NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, October 18, 2011

KAMI BISA DI PIMPIN SEBELUM BISA MEMIMPIN

Salam

Dua minggu yang amat menarik kerana dua kali bermusafir ke utara Malaysia.

Awal 7 Oktober kami ke Kulim Kedah menghadiri majlis perkahwinan anak saudara suami saya yang diadakan pada 8 Oktober.
MENYERTAI ROMBONGAN MENGHANTAR PENGANTIN DI KULIM KEDAH

Khamis 13 Oktober trip ke UUM Sintok mengadakan sesi 'brainstorming' untuk mencapai kesepakatan bagaimana meningkatkan mutu urusan pengurusan sebuah sekolah yang kami ingin menyumbang bakti.
BERSAMA PAKAR RUJUK PENGURUSAN DARIPADA UUM SINTOK

Alhamdulillah kami selamat dalam perjalanan pergi dan pulang walaupun di umur beyond 60 kami perlukan banyak REHAT sebelum BERJIHAD.

TRIP PERTAMA BEREHAT DI RESTORAN IKAN BAKAR KEPALA BATAS-RECOMMENDED
BEREHAT DI BUKIT MERTAJAM MENIKMATI 'STEAM FISH' YANG ENAK SEKALI
DI RESTORAN NASI JAGONG CHUNGLON:ANTARA MENUNYA KARI ITIK
PERJALANAN PULANG TRIP KEDUA SINGGAH DI KUALA SEPETANG
MEE UDANG-UDANG LEBIH BANYAK DARIPADA MEE

Alhamdulillah juga suami saya sempat meraikan hari jadi pertama Beyond 60nya di banyak tempat dan di raikan bersama pengantin. Agak ganjil kerana katanya dalam majlis di Kedah ini hanya pengantin perempuan seorang yang tidak menutup aurat! no komen dari saya kerana memang di Kedah warga lslamnya ramai yang faham kehendak syariat insyaAllah. Di doakan kepimpinan berteraskan agama terus mantap.

TARIKH 8 OKTOBER BERTEPATAN TARIKH HARI JADI BAPA SAUDARA PENGANTIN

SILATURRAHIM DI KAWASAN TSUNAMI KOTA KUALA MUDA KEDAH
HANYA BAPA SAUDARA YANG SENIOR SEMPAT MERAIKAN MAJLIS PENGANTIN
CUCU YANG SAMA-SAMA MERAIKAN HARI JADI ATUK ABAH

Keseronokan saya dan suami terkini ialah menjalin silaturrahim sebanyak mungkin dengan kenalan lama dan baru kerana silaturrahim merupakan amal soleh yang dituntut. Pastinya silaturrahim belaku dengan kita mempunyai wawasan yang sama dan menjadikan wawasan sebagai ibadah yang berterusan insyaAllah.

Terkini yang agak merunsingkan ialah bila saya terdengar seorang penceramah mengatakan 'jangan sangka wanita tak bertudung itu jahat' Sekali-kali saya tidak menafikan konsep jahat yang menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang lain seperti membunuh, merosakkan harta benda dan sebagainya. Itu bukan isunya. Isu sebenar ialah di sebaik konsep 'bertudung' terdapat PERINTAH MENUTUP AURAT WANITA daripada Allah Aza Wajalla untuk menyelamatkan seorang wanita daripada pelbagai fitnah dunia dan akhirat.

Saya akan tetap mengatakan seorang wanita lslam itu sebagai seorang yang bermasalah dan 'jahat' kerana tidak tunduk malah menyombong diri berhadapan perintah akhlak lslam. Muslimah yang 'jahat' bukan kepada orang lain tetapi kepada diri dan masa depannya sendiri. Muslimah ini seolah telah meruntuhkan harapan ibu bapa dan keluarga untuk menumpang doa dan sedikit amal sebagai anak soleh. Mudah cerita, wanita lslam yang menolak perintah menutup aurat bukan anak yang solehah!

