NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, January 27, 2012

KENAPA BINGKAS BANGUN WAKTU PAGI

BismillahirRahmanirRahim

SESI TAZKIRAH WAKTU MUSAFIR

Salam

Jumaat 27 Januari 2011/3 Rabiulawal 1433H

Alhamdulillah agak lama berehat selepas musafir jauh ke utara dan pulang keletihan. Di sela waktu saya sempat memperkemas program latihan untuk para guru di sekolah Tahfiz Garut yang akan di jalankan di Ampang awal Februari nanti. Doa saya agar program tiga hari yang di rancang dapat mempertingkatkan komitmen dan azam guru-guru untuk melahirkan rijal-rijal (Pejuang) yang kuat dalam semua aspek kerana latihan yang di cadangkan berkisar kepada menjelaskan konsep Sistem Pendidikan yang Menyeluruh dan Terpadu 'Intergrated and Holistic Education System' (IHES)

Sehari sebelum bermusafir saya berpeluang membuat temujanji dengan penulis buku 'Life is an open secret' untuk merancang tiga perkara: Menjadi mentor kepada remaja dalam bidang penulisan bahasa Inggeris sebagai wasilah dakwah; Membimbing pelajar di Situwangi Boarding School (SBS) menguasai bahasa Inggeris dengan fasih dan menyertai team menulis buku rujukan bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar IHES.
 
BERSAMA TARIQ DI MASJID ABU BAKAR BANGSAR

Satu pertemuan yang syahdu pada saya kerana penulis sudi berkongsi saat-saat sedih dan indah dalam hidupnya. Saya akan simpan satu azam yang kuat semoga di anugerahkan juga saat bahagia menjadi pendakwah melalui penulisan. Beliau menolak tawaran menjadi penceramah atau pakar motivasi kerana menyorot pengalaman Imam Ghazali saat menulis adalah lebih indah dan kurang memperdayakan. Banyak bercakap boleh memerangkap diri kepada 'tidak mengamal apa yang di kata'.

Fenomena mutakhir dalam arena politik Malaysia tentang banyak cakap ini memadai untuk saya faham betapa beratnya tanggongjawab menjadi pakar rujuk masyarakat. Apa pun sebagai pakar motivasi ke, pemimpin masyarakat ke atau penulis, isu kebenaran hanya satu...yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Itulah sebabnya Rasulullah saw mengajar umatnya agar sentiasa membaca doa yang berbunyi 'Ya Allah tunjukkan kepadaku bahawa yang benar itu benar, dan berilah aku kekuatan untuk melaksanakannya. Tunjukkan kepadaku yang batil itu batil dan berilah aku kekuatan untuk menghindarinya."

Dalam diam saya mengkagumi penulis muda ini yang baru di anugerahkan seorang putera berumur lima bulan bernama Tariq. Tariq menjadikan beliau 'bingkas untuk menjadi ibu terbaik' setiap pagi. Dalam senyum saya sendiri tertanya 'Apa yang menyebabkan saya bingkas bangun waktu pagi?  Dalam doa Mathurat ada di sebut zikir 'sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan kesedaran bahawa kerajaan bumi dan segala isinya ini seluruhnya adalah milik Allah.Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya, tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan di bangkitkan.'     

Pertanyaan KENAPA BINGKAS BANGUN WAKTU PAGI mengekori saya hingga kemusafir dan biasalah setiap peluang berkumpul dengan anak-anak saudara saya akan mengajukan sesuatu,kali ini soalah yang menjadi tajuk blog ini. Ramai anak saudara yang terkedu untuk menjawab, namun jawapan semua mereka amat menarik. Seorang menyatakan 'agar tidak menyesal di akhirat' jadi kena bingkas bangun pagi melakukan dan menambah amal soleh. Hujjahnya siap dengan ayat Quran almaklum beliau seorang huffaz. Alhamdulillah. Rujuk Surah Al-Mu'minun 99-100 (Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata "Ya Tuhanku, kembalikanlah aku ke dunia agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan...") 

SUKAR JUGA MENJAWAB SOALAN MENDADAK KENAPA BINGKAS BANGUN PAGI

Seorang lagi menyebut 'untuk menjadi lebih baik daripada semalam' sebagai jawapan yang meransang bingkas bangun,yang lain menyebut segera menunaikan solat subuh,menghafal alquran seperti yang di jadualkan; bersyukur dengan membaca doa bangun tidur serta mencari redho Allah.

