NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, October 6, 2011

BEYOND 60

Salam

Jumaat 7 Oktober 2011. Satu tempoh yang agak lama tidak menulis blog. Almaklum sebaik musim Hari Raya yang di penuhi jemputan majlis Rumah Terbuka di sana sini tiba pula musim menghantar para tetamu Allah menunaikan haji.

Alhamdulillah Surau AtTaqwa Seksyen 7 Shah Alam meneruskan budaya ziarah bakal hujaj rumah ke rumah. Khabarnya ramai yang menyertai setanding kumpulan marhaban di kampong-kampong masa saya kecil dahulu. Satu fenomena yang saya amat sokong kerana warga kota seperti Shah Alam tidak punya masa untuk berkenalan jika tidak di aturkan melalui meraikan bakal haji ke Mekah. Kepada semua yang menjadi tetamu Allah kami doakan dianugerahi haji yang mabrur insyaAllah.

Di celah-celah kesibukan dapat juga saya mengaturkan lawatan 12 peserta ke Jakarta-Bandung-Garut pada 1-6 Oktober 2011. Ia di lakukan seretak lawatan Kumpulan Penasihat  ke Situwangi Boarding School (SBS) Garut berikutan kemasukan 30 pelajar baru ke SBS dalam bulan Julai baru-baru ini.

Satu pengalaman lawatan yang menarik kali ini kerana kami bergerak dalam tiga buah van secara convoy ke sana sini sepanjang ziarah. Lawatan 6 hari 5 malam meliputi perjalanan yang lumayan jauh menghasilkan satu kepuasan kepada peserta.  Bagi kami yang sering ke destinasi lawatan fenomena paling menarik ialah kesedaran anggota penasihat yang semuanya kini menjadi warga 'BEYOND 60', yang termuda akan menjejak umur 61 pada 8 Oktober (esok), selamat menyertai 'Beyond 60 Club'!

Kesedaran dan keinsafan di peringkat umur senja perlu ada supaya kita tidak terperangkap dalam kesibukan dunia yang seolah tidak ada penghujung. Satu cara untuk persiapan umur senja ialah tidak melarikan diri daripada tanggungjawab yang masih menuntut di sana sini. Saya menulis ini menyahut tuntutan bahawa satu masa nanti tulisan saya akan mejadi sejarah bahawa sesuatu yang ingin kita lakukan perlukan titik permulaan dan bagi SBS titik permulaannya ialah dengan adanya kumpulan penasihat. 

Kebimbangan yang merata kini ialah warga dunia ingin menghapus kesan sejarah yang kurang di senangi dan cuba menggambarkan keujudan dan kejayaan mereka hari ini seolahnya secara 'tiba-tiba'. Anihnya ramai sekali warga dunia yang terperangkap dalam isu ini termasuk pembangunan galak di sekitar kota suci MakkatulMukaramah yang ingin di terjemahkan menjadi 'Les Vegas' timur tengah.

Penghapusan semua kesan sejarah dan seerah Rasulullah saw di kota Mekah di lakukan atas alasan tidak menggalakkan amalan khurafat umat lslam yang datang berkunjung ke Mekah! satu alasan yang anih sedangkan banyak tempat bersejarah umat lain di merata dunia di kanunkan sebagai warisan. kelemahan umat lslam mempertahankan sejarah dan menghargai sumbangan dan perjuangan umat terdahulu seolah membuang 'rear mirror' daripada kereta dan masing-masing kita memandu tanpa panduan.

Apa pun tajuk blog kali ini ingin berkongsi fenomena 'Beyond 60' antaranya kurang peka dengan pelbagai urusan dan sering lupa. Nikmat menyimpan maklumat sedang di hakis sedikit demi sedikit kecuali jika sering di peringatkan melalui pelbagai aktiviti bersama. Kami di uji sejak di lapangan terbang KLIA bilamana seorang peserta rombongan tidak di benarkan terbang bersama KLM kerana tempuh laku paspotnya kurang 6 bulan. MasyaAllah...saya sendiri kurang menyemak dan sewaktu adik saya membuat tempahan melalui internet pun maklumat ini tidak dikehendaki. Saya hanya sempat medoakan peserta ini dimudahkan menyertai kami secepat mungkin.

Hikmahnya kami di peringatkan bahawa sebelum melakukan musafir kena ada cheklist termasuk tempuh sahlaku paspot. Di alam barzah nanti paspot yang laku pastinya menjadi ahli Allah...dalam sebuah hadis riwayat Ahmad "AhlulQuran adalah keluarga Allah dan orang-orang pilihanNya' Baca,faham,hafal fan amalkan maksud Al Quran sebanyak mungkin!

Hikmah kedua ialah memberi peluang peserta terlibat menguruskan maslaahnya dan tepat sekali saya menerima sms lewat malam di Hotel Haris Jakarta bahawa beliau akan menyertai kami ke Bandung keesokan tengahari kerana pejabat imigeresen di buka pagi Ahad. Rupanya peserta ini bekas pesara Ketua Kerani di sebuah sekolah di Johor dan beliau mampu menguruskan maslaah yang berlaku, ameen,syukur ya Allah.

Kelab Beyond 60 terus melangkah melibatkan diri penuh harapan bahawa apa yang kami ingin lakukan adalah memberi sumbangan selagi mampu ke arah tertegaknya kemuliaan AlQuran di muka bumi umat lslam di sekitar kami.  Sering kami di tanya mengapa ke Garut dan di Indonesia memberi sumbangan,jawapannya bukan kerana negara dan siapa...ia bermula daripada nawaitu untuk berbakti kepada lslam dahulu...lslam FIRST barulah memikirkan isu lain. la juga ada kaitan dengan 'trust' atau kepercayaan yang di berikan bahawa pengalaman kami sebagai pentadbir dan pengurus perlu di manfaatkan untuk umat kebelakang. Ini juga nawaitu kami semoga Allah memudahkan dan tidak membatalkan mana-mana amal kami selama ini insya Allah.

