NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, September 23, 2011

BALDATAN THAIBATAN WA ROBBUN GHAFUR (NEGERI YANG BAIK TUHAN YANG PENGAMPUN)

MAWADDAH KRAF PENGHIAS SUDUT RUMAH

Salam

Khamis 22 September 2011/ 24 Syawal 1432H

Ada beberapa kalimah dalam AlQuran yang akan menyentuh hati saya bila di ucapkan. Sepatutnya semua ayat AlQuran memberi kesan sedemikian kerana semuanya Firman Allah yang Maha Mengetahui Maha Bijaksana yang mentakdirkan terbaik untuk insan ciptaanNya seperti kita semua.

Antara kalimah yang saya jadikan ransangan kehidupan ialah Mawaddah wa Rahmah (kasih sayang dan kelembutan) dan Baldatan Thaibatan wa Rabbun Ghafur (Negeri yang baik, Tuhan yang Pengampun)iaitu tajuk blog kali ini. Mawaddah wa Rahmah untuk diri dan keluarga, Baldatan Thaibatan wa Rabbun Ghafur untuk masyarakat seluruhnya.

Petang hari Rabu seorang teman datang berjumpa saya memperkenalkan NGO barunya 'Pertubuhan Mahabbah dan kebajikan Malaysia'. Antara agenda NGO ini ialah membantu golongan kurang bernasib baik menguasai kemahiran yang dapat membantu kehidupan mereka dan fokusnya termasuk warga luar negara. Beliau dan pasukan akan ke Pearth Australia memperkenalkan kraf bahan buangan kertas dengan tajuk 'From Waste To wealth'.

Saya terkejut dan menyatakan kata-kata itu tag line Mawaddah kraf yang di peringkat awal ingin menjadikan kalimah "Mawaddah' household name (nama yang sering di sebut-sebut) di seluruh dunia. Terus teman itu menyampuk...sekarang wawasan Datin akan menjadi kenyataan kerana pihak Matrade mahukan saya memperkenalkan kraf  ini ke seluruh dunia. MasyaAllah...terkedu saya membayangkan wawasan kerdil saya satu ketika dulu kini di bawa ke destinasinya oleh orang lain dengan izin Allah. It all started from a tiny wish...a wish 'how nice if mawaddah kraf can reach every corner of the world and Quranic word mawaddah is uttered by all human...' itu yang saya pernah fikirkan. Kini teman yang datang berkongsi menyatakan bulan December pameran Matrade akan berlangsung di Morocco dan satu booth akan diberikan kepada NGOnya. Saya terus terkedu dan dalam hati menyebut subhanaAllah...alhamdulillah.

PENGUSAHA 5 ROSE CRAF UMPAMA ANAK KEPADA KAMI

Kebetulan peserta anak didik Mawaddah Kraf kini sedang menyertai 'Karnival Usahawan Desa' anjuran Kementerian Kemajuan Wilayah (dulu KPLB) di PutraJaya. Terus saya berkongsi berita baik ini dengan '5 Rose Kraf' dari Perak dan 'Wannur Enterprise' dari Terengganu dua nama yang pernah saya tulis dalam blog sebelum ini.















CONTOH KRAF BERCIRIKAN 'FROM WASTE TO WEALTH'


Harapan saya setelah memperkenalkan teman NGO kepada dua orang usahawan desa ini ialah hasrat memasarkan produk mereka ke seluruh dunia menjadi kenyataan.  Saya akan bantu mendoakan kedua usahawan ini dapat meningkatkan ekonomi diri dan keluarga masing-masing.

Sebelah malamnya saya menyertai suami ke majlis 'Menjunjung Kasih' iaitu majlis perpisahan DYMM Yang DiPertuan Agong anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Satu pengalaman yang saya lebih suka berlaku kerana saya datang sebagai isteri. Ini adalah kerana sewaktu saya menjawat jawatan Ahli Majlis Shah Alam jemputan atas nama saya membawa mesej berbeza. Semua staf  MBSA akan mendahulukan saya dan menunjuk tempat khas Ahli Majlis.  Kini selaku seorang isteri saya patuh kepada penempatan yang di sediakan kepada para PESARA walaupun di peringkat awal staf MBSA ingin saya di dudukkan berhampiran meja Ahli Majlis.

Apa pun saya selesa dengan apa yang berlaku walaupun hati kurang seronok berada dalam majlis yang kurang menyebut nama Allah yang Maha Besar, maksud saya jangan berlebih-lebihan membesarkan ORANG-ORANG BESAR peringkat negara dan negeri (at least 15 minutes menyebut nama VIP).

Tidak ada bacaan doa dalam majlis kali ini mungkin agenda mengadakan persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian. WaAllahu'alam. Namun majlis amat ringkas dan kemas,saya suka,jam 10.00 malam selesai.