Sesungguhnya soalan ini perlu di hidupkan setiap pagi kerana setiap kita di beri peluang demi peluang untuk hidup sehari lagi dan hari yang baru tidak akan kembali bertemu kita kecuali di akhirat sebagai saksi terhadap apa yang telah kita lakukan sepanjang hari itu bersama kita. Masyaallah...rasa macam tidak sanggup untuk tidur rasanya..apatah lagi menyedari hakikat banyak ayat dalam alQuran yang menyebut mereka yang berjaya adalah yang 'renggang punggungnya daripada tempat tidur (Surah AsSajdah 16)." dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadat kepada Tuhan mereka dengan sujud dan berdiri (Al-Furqan 64)

Malangnya hari ini kita melihat betapa ramai (diri saya tidak terkecuali) yang bingkas bangun tanpa memperbetulkan nawaitu yang tepat dengan kehendak Allah, tidak cinta Allah, tidak takut azab Allah,tidak mempersiapkan diri bertemu Allah.

Berapa ramai anak-anak yang secara tidak sedar mendurhakai ibu bapa tanpa bertegur sapa sekalipun tinggal serumah dengan alasan sibuk; berapa ramai yang tidak menjaga mulut dan mata dengan celupar di sana sini dan memandang perkara-perkara yang melalaikan, terlebih lagi mengumpat dan membuat fitnah merata-rata. Berapa ramai lagi remaja yang langsung tidak bingkas bangun untuk kehidupan dunia sekalipun...bermalas-malas dan melepaskan peluang rezeki di pagi hari.

Keinsafan keatas fenomena ini membuatkan saya sering bertanya 'salah siapa?' Dalam beberapa penulisan ada yang menyebut keadaan ini berlaku kerana ramai anggota masyarakat yang tidak menjaga rezeki halal menyebabkan anak-anak kurang peka untuk menyahut fitrah berTuhan, rasuah di sana sini yang jelas HARAM. Ada juga yang menyebutkan kesibukan ibu bapa mengejar dunia membebankan anak-anak terkejar-kejar kesekolah,tusyen, kelas aktiviti sehingga tidak mengenal erti rehat, tenang dan tafakkur.

Saya terkenang waktu saya masih kecil terasa masa amat panjang, puas bermain. Segala aktiviti amat menggembirakan kerana semua suasana adalah permainan pada kami waktu itu. Membaca buku cerita pun kami anggap permainan kerana di akhirnya kami akan mengadakan peraduan bercerita. Untuk mengembalikan kegembiraan waktu kecil seringkali saya mengajak anak-anak berkuiz, menulis cerita dan terkini melakar pengalaman musafir melalui persembahan menggunakan Multimedia. Semoga senario ceria dan memberi penghargaan ini akan melahirkan anak-anak yang berjati diri serentak sudi menghargai sumbangan orang tua yang cuba mendorong mereka dengan peringatan KENAPA BINGKAS BANGUN WAKTU PAGI...mungkin jawapannya bermusafir, melawat tempat istimewa...semuanya perlu di rancang supaya tidak berlaku masa yang tersia-sia.

Yang lebih malang tidak semua remaja suka di atur aktiviti mereka oleh orang tua...mereka ada agenda sendiri sebaik mengenal alam remaja. Jarang sekali teransang untuk mendengar soalan KENAPA BINGKAS ATAU TAK BINGKAS BANGUN PAGI...Ibu bapa kena kreatif mencari sebab yang menarik anak-anak bingkas bangun. Dalam sebuah dokumentri di Afrika anak-anak bingkas bangun kerana pihak UNICEF menyediakan makanan pagi di sekolah bantuan mereka, satu sasaran yang tepat kerana anak-anak berat ke sekolah jika perut kosong. Bagi ibu bapa yang tidak mengalami kebuluran seperti di Afrika kena cari menu yang di sukai anak-anak berbekal ke sekolah. Janji anak-anak remaja bingkas bangun bukan kerana terikan nafsu syahawat sudahlah...jika berlaku demikian azablah ibu bapa menanggung risiko di era pancaroba,di akhirat betul-betul azab yang pedih menunggu, nauzubillah.
         

MENYERTAI ISLAND HOPPING DI LANGKAWI BARU-BARU MEMBUATKAN SEORANG IBU BINGKAS BANGUN MENYIAPKAN KEPERLUAN ANAK-ANAK YANG IKUT SERTA

No comments:

Post a Comment