NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, April 7, 2012

CIVILIZED-BERTAMADDUN


LOGO SEKOLAH ISLAM ADNI KUALA LUMPUR MALAYSIA 

Salam

Sabtu 7 April 2012/ 15 JamadilAwal 1433H

Perkataan 'modern' diambil daripada istilah bahasa Arab "Mudun/Madain" bermaksud berpengetahuan dan beradab. Istilah ini di sebut dalam ucaputama oleh Tetamu Kehormat 'Graduation' pelajar Sekolah Adni Kuala Lumpur yang di adakan di ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization) pagi ini. Selain itu konsep 'iqra' serta maksud adab turut di beri pencerahan.

Saya bersama teman dan suami masing-masing di undang sebagai tetamu dalam majlis yang sama. Kami memerhati dan belajar bagaimana menganjurkan program penganugerahan dan menghargai pencapaian pelajar. Harap-harap umur kami sempat melihat pelajar Situwangi Boarding School (SBS) menerima anugerah setelah selsai 6 tahun pengajian, 4 tahun lagi insyaAllah.

 DIHADAPAN PINTU DEWAN ISTAC YANG GAH BANGUNANNYA

BARISAN PELAJAR GRADUATION SEKOLAH ADNI

CEO SEKOLAH ADNI BERSAMA TETAMU JEMPUTAN

Adab dan akhlak merupakan sepasang anugerah Allah kepada Rasulullah saw. Baginda pernah bersabda "
Sesungguhnya Allah telah mendidikku, dan Ia mendidiku dengan baik , kemudian Ia menyuruhku dengan akhlak-akhlak mulia dan beriman, Ambillah kemaafan dan suruhlah dengan kebaikan, serta berpaling dari orang-orang yang jahil”.

Sekolah Adni mengambil pendekatan tarbiyah atau mendidik pelajar di mana pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untuk merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. Tarbiyah juga menekankan kepada pendidikan sepanjang hayat, semenjak lahir sampai akhir kehidupan di dunia.

Saya memilih tajuk BERTAMADDUN kerana baru-baru ini sewaktu meraikan program ibu tunggal di seksyen 19 Shah Alam saya berkesempatan berbincang hati kehati dengan seorang penerbit sebuah program siaran TV tempatan. Tanpa berselindung saya menyuarakan rasa kurang senang terhadap peranan media TV yang banyak merosakkan masyarakat. Antara isu yang berbangkit ialah tidak bertamaddunnya masyarakat hari ini yang gila mengejar kebendaan ketahap melupakan adab dan akhlak. Sewaktu kami berpisah saya sempat membisikkan harapan supaya penerbit berkenaan membuat sesuatu agar masyarakat sekitar apartment yang didiaminya sekarang menjadi 'civilized'. Dia hanya senyum dan berjanji akan bertemu saya lagi.



PERTEMUAN YANG RANCAK MEMBINCANGKAN ISU TAMADDUN

Kembali kepada majlis 'Graduation' pagi ini saya amat terkesan dengan program PASSING THE BATON yang bermaksud menyerahkan tanggungjawab kepada generasi akan datang untuk memimpin negara dan umat. Menitis air mata saya apabila CEO Sekolah Adni sebak ketika menasihatkan anak-anak lepasan SPM/CAMBRIDGE agar menjadi Mutaqqin, Berukhuwwah, Berhikmah, Ikhlas, Berbuat baik, Menjadi Khalifah dan menjaga Nur Allah agar sentiasa bercahaya. MasyaAllah...  demikianlah nilai-nilai TAMADDUN yang membezakan maksud MODERN tanggapan orang barat yang turut di hayati ramai masyarakat dunia hari ini tidak terkecuali umat lslam negara kita.

Hari ini MODERN di anggap mengikut trend semasa, pandai berbahasa Inggeris (sahaja), berpendidikan tinggi (Phd), berharta,berpengaruh, berbudaya barat, bergaul bebas, berfikiran liberal dan sebagainya. Natijah MODERN dapat di nilai sendiri hari ini kerana kehancuran budaya barat amat ketara dan masalah sosial pengikutnya mengharukan sekali. Ramai yang sedang mencari TAMADDUN lslam dimana Sekolah Adni dan ISTAC ada menawarkan peluang ini.