Bagaimana jika amalan menutup aurat adalah kerana ikutan atau adat dan tidak memerhatikan sepenuhnya syarat menutup aurat? Pada saya ia lebih baik daripada terang-terangan menolak hukum Allah dan menerima pakai hukum manusia samada barat atau timur. Yang paling sedih ialah ramai yang jahil kini telah bijak memperkatakan Hukum Hudud....nauzubillah. Mungkin berkaitan mudahnya terdedah aurat adalah punca kerosakan moral yang dahsyat hari ini. Dalam sebuah Hadis mengenai dekatnya hari kiamat
Riwayat Bukhari: ' Sesungguhnya di antara tanda-tanda akan datangnya hari kiamat ialah... bermaharajalalanya perbuatan keji (zina dll);senghaja berbuat keji; moral buruk, kehancuran dan banyak bermunculan penyanyi. (rujuk m.s 916-919 Tafsir lbnu Mas'ud-penyusun Muhammad Ahmad lsawi)

Saya menulis blog kali ini dan membawa tajuk kepimpinan kerana sering isu memimpin tidak di kaitkan dengan misi hidup seorang manusia di muka bumi. Misi menjadi hamba Allah dan khalifah menuntut seorang insan memiliki sekeping hati yang lembut untuk mudah tunduk dan di pimpin dengan wahyu llahi dan akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Seorang ibu atau bapa adalah pemimpin dalam sebuah rumahtangga. Apa yang menyebabkan seorang anak tidak patuh kepada nasihat ibu atau bapa dan merasa mereka bebas melakukan sekehendak hati? Saya bertanya diri saya sendiri bilamana saranan solat berjemaah dan menghadiri majlis ilmu kurang di patuhi anak-anak. Sering jawapan yang di terima ialah 'sibuk'. Masa lapang dan sihat adalah dua nikmat yang mudah luput sebaik umur meningkat, semoga ramai anak-anak mula merenung maksud hadis ini. Janganlah berharap di umur tua baru ingin menambah ilmu atau bersama menyumbang bakti kerana pengalaman kami menjadi bukti bahawa di umur tua sukarnya otak menerima fakta dan lemahnya otot bertahan lama....SubhanAllah.

Dalam internet saya terbaca seorang ibu 'berkorban' melepaskan tudung kerana desakan anak ingin beliau menyertai program realiti TV 'Mari Berdansa'. Pelbagai alasan di berikannya untuk menyatakan beliau (ibu) tidak bersalah...dihadapan juri program Mari Berdansa memang tak salah..di hadapan Allah nak jawab apa?? Begitulah mudahnya seorang berkorban prinsip agama jika tidak BISA di pimpin kaedah syarak. Dalam senario ini janganlah kita marah-marah jika seorang remaja wanita akan mengorbankan kesucian diri hanya dengan satu kerdipan mata seorang lelaki, waAllahu'alam.

Setelah melalui pelbagai pengalaman termasuk pernah tidak mematuhi perintah Allah (tak menutup aurat) sewaktu saya remaja saya insaf kini betapa seorang manusia bagaimana 'baik' pun mereka memerlukan 'hidayah' dan petunjuk Allah yang menciptakan sekeping hati untuk manusia taat dan mudah di pimpin. Bapa saudara Rasulullah saw sendiri amat 'baik' dan melindungi baginda namun tanpa hidayah Allah tidak banyak yang dapat di lakukan Rasulullah saw walaupun hingga ke saat Abu Talib nazak Rasulullah saw ber'perang' dengan Abu Jahal meyakinkan kebenaran syahadah, kata-kata Abu Jahal tetap di patuhi. Walaupun Abu Talib 'baik' beliau tetap syirik kepada Allah dan dosa memilih selain perintah Allah adalah dosa syirik yang tidak ada pengampunan.

Untuk bisa dipimpin haruslah ada suasana fikiran terbuka terhadap apa saja saranan yang memungkinkan seseorang itu bertambah ilmu dan pengalaman hasil interaksi yang positif dengan orang lain. Kerap berlaku awal-awal lagi kita menutup pintu untuk mengetuk hidayah kerana ego dengan keadaan yang ada pada diri kita termasuk kecantikan,kekuasaan,kecerdikan dan kekayaan.

