NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, March 22, 2012

ILLISION OF IMPRESSION 2

ILLUSION OF IMPRESSION KERETA MEWAH BMW-ASALNYA BESI AKAN KEMBALI MENJADI BESI BURUK 

Salam


Khamis 22 Mac 2012/29 RabiulAkhir 1433H

Hampir seminggu telah berlalu sejak rombongan 21 orang ahli keluarga KOHATSA kembali daripada bermusafir ke Indonesia khusus menyertai Islamic Book Fair Jakarta. Biasalah setiap musafir pasti ada ruang membeli belah apatah lagi buku-buku yang pada tahun ini potongannya amat lumayan sekali, ada buku-buku mudah yang dianggap lama diskaun hingga ke 90%. Bayangkan sebuah buku yang mantap juga penulisannya di jual dengan harga kurang RM3.00! Kekangan kami hanyalah berat luggage. Kalau di ikutkan memang ingin membawa sebanyaknya ke Malaysia.

GAMBAR DI CAFE PAMERAN MEREHATKAN DIRI

 SELAIN MEMBELI DAPAT JUGA HADIAH BUKU

 KENA CERAMAH JUGA ATAU BUAT SOALAN KUIZ

Program membeli belah selain buku mendapat sedikit 'frowning' (bantahan) kerana tidak ada dalam agenda besar. Yang cantiknya masing-masing membuat perancangan untuk membeli yang perlu sahaja. Terdapat 6 kaedah untuk bershopping bagi kumpulan kali ini:

1. Doa masuk pasar yang sering di peringatkan ketua rombongan iaitu sebuah hadis riwayat Termizi yang menyebutkan satu doa untuk mengundang sejuta kebaikan dan menolak sejuta kejahatan ketika berada di pasar.
2. Membetulkan nawaitu shopping dan menginfaqkan setiap pembelian yang di rasakan 'terlebih' mahal berbanding tempat lain
3. Meletakkan konsep 'Illusion of Impression' sebagai halangan
4. Menguji kemampuan bertahan dengan melawat sebanyak mungkin tempat tarikan untuk 'window shopping' sahaja
5. Merujuk orang yang berpengalaman ketika di serbu penjual yang menawarkan pelbagai cenderahati
6. Memikirkan 'clutter' yang akan berlaku di bilik atau di rumah setiap menambah pembelian 



BANYAK JUGA BARANG SHOPPING TU!
 SEMPAT JUGA KE PASAR AWAL PAGI THAMRIN CITY-PASAR BORONG

 BELI KENA KODI IAITU 20 HELAI
HANDBEG HARGA BERPATUTAN DI THAMRIN CITY


Membetulkan nawaitu amat penting dalam setiap amal perlakuan. Awal-awal setelah membaca doa pastikan tujuan membeli sesuatu keperluan adalah ikhlas untuk meraih keredhaan Allah. AsSyaikh Yusuf Qardhawi menyatakan ikhlas menempati maqam spiritual tertinggi dari cabang-cabang keimanan yang menjadi kriteria penentu bagi Allah dalam menerima amal. Tanpa keikhlasan suatu amal tidak akan mendapatkan keridhaan dariNya.

Maksud ikhlas ialah bukan untuk pamer, menggoda atau mencetuskan maksiat. Contoh berpakaian adalah untuk menutup aurat. Namun dalam dunia glamour hari ini berpakaian mahal adalah untuk mendedah bahagian tertentu aurat. Alhamdulillah kumpulan kami insaf hanya sekadar 'jamu mata' (window shopping) apatah lagi dikompleks bertaraf tinggi. Malah tercetusnya perkataan 'ILLUSION OF IMPRESSION' daripada mulut adik saya adalah hasil melihat pameran kereta mewah di Plaza Indonesia kerana beliau teringat kata-kata seorang penulis Muslim Turki Harun Yahya yang mengulas tentang ciri kehancuran dunia (kiamat). Sekadar memfoto tak pe..