SEORANG PELAJAR LEPASAN SEKOLAH ADNI BERBANGSA JEPUN BERAGAMA ISLAM

 AIDA PELAJAR ISTAC DARIPADA HONGKONG TURUT HADIR MAJLIS GRADUATION

Bercerita tentang adab dan akhlak, menjalin persaudaraan dan menghadiri jemputan merupakan akhlak yang boleh meneruskan tamaddun kekeluargaan dan persahabatan. Baru-baru ini saya menghadiri perkahwinan generasi ketiga keluarga sepupu saya yang kebetulan amat dekat dengan saya kerana saya pernah menumpang di rumah datuk/neneknya (keduanya kini arwah) sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur dalam tahun 1969.

Sejarahnya saya terlewat masuk ke Universiti selama setahun kerana ketika itu arwah bapa saya kemalangan kereta dan lama berada di Hospital Muar Johor. Tanpa merujuk sesiapa saya membuat keputusan untuk tidak menyambung pelajaran dan 'bekerja' di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai 'Pegawai Istilah' menggunakan kelulusan HSC (Higher School Certificate). Kebetulan rumah sepupu saya seorang kakitangan rendah polis amat dekat dengan DBP.

Mengenang kembali cara hidup saya dan masyarakat polis ketika itu saya rasa ia sesuai dikatakan kurang 'civilized'. Rumah satu bilik, anak mereka masuk 4 orang, kehadiran saya menjadi ke limanya, saya rasa telah menyusahkan tuan rumah.Tak sampai 6 bulan kemudian saya memohon kemasukan Universiti Malaya (UM) dan mendaftar sebagai pelajar Fakulti Economic and Administration tahun 1970. Bapa saya masih terlantar di hospital ketika itu dan saya bersendirian ke UM, sedih tapi kena lakukan juga demi masa depan. Alhamdulillah nasib pelajar IPT ketika itu agak lumayan (berbanding PTPTN sekarang) kerana saya menerima dua biasiswa sekaligus, Johor Civil Service (JCS) dan Kerajaan Persekutuan. Percaya atau tidak saya mampu memberi emak saya wang hasil biasiswa, ameen.   

Majlis perkahwinan menemukan saya semula dengan generasi ketiga arwah sepupu saya di mana nostalgia lama terkenang kembali. Betapa tidak civilizednya kehidupan saya ketika itu kerana soal menutup aurat langsung tidak ketahuan. Malunya saya mengenangkan KEJAHILAN hidup dalam suasana tidak bertamaddun lslam. Kini saya hanya mampu bertaubat kerana tidak beradabnya saya kepada Allah satu ketika dahulu. Semoga Allah mengampunkan dosa saya.

MAJLIS PERKAHWINAN GENERASI KETIGA (CUCU SAUDARA)

Gambar-gambar di bawah ini merakamkan budaya menjalin hubungan kekeluargaan dan persahabatan dalam majlis pertunangan dan perkahwinan. Semoga dalam majlis-majlis sedemikian tidak berlaku perkara yang menunjukkan umat lslam kurang berTAMADDUN, antaranya mempamirkan kemewahan dan berlaku pembaziran yang di larang umat lslam melakukannya, waAllahu'alam.


ROMBONGAN PERTUNANGAN AHMAD SAHIR BIN SAUFI
BAKAL PENGANTIN AHMAD SAHIR BERSAMA BAPA SAUDARA WAKIL MEMINANG

BAKAL ISTERI AHMAD SAHIR BERSAMA IBU DAN BAKAL MERTUA



MAJLIS PERKAHWINAN ANAK BEKAS RAKAN SEPEJABAT SUAMI SAYA DI SG KANTAN KAJANG PADA 7 APRIL 2012
 

No comments:

Post a Comment