Sewaktu YB Menteri Besar Selangor menyampaikan ucapan kepada hadirin yang termasuk beberapa orang Menteri kerajaan pusat, semua mendengar dengan khusuk...berita baik kepada negeri yang kini memiliki simpanan tunai 1.1 juta berbanding 3 tahun dahulu, satu rekod kejayaan dalam 28 tahun negeri Selangor. Terus YB menyebut hajat pemimpin yang menerajui Negeri Selangor untuk mewujudkan "Baldatan Thaibatan wa Rabbun Ghafur", saya mengaminkan. Satu hasrat yang amat mencabar dalam keadaan kecelaruan politik dan masalah sosial terutama golongan remaja yang berlaku sekarang.

Sewaktu saya sedang menaip blog ini parti yang kalah memerintah Negeri Selangor sedang mengadakan sambutan Hari Raya di rumah seorang ahlinya kebetulan di hadapan rumah saya dan suara karaoke sedang berkumandang.  Sementara saya dan suami baru sahaja pulang daripada meraikan para bakal hujjaj di Surau AtTaqwa tidak berapa jauh daripada tempat berkaraoke...bayangkan betapa celarunya!

Namun hasrat yang baik perlu di teruskan kerana yang mentakdirkan semua urusan manusia adalah Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. Saya akan menjadi salah seorang yang amat bersyukur jika Negeri Selangor menjadi Baldatan Thaibatan kerana dalam Surah Saba' yang mana kalimah ini di sebut dalam AlQuran, ia merupakan janji Allah kepada negeri yang patuh dan taat akan perintah Allah dan RasulNya, namun penduduk negeri Saba' menyombongkan diri...lantas Allah menurunkan azabNya...nauzubillah. Satu iktibar yang perlu di renung-renungkan oleh semua pihak yang beriman dengan ayat AlQuran.

Sewaktu majlis makan malam berlangsung saya duduk di sebelah isteri seorang pesara pegawai tentera, beliau bertanya status saya, saya mengaku seorang pesara pegawai kerajaan..Datin? angguk. Siapa yang tak tahu di Malaysia ini 'every other senior officer is a Dato'...kata orang 'if you throw a stone, the chance is that it will knock a Dato's head... begitulah mewahnya pangkat Dato' di Malaysia.
 
SEDANG MEMIKIRKAN ANTARA DUA DUNIA

Bila di tanya apa saya buat selapas bersara saya tak mahu lepas peluang berdakwah tentang AlQuran, terus saya katakan saya sedang membantu adik mentadbir sebuah sekolah tahfiz di Garut Bandung,tempat yang enak udara, sejuk seperti Cameron Highland...dia pun menyampuk ada strawberi, saya rancaklah bercerita tentang kentang yang 'fluffy'. Anak-anak cepat menghafal Alquran..bla, bla..bla...ke tahap mengajak Datin tersebut menyertai rombongan melawat Garut,insyaAllah.

Giliran Datin pula bercerita kegiatannya dengan anggota Kagat dan melancung keluar negara. Beliau dan suaminya (yang ada syarikat pembekal keperluan Kementeria Dalam Negeri (Polis) selepas bersara) akan melancung ke Sepanyol pertengahan bulan Oktober.  Tanpa rasa malu saya perkenalkan suami saya 'pengerusi' surau di kariah kami. Tujuan saya kegiatan kami lebih banyak dalam negeri....di Surau. Saja dakwah, tapi kurang menarik perhatian si pendengar. Saya juga menyatakan saya menulis blog. Diam. Itulah ujian kecil kerja dakwah.

Persembahan sepanjang jamuan saya tak mahu komen,antaranya penyanyi Anuar Zain.  Gambar-gambar di bawah menjelaskannya sendiri.

Kebetulan di Surau AtTaqwa pada malam yang sama di adakan jamuan hariraya. Menunya 'kambing bakar'. Suami saya terima sms, 'cepat Dato' kambing dah nak habis'. Sebaik majlis selesai kami berkejar ke Surau, majlis pun sudah selesai juga tapi AJK Surau telah mengasingkan kambing bakar untuk kami, alhamdulillah.   Sikap ahli kariah yang bercirikan 'Baldatan Thaiban' semoga Allah "Rabbun Ghafur' ampunkan kami yang banyak kelemahan ini.

GAMBAR SEKITAR JAMUAN MAKAN MALAM 'MENJUNJUNG KASIH' SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC) 22 SEPTEMBER 2011 

YB MENTERI BESAR SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN

2 comments:

  1. Salam. Elok kalau boleh berada ditempat2 depa nak promote kraft Mawaddah. Mana tahu ada rezki datang menggolek. Kurnia Allah berbagai bentuk. Semoga cita-cita tercapai.Kita dan cuba di Sri Lanka. Tempat lain mungkin lebih mudah.

    ReplyDelete
  2. tq. doakan. nak ajak u g morocco disember kalau jadi. l want mawaddah kraf to 'meletup' di japan pun!

    ReplyDelete