Salam
Jumaat 21 Oktober 2011
Sehari penuh barakah pada saya kerana sejak awal pagi saya bersama teman yang ingin menyumbang bakti kepada kelancaran perjalanan sekolah lslam terpadu di Garut. Di sebelah malam kami di bukakan Allah ruang dan peluang menimba pengalaman daripada seorang tokoh pendidikan yang amat low profile. Tidak terasa malam telah larut hingga jam 12 tengahmalam kerana isu yang di perkenalkan amat menarik sekali.
Dalam blog kali ini saya hanya ingin merakamkan kefahaman saya yang sedikit sepanjang mendengar penjelasan tokoh ini yang berteraskan sebuah hadis popular, 'apabila mati seorang anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:Ilmu yang bermanfaat, Sadakah jariah dan anak yang soleh yang mendoakan'. Yang menariknya dan tidak pernah saya terfikir ialah hadis ini merupakan PROSES kepada kejayaan seseorang iaitu Ilmu sebagai asas, sedekah sebagai perantaraan dan anak soleh sebagai produk.
Tujuan team kami bertemu tokoh ini adalah untuk mendapat sedikit penjelasan terhadap konsep sekolah Islam yang menyeluruh dan terpadu. Rupanya kami di beri rezeki lebih daripada itu kerana baru kami sedar bahawa selama ini kegagalan sebarang urusan adalah kerana TIADA SISTEM yang di usahakan untuk melaksanakan sesuatu kerja. Sistem pendidikan yang teruji hanyalah sistem pendidikan yang di sebut QGDP (Quranic Generation Development Program). Dalam bahasa tarbiyyah ialah sistem yang di asaskan oleh Rasulullah saw berpandukan AlQuran dan Sunnah yang telah dan akan melahirkan orang-orang yang beriman dan bertakwa serta menyebarkan barakah ke seluruh alam.
Proses pendidikan pula di katakan berjaya jika terdapat persiapan seseorang dari segi akal, hati dan jiwa. Bersih akal, suci hati dan murni jiwa. Baru saya teringat pesanan seorang syahid Syed Qutb yang menyebutkan dalam bukunya 'Mu'alim fi Thariq ' bahawa generasi AlQuran yang dididik oleh Rasulullah saw memiliki kesucian hati, bersih fikiran dan jernih jiwa hanya berpandukan AlQuran wahyu llahi sebagai sumber rujukan dalam kehidupan. Berbanding hari ini masyarakat di sogokkan dengan pelbagai sumber yang tidak jelas asalnya,malah ada yang ketara pembohongan.
Sekadar mencatit maklumat yang berharga bak mutiara tokoh ini menyebutkan IMAN sebagai benih, TAQWA sebagai buah dan IHSAN sebagai buah yang manis ranum. Saya kagum kepada hasil yang dikeluarkan sekolah terpadu dan menyeluruh kerana mereka dalam umur muda dapat menguasai pelbagai bahasa, berjaya menghafal Alquran dan cemerlang dalam bidang pengkhususan,antaranya perakaunan,jurutera dan kedoktoran. Doa saya agar sesi bersama tokoh ini akan menjadi pengisian sepanjang saya melaksanakan amanah memantau perkembangan sekolah di Garut.
Apa pun saya sempat membaca rencana seorang anak daripada Taiwan yang dapat menguasai 10 bahasa seperti petikan di bawah ini. Satu dari kalangan seribu...its genius,tetapi ribuan para sahabat awal yang di cetak daripada madrasah Rasulullah saw merupakan hasil SISTEM Rabbani yang di izin Allah menjadi umat terbaik dan umat lslam hari ini perlu mencontohi dan berjalan di atas bekas tapak-tapak kejayaan mereka termasuk tapak kejayaan Salahuddin alAyubi insyaAllah.
Sonia Yang (gambar) dimahkotakan sebagai pakar linguistik muda terbaik apabila berjaya menguasai 10 bahasa dengan baik.
Baru berusia 10 tahun, Sonia mengagumkan juri ketika dia menyertai pertandingan bahasa bersama lebih 5,000 peserta semalam.
Peserta diuji mengenai pengetahuan terhadap bahasa asing, serta kemampuan belajar bahasa baru.
Dilahirkan di Taiwan dan berpindah ke England bersama keluarganya, Sonia kini menetap di Cheadle Hulme, Stockport.
Ketika tiba di England, Sonia mampu bercakap bahasa Jepun, China dan Inggeris, selain bahasa ibundanya.
Sonia juga mampu menguasai bahasa Kazakhstan, Uganda, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Portugal. - TS
No comments:
Post a Comment