NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, October 20, 2011

KEPIMPINAN SATU TANGGUNGJAWAB

Salam




Jumaat 21 Oktober 2011.

Perkembangan mutakhir yang melibatkan universiti lslam Antarabangsa alma mater (alumni) saya menyentuh naluri perihatin mengapa kepimpinan seorang wanita yang menjadi rektor UIA sekarang kurang bijak untuk melihat taggungjawab besar yang di pikulnya.

Oleh kerana beliau wanita maka saya menulis ini kerana ada saya terbaca blog yang menyebut beliau sebagai 'menyundalkan' diri di UIA. satu kata-kata pedas yang saya yakin lahir daripada perasaan membara marah seorang penulis blog. Rektor UIA telah menjatuhkan hukuman kepada seorang Professor Jabatan Undang-undang agar di gantung tugas secara mendadak. la ada kaitan dengan isu politik semasa.

Kemudian telah di rancang satu demonstrasi pelajar demi mempertahankan kewibawaan Professor tersebut yang pasti akan menimbulkan lebih banyak reaksi dan kesan negatif kepada semua. Doa saya anak muda yang akan berdemonstrasi dapat menampilkan akhlak setaraf nama universiti lslam.

Saya ingin berkongsi pengalaman betapa sukarnya menjadi seorang pemimpin kerana sewaktu saya di pilih menjadi Ahli Majlis MBSA saya berdoa agar saya di lepaskan segera kerana suasana yang akan saya pimpin mencabar sekali. Setelah jawatan tidak disambung Allah sahaja yang tahu betapa leganya dan sujud syukurnya saya kerana terbebas daripada belenggu 'akur' kepada siapa yang membuat keputusan.

Begitu juga sebagai seorang pegawai kerajaan tekanan yang berlaku ialah kita tidak bebas melakukan apa yang di rasakan perlu dan baik kerana nilai penentu bukan di tangan pegawai, kadang-kadang ia di sebut 'wahyu' dari 'atas'. Demikian besarnya peranan pembuat keputusan yang biasanya barisan pemerintah seolah setaraf dengan 'wahyu' Allah, nauzubillah.

Sebagai seorang pesara yang memilih bersara awal sebelum di sarakan saya ingin berkongsi bahawa membebaskan diri daripada beleggu jawatan, kenaikan pangkat dan 'gaji' bulanan merupakan satu nikmat. Pertama ia menanam jauh dalam jiwa kita bahawa Pemberi Rezeki bukan manusia walau sebesar mana pun jawatan mereka. Kedua saya merasai nikmat bahawa setiap ibadah yang di lakukan ada kaitan dengan rezeki yang kita terima. Apabila saya punya masa membaca alQuran, apabila solat saya lebih khusu' mengerjakannya saya merasai nikmat barakah rezeki yang sedikit (wang persaraan).

Satu masa dahulu saya masih ingat arwah bapa saya mempunyai cara berfikir bahawa berkerja dengan kerajaan satu yang 'wajib' kerana yang memberi gaji ialah pihak pemerintah. Kalau tidak ada kerajaan memerintah siapa nak beri gaji, siapa nak sediakan hospital, polis dan sebagainya. Saya pernah berdebat dengan arwah bapa saya bahawa kerajaan memerintah bukan 'Tuhan' yang memberi rezeki dan manusia yang memegang jawatan datang dan pergi,namun masyarakat kampong memang mudah di momok-momokkan dengan kepercayaan bahawa kerajaan yang memerintah seperti 'Tuhan kecil' dan ini satu tektik yang terang-terang syirik! Ketahap seorang wakil rakyat memiliki rumah besar di luar kemampuan pun masyarakt kampong masih meredakannya dengan kata-kata ' dia wakil rakyat mestilah rumah besar...' satu keredaan yang tersasar jauh daripada kebenaran dan keadilan!

Hari ini cara berfikir terkongkong dan di kongkong masih membelenggu ramai manusia yang kurang berhadapan dengan ilmu dan realiti perubahan masyarakat. Hatta ke tahap seorang yang beragama sekalipun sering kurang memikirkan kebesaran Allah yang akan menganugerahkan pelbagai nikmat jika kita ikhlas, terbuka dan mudah menerima pandangan  serta di senangi orang lain.

Ujian seorang pemimpin memang ketara, antaranya ujub dan bangga diri, pamer kekuasaan dan seumpamanya. Benarlah maksud sebuah hadis bahawa tiga perkara akan menghancurkan manusia: kikir yang di turuti, nafsu yang di ikuti serta ujub pada diri sendiri. Bebas daripada kongkongan kepimpinan dan sifat ujub memudahkan kita menjadi 'pengikut' kebenaran, melembutkan jiwa kita untuk lebih mendengar nasihat dan mudah membuat perubahan. Tidak mustahil jika hari ini seorang pemimpin termasuk seisi keluarga akan merasa mereka 'elit', VVIP dan mudah mengarah orang lain ke sana ke mari tanpa memikirkan apa perasaan orang yang di arah.

Kini seorang pemimpin wanita di UIA telah mengarahkan anak buahnya seorang professor yang berkaliber tidak meneruskan kerjaya dan 'menghukum' anak buahnya mengikut apa yang di 'wahyukan' sebuah sistem yang kurang jelas di mana kiblatnya. Malaysia kononnya ingin melahirkan ramai professor sebagai satu KPI (key performance index) kemajuan negara. Namun tindakan menghukum seorang yang berkaliber dalam masyarakat akan menemplak semula ke muka yang membuat keputusan kerana rakyat sedang membuat perubahan bahawa kebebasan ialah bebas bersuara dan menuntut hak yang awal-awal lagi di bekalkan Allah pencipta mereka. Rakyat yang beragama juga ingin menjadikan kebebasan sebagai bebas menjadi hamba yang bertakwa tidak syirik dan tidak mengharap belas atau bergantung harap daripada sesama makhluk.

Saya lebih kasihankan seorang Rektor wanita pertama di UIA dalam kes mutakhir ini. Saya yakin beliau sedang terkial-kial ingin mempamerkan kemampuan kecilnya berhadapan dengan persepsi masyarakat yang masih dangkal, tersudut melihat seorang wanita hanya layak berada di barisan belakang, mengikut bukan di ikuti. WaAllahu'alam.


No comments:

Post a Comment