Tajuk blog kali ini ingin juga menangkis kesalahfahaman bahawa 'life beyong 60'  seolah tidak cerah...seolah mark time menunggu maut tiba..ini satu persepsi.  Yang lagi teruk ialah persepsi 'apa teruk-teruk memikirkan masalah orang lain..relax je selepas penat-penat menyara keluarga sebelum ini. Ramai yang kurang faham relax atau rehlah dalam bahasa Arab ialah berjihad berterusan menimba ilmu dan penghasilan sumbangan ikhlas untuk generasi penerus.  Generasi apa ya?

Sewaktu saya sembang-sembang sarapan di hotel satu pagi seorang peserta memberitahu kakak saya...'dah penah cik gu..saya sekarang nak cari pelapis sahaja..lepas tu nak berhenti..' tahulah saya beliau seorang pemimpin tempatan sebuah parti politik di Johor. Tanpa selindung saya terus mencelah...'jangan batalkan amal kita selama ini dengan membantu agenda pemimpin zalim...apatah lagi menafikan hukum Allah" semua terdiam, kakak saya faham, namun saya amat yakin saya tidak boleh lagi berlapik-lapik bila ada usaha ingin melahirkan pelapis yang tidak berpaksi kepada kebenaran dan kekuatan AlQuran. Alhamdulillah sepanjang mengadakan ziarah ke SBS dan Darul Quran saya lihat peserta ini sedikit peka siapa pelapis yang ingin beliau lahirkan sebenarnya.

Saya sendiri mengalami fenomena 'Beyond 60'sejak saya sering sakit kaki dan terasa lemah di sana sini. Pernah satu waktu saya cuba menguruskan pingggan mangkuk dan tiba-tiba terasa tangan lemah hampir terhempas pinggan di tangan saya. Terus saya terfikir bagaimana agaknya keadaan orang macam saya yang 'terpaksa' menjaga cucu dan mengurus rumah...mungkin anak kecil akan terjatuh,mungkin berlaku kemalangan. Anak-anak perlu peka bahawa warga 'Beyond 60' perlukan perhatian. Kebimbangan era penghapusan sejarah yang berlaku sekarang ialah anak-anak mula lupa pengorbanan ibu bapa mereka waktu mereka berhingus. Mereka berfikrah seolah-olah mereka terus lahir hebat,muda dan macho...menafikan keistimewaan menjadi anak-anak yang berakhlak 'BIRR WALIDAINI...berbakti kepada kedua orang tua sebagai ibadah kekal selepas menjadi hamba Allah dan taat Rasulullah saw.

Jarum dan racun pengaruh musuh-musuh Allah, syaitan,nafsu,yahudi dan nasrani kini menyerang anak-anak muda teruk sekali...tugas warga 'Beyond 60' adalah menyatukan hati anak-anak, kembalikan mereka ke fitrah lslam yang suci melalui pelbagai 'pembersihan', antaranya mengisi masa dengan 'REHLAH FIL ILMI' rehat dan berwisata dengan ilmu. Antara ilmu yang memerlukan kupasan ialah menterjemah arahan dan hukum Allah dalam kehidupan berilusi hari ini. Semua ini memerlukan warga Beyond 60 meneruskan budaya mencari ilmu,bertemu dan berbincang tentang kebenaran dan persiapan selepas mati...jangan mati sebelum di matikan. Teruskan menyumbang dengan ikhlas, semoga ganjaran menunggu di pintu barzah,waAllhau'alam.

SISIPAN GAMBAR SEKITAR AKTIVITI WARGA BEYOND 60

 SEBAHAGIAN ADIK BERADIK DI OPEN HOUSE KAJANG: SEMUA KINI PESARA
MERAIKAN BAKAL HAJI WARGA SEKSYEN 7 SHAH ALAM
MELAWAT TAPAK SHAMI GOAT DI BATU ARANG SAMBIL KENANGAN BERSAMA AZAHARI YANG MENYAMBUNG PENGAJIAN DI BRISTOL UK

MASA BERSAMA CUCU: IMTIAZ BAIHAQI
BERSAMA CUCU SITI NURUL ZAHIDAH
MERAIKAN MAJLIS PERNIKAHAN ANAK SAUDARA: SARA ANNURA DI KAJANG
ROMBONGAN KE JAKARTA DI TUNGGU PAK SARDI
PESERTA ROMBONGAN DI FOOD COURT CEMPAKA EMAS
BERSAMA MUDIR DAN WAKIL PENAJA SBS GARUT
PELAJAR SBS
BAKAL PEMIMPIN DARI SBS GARUT
LAWATAN KE DARUL QURAN INTERNATIONAL ISLAMIC SCHOOL BANDUNG

KUMPULAN PENSIHAT MELAWAT KAFILA INTERNATIONAL ISLAMIC SCHOOL JAKARTA
PERBINCANGAN DENGAN KETUA YAYASAN SBS: MIRROR EFFECT YANG ANIH!
SAYONARA HOTEL HARIS JAKARTA
AHLI KELAB BEYOND 60 MENGAYAKAN CERMINMATA BARU DI MANGGA 2 JAKARTA
GAMBAR KENANGAN DI LAPANGAN TERBANG SEOKARNO HATTA JAKARTA






No comments:

Post a Comment