SETIAP KALI KE TEMPAT WISATA (PELANCUNGAN) PENGUNJUNG AKAN DI SERBU PENJUAL CENDERAMATA, ANTARANYA BEG KULIT KELINCI (ARNAB) DI TANGKUBAN PARAHU


Illusion of impression adalah mainan dunia untuk mengalih pandangan insan daripada yang haq iaitu Allah SWT. Dengan izin Allah sebelum bermusafir saya dan suami sempat menyertai program anjuran kakak saya di Tangkak iaitu kursus 'Aqidah' oleh Dr AlHafiz Ali Saripan. Kebetulan kami mengenali beliau seorang pesara PTD yang bertugas di INTAN.  Yang terpahat diminda saya sepanjang kursus ialah pertemuan dengan Allah di alam akhirat yang menjadi haqqul yakin setelah kita melihat dengan mata sendiri 'Ainul Yakin' kekalutan di alam barzah.

Analogi Dr Ali senang sahaja iaitu dengan menyatakan sebelum beliau hadir berceramah hanya nama beliau yang dikenal, setelah beliau berhadapan dengan peserta yang dapat melihat dengan mata sendiri baru kenal orangnya. Itu di namakan AinulYakin (melihat dengan mata). Setelah sepanjang hari berkursus dan beliau menceritakan latarbelakang hidupnya barulah Ali Saripan di kenal dengan HaqulYakin.  Kesimpulannya adakah kita kenal Allah yang minimanya mempunyai 99 sifat / nama...masyaAllah. Diumur senja begini sentuhan Dr Ali Saripan menggamit keinsafan yang tinggi.

Saya terpaksa menegur kakak saya agar memurnikan program daripada sebarang pengaruh parti politik kerana di bimbangi kecenderungan yang masih utuh itu turut mengundang kemurkaan Allah seperti di sebut dalam ayat Alquran Surah Hud 113 bermaksud

DAN JANGAN KAMU CENDERUNG KEPADA ORANG YANG ZALIM YANG MENYEBABKAN KAMU DI SENTUH API NERAKA, SEDANGKAN KAMU TIDAK MEMPUNYAI SEORANG PENOLONG PUN SELAIN ALLAH SEHINGGA KAMU TIDAK AKAN DI BERI PERTOLONGAN.

DR ALI SARIPAN MERUJUK AYAT-AYAT QURAN SEBAGAI ASAS KUKUH CERAMAHNYA

SEBAHAGIAN DARIPADA 90 PESERTA YANG BERJAYA DIKUMPULKAN KAKAK SAYA SELAKU BEKAS PEMIMPIN SEBUAH PARTI DI TANGKAK

Saya mendoakan program lanjutan akan di adakan dengan sumbangan keluarga saya sendiri untuk mencerahkan pelbagai isu asas akidah umat lslam yang tercalar malah tercemar oleh penganutnya sendiri mutakhir ini sebahagian besarnya kesan ILLUSION OF IMPRESSION...mimpi menjadi pemimpin, bayangan kekayaan, tanggapan kehidupan dunia yang keliru serta nafsu serakah yang diturutkan tanpa pencegahan.

Kesimpulannya Illusion of Impression ada kaitan dengan akidah lslam yang menganggap kehidupan di dunia ini hanya persinggahan dan MIMPI yang akan di JAGAkan dengan KEMATIAN. Alam akhirat adalah yang kekal dan real (benar-haq). Memakai konsep ini semua yang kita hajatkan akan hancur bersama dengan diri manusia kecuali RUH yang akan menjawab semua persoalan yang dilakukan di dunia. Ruh itu ghaib dan hanya Allah yang tahu tentangnya namun ruh perlu pengisian dan makanan serta perhiasan yang akan dapat di realisasikan natijahnya di alam akhirat.

Mutakhir ini filem-filem barat yang di ilhamkan oleh orang yang tidak meyakini akhirat cuba menggambarkan realiti dunia yang akan hancur diakhir zaman. Mereka tertanya-tanya jika kehancuran berlaku apa yang tinggal? Ketidakmampuan mereka menerima hakikat Allah pencipta yang KEKAL mencetuskan idea bahawa ada kuasa anih yang akan berperanan, antaranya sistem komputer canggih yang di programkan untuk mengendalikan pergerakan manusia setiapkali alat di pasang untuk mengawal minda bawah sedar manusia.

Dalam akidah lslam kita di ajar untuk menerima qada dan qadar Allah tetapi minda barat perlu mengunakan program komputer yang untuk cuba mencapai illusi (bayangan cita-cita) mereka. Memang anih jika kita teliti kesesatan yang berlaku di zaman mutakhir ini. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment