar untuk solat minta hujan di musim kemarau. Mendengar doa semut itu Nabi lbrahim mengajak orang-orangnya pulang sambil bersabda " Mari kita pulang sebab kalian akan di anugerahkan air oleh sebab doa makhluk lain."

PERSIAPAN YANG MEMERIAHKAN SUASANA SUKANEKA SMARTOP

Itulah yang berlaku dalam negara kita ini kerana cuaca panas terik kemarau telah sedikit sebanyak reda dengan turunnya hujan diikuti cerahnya rumput dan tumbuhan serta kembangnya bunga-bungaan di mana-mana sehingga terungkap kenyataan bahawa di Putrajaya sekarang musim bunga telah bermula. Kita sering lupa bahawa mungkin berkat doa makhluk lain yang menyebabkan kita terselamat daripada bencana kemarau.
WARNA KOPORAT SMARTOP: KAKITANGAN, PENGURUSAN DAN PSG

Bagi kami di Smartop kami mengajar anak-anak berdoa kesejahteraan sepanjang masa dan alhamdulillah penat lelah latihan serta pelbagai pengorbanan semua orang Sukaneka berjaya di jalankan. Terdetik rasa sayu di hati sebaik selesai program kerana di situ terletak hasil kerjasama semua pihak yang begitu tulin sekali. Tidak mungkin Smartop sendiri menjayakan program jika tidak ada sumbangan khemah, makanan tengahari, PA sistem dan sumbangan ibu bapa yang membelikan hadiah untuk semua.

MACAM COMEL JER  adalah ungkapan kepada anak-anak yang menyertai acara sukan. Tiba-tiba saya terdengar sebuah nasyid dengan senikata yang sama di mainkan dalam PA sistem. Rasa terkesan dan bersemangat sepanjang program dengan selingan nasyid ini, alhamdulillah kerana nasyid itu mengingatkan semua yang cantik dan comel itu ciptaan Allah, none other.

PENGERUSI PSG (BERBAJU KUNING) BERSAMA PENAUNG SUKANEKA

MACAM COMEL JER juga menggambarkan comelnya perancangan dan gabungan petugas dan anak-anak tadika dan taska, anggota parent support group (PSG) termasuk kedatangan tamu yang comel-comel (cukup-cukup) sahaja memberkati hidangan makanan untuk 100 orang. Amat barokah sumbangan isteri pengerusi PSG Ayu Catering hidangan makan tengahari yang enak
di rasai semua yang hadir.

Saya akan mengingati kesederhanaan dan keceriaan Sukaneka Smartop kali pertama sebagai MACAM COMEL JER..
.DOME MAKANAN HIDANGAN PUN COMEL-COMEL JER

No comments:

Post a Comment