NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, April 22, 2014

SEAMLESS TRAVELLING

Salam

Selasa 22 April 2014/22 JamadilAkhir 1435H

Alhamdulillah the last leg of Choo Choo Langkawi trip yang di rasmikan Sabtu 19 April di KL Sentral selamat kembali ke KL pagi ini. Dua malam bermusafir dengan KTMB cukup untuk memahami suasana yang akan di hadapi dalam trip yang akan datang, jika ada.

FASA AKHIR PAKEJ CHOO CHOO ARAU KL SENTRAL

Pakej di sertai YB MP Langkawi Dato' Nawawi dan isteri, pegawai-pegawai  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), D'Arab Cafe, Penyokong Indra Travel & Tours serta dif jepmputan termasuk wakil media dan artis.

SEBAHAGIAN DARIPADA 80 PESERTA PAKEJ CHOO CHOO LANGKAWI

CEO INDRA TRAVEL AND TOURS DENGAN WAKIL MEDIA
PELANCARAN CHOO CHOO LANGKAWI BERLAKU DI KL SENTRAL DAN JETTY K PERLIS

BBQ DI LANGKAWI LITE

Konsep SEAMLESS TRAVELLING yang di cubapakai dalam pakej terbaru inisiatif lndra Travel ini antara lain ingin mempromosi Pulau Langkawi sebagai destinasi untuk pelancung dalam dan luar negara. Ia semacam pakej Umrah Haji yang memerlukan 'mutawif' sebagai wakil penyambut tamu di check point tertentu, pastinya di Arau, di Jetty Langkawi, di restoran dan di tempat penginapan.

Konsep baru yang belum di matangkan ini agak terselamat daripada kekecohan kerana Langkawi Lite tempat menyediakan makanan agak sedia menerima tumpuan tamu dan latihan sebelum ini mematangkan persiapan makanan yang agak memuaskan. Kalau tidak rungutan tidak ada tempat tidur, toilet rosak dan sebagainya dalam keretapi akan menghantui terus sepanjang pakej yang akan merosakkan suasana musafir santai. Di Langkawi penginapan hotel Uptown yang baru agak memuaskan dan kemudahan boleh di terima peserta, alhamdulillah.

BERSANTAI MEMANCING DAN ISLAND HOPPING DENGAN BOT

Kesabaran CEO Indra amat teruji dalam pakej ini kerana dia melaksanakan pakej seolah 'one man/woman show' walaupun pembantu beliau sentiasa bersedia melakukan apa saja arahannya dengan izin Allah, alhamdulillah. Saya amat yakin jika pakej serupa ini di matangkan dalam syura dan pengkhususan tugas yang lebih professional ia boleh pergi jauh dan meliputi pakej Umrah Haji sekalipun. Yang terakhir ini adalah impian saya dan suami zaman berzaman.

TEAM PELAKSANA PAKEJ DI TEMPATKAN DI COACH PERSIDANGAN

Satu pengalaman yang amat mencabar kepada kami team pelaksana pakej yang hanya di tempatkan di Conference Coach, tidur di lantai penuh kesejukan. Tamu saya chef Smartop susah tidur kerana kesejukan katanya. Alhamdulillah saya dan suami veteran traveller telah menyiapkan minda untuk SEAMLESS TRAVELLING ini tanpa mengharap khidmat orang kepada kami kerana kami faham dalam musafir akan ada ujian bagi yang biasa selesa dan ingin kemudahan. Sewaktu air di toilet di katakan tidak ada kami berjalan kaki di station keretapi Butterworth hampir 10 minit mencari toilet di luar, namun ia pengalaman baik kerana dapat memijak bumi setalah berjam-jam dalam keretapi.

Syabas kepada Indra Travel dengan inisiatif SEAMLESS TRAVELLING sekalipun barisan petugas tu dia...berderet...sejak di KL Sentral dengan persiapan gift bag, banner, banting, makanan malam dan air mineral...melayan vip launching program, cameraman dan penyambut tamu yang melibatkan semua. Last last CEO kata siapa yang pakai jaket brown (jaket Koporat) di minta membantu. Saya cukup malas kerja macam ni lantas membuka jaket, selamat...tapi kuranglah pahala membantu orang. Ialah dah berumur ni jangan expect saya aktif macam muda dan penemuan yang saya dapat buat dalam pakej ini ialah warga mas perlu di sediakan tempat tidur lebih selesa, maksudnya tempahan tempat tidur is a must.

Konsep SEAMLESS TRAVELLING ialah tidak ada halangan sejak awal perjalanan sampai ke destinasi kerana sudah di urus secara pakej. Kalau dalam keadaan tanpa pakej kita akan di ganggu gugat masalah tempahan tiket feri, sediakan pengangkutan transit dan tempahan hotel yang tidak menentu harga. Dalam SEAMLESS TRAVELLING semua di urus agen namun dalam pakej Choo Choo ini di urus bersama dengan KTMB kerana MP Langkawi adalah pengerusi baru KTMB. Wajarlah semua membantu meningkatkan industri pengangkutan alternatif menggunakan keretapi semacam tube dan fast train di negara maju yang padat penduduk seperti di Jepun, Cina ,UK dan Korea. Pengguna atau penumpang juga haruslah berdisiplin dapat membantu menjaga kebersihan dan peraturan lain agar tidak menyusahkan agen pengendali pakej sedia ada.

Apa pun tahniah..mabruk kepada lndra Travel kerana sanggup mengasaskan konsep yang baik ini kerana sesuatu yang baik akan di ikuti dengan natijah yang baik insyaAllah. Saya dapat maklumat pakej Choo Choo Singapore sedang menunggu di lancarkan oleh YB Menteri Pelancungan sendiri sedikit masa lagi. Biarlah saya menjadi wakil warga emas dalam semua pakej sementara menunggu terlaksananya pakej Umrah Haji yang suami saya menawarkan diri menjadi mutawif...saya boleh bantu mutawif muslimat agaknya kalau umur panjang insyaAllah. Ameen ya Rob perkenankan.

2 comments:

  1. Syabas...mencabar dan seronok. Apa kata CEO KTMB mengenai air? Adakah sebab kemarau?

    ReplyDelete
  2. Hmm dah komplain baru letak sinage TOILET ROSAK.

    ReplyDelete