BERBINCANG MENGENAI MASA DEPAN MAWADDAH KRAF

Seorang Professor berasal Indonesia (bukan lslam) menemuai saya sewaktu di UUM mengutarakan cadangan agar Malaysia mempunyai satu ikon (lambang) melalui kraf yang dapat menampilkan identiti Malaysia dari segi bentuk dan warna. Apabila saya tampilkan Mawaddah Kraf beliau senang dan menyarankan saya memilih warna 'Melayu' kerana logo dalam kad saya katanya warna Europah...purple. InsyaAllah jika kejayaan membantu kemiskinan yang pernah di jalankanya di Jakarta dapat di 'copy' peserta mawaddah kraf mungkin berpeluang menjadikan kraf mereka 'duta' Malaysia. Wawasan saya ialah ingin menembusi pasaran Jepun, satu masyarakat yang menghargai seni dan bahan kitarsemula. Kebetulan seorang ibu tunggal bekas peserta Mawaddah kraf menemui saya dengan penuh semangat untuk meneruskan usaha memasarkan Mawaddah kraf,saya hanya mendoakan beliau konsisten, sabar dan yakin bahawa di sebalik nawaitu yang baik akan berlaku hasil yang baik.
KAK SU DARI CERAS 'MENYERAH DIRI' INGIN MENJADI DUTA MAWADDAH KRAF

Mengakhiri penulisan kali ini saya ingin berkongsi keyakinan seorang sahabat Rasulullah saw yang tidak sedikit pun terkesan dengan nilai seorang pemimpin besar. Ia satu contoh pemimpin berkaliber berdasarkan iman kerana sebelumnya ia rela di pimpin oleh Rasulullah saw.

"Sebuah kisah Raja Mesir Muqaiqis menerima utusan Ubaidah Bin Shamit seorang berkulit hitam yang tidak di senangi Raja kerana kulitnya. Muqaiqis tidak menerima alasan pengikut Ubaidah bahawa Rasulullah saw mengajarkan bahawa yang menentukan kelebihan seseorang adalah ketakwaannya, bukan kulitnya. Muqaiqis terus berkata ia takut kepada Ubaidah kerana kulit hitamnya. Ubaidah lantas berkata "wahai Raja jika engkau takut pada ku maka di luar sana dalam pasukan tentera kami ada seribu orang yang kulitnya lebih hitam dariku.' MasyaAllah,satu jawapan mantap kerana keimanan para sahabat yang hanya memimpin kerana mempertahankan prinsip takwa.

Marilah kita panjatkan banyak doa agar pintu hidayah sentiasa terbuka kepada kita yang amat lemah ini untuk memiliki sifat takwa yang berkekalan mantap. Antara saranan Rasulullah ialah berdoa setiap bertemu teman di hari raya 'TaqabbalaAllahu minna wa minkum' yang bermaksud "semoga Allah menerima amalku dan amal kalian" satu doa yang mengharapkan Allah menilai amal kita setelah berpuasa sebulan. Doa ini sentiasa mengingatkan kita agar taat dan mendoakan ketaatan kita di terima Allah hendaknya, ameen.

Saya petik sebuah pengalaman seorang wanita mempertahankan prinsip menutup aurat seperti berikut:

"Kita perlu yakin apa yang disuruh dan dilarang oleh agama kita adalah perkara yang wajib dilakukan bukan untuk diengkar atau ditolak. Apabila telah berhijab, fahamilah tujuan berhijab yang dituntut oleh Islam. Bukan sekadar menutup aurat, tetapi adab perlakuan kita juga perlu seiring dengan cara pemakaian kita. Jangan sampai kita menjadi manusia yang merosakkan nama baik agama kita dengan perlakuan dan akhlak yang tidak baik.

Itulah antara kenangan dan peristiwa yg mencabar saya supaya sentiasa bersedia utk berhujjah. Betapa kita perlu menyediakan diri kita supaya dapat menjawab soalan2 daripada mereka yg ingin mencabar keyakinan kita terhadap agama yg kita cintai. Dan apabila kita berhujjah, berdebat, berbincang lakukanlah dengan cara yang baik dan beradab. Ketegasan itu perlu tapi tidak bermakna kita perlu berlaku biadap.

"Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Muhammad itu Nabi dan Rasulku, Islam itu agamaku. Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami di dalam iman kepadaMU ya Allah."

Wassalam

No comments:

Post a Comment