BERSAMA USTAZAH DAN TUAN RUMAH JAMUAN HARI RAYA
SEWAKTU MENZIARAHI KAKAK IPAR DI HOSPITAL KAJANG
Salam
Selasa 13 September 2011/ 15 Syawal 1432H
Awal pagi saya teringin ke restoran seksyen 11 yang menyediakan makanan lontong ala Johor. Terserempak dengan teman suami saya yang dahulu sama-sama berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan. Panjang ceritanya hingga saya terpaksa buka cerita baru dengan isteri teman bekas General tersebut.
Aneh tapi benar bila bekas General menyatakan sekarang susah melakukan sebarang kerja, semua terpalit maksiat, nak projek kena cium tangan, ramai orang lupa Tuhan dan lupa mati,satu realiti yang dinyatakan dengan jelas dan nyata. Isterinya pula berkongsi program menyertai taddarus Quran sepanjang Ramadhan dalam kumpulan besar iaitu 80 orang di surau Hidayah seksyen 11. Membayangkan kumpulan yang di bahagi-bahagi tetapi 80 orang mengkagumkan saya. Di Surau At Taqwa seksyen 7 nak mencari 20 orang pun agak susah. Apa pun saya menyimpan hasrat akan menyertai kumpulan ini satu hari nanti bersama ustazah pengajian di Surau At Taqwa,insyaAllah.
Pulang ke rumah jam 10.00 pagi saya masih belum bersiap diri kerana menyangkakan tidak ada sebarang program diaturkan untuk hari ini. Rupanya maklumat tidak sampai kepada saya pengajian Ustazah sudah bermula dan sebaik selepas pengajian ada jemputan jamuan hariraya seorang ahli kariah. Mengambil rutin di Mekah saya belum mandi pun terus menyertai pengajian. Di Mekah waktu mandi ialah sebelum tahajjud jam 3.00 pagi untuk mengelak kesan cuaca ektrim panas.
Apa pun memang rezeki saya ingin menulis blog tajuk ini kerana sepanjang pengajian hari ini Ustazah bercerita tentang kematian arwah ibunya di Singapura malam 23 Ramadhan baru-baru ini. Selama lebih 10 tahun ibunya menderita kanser dan semua doktor di Singapura takjub kerana ibunya dapat bertahan selama itu kerana di awal pemeriksaan 10 tahun dulu doktor menelah ibunya hanya bertahan 6 bulan. Antara komen doktor di Singapura ialah ini semua di sebabkan doa anak-anak yang baik. Alhamdulillah para doktor bukan lslam di Singapura mengiktiraf peranan doa dan kebesaran Allah. Dakwah bilhal (melalui contoh), Ameen.
Perancanganan kawasan perkuburan di Singapura di buat secara professional dimana setiap perkuburan akan memuatkan 7 mayat dan akan di pindahkan selepas 15 tahun bagi menempatkan mayat baru. Ustazah membayangkan seolah ibunya hanya berpindah kepada sebuah pangsapuri baru kerana kawasan perkuburan ibarat taman bunga yang di rapikan dengan baik. Berbanding tanah perkuburan di banyak tempat yang kurang di rapikan dan boleh menimbulkan kengerian jika lalu di sekitarnya. Saya kira Shah Alam telah mula memikirkan taman perkuburan kerana seingat saya ianya memang di rancang mencontohi negara maju. WaAllahu'alam.
Kematian memang satu perpindahan ke alam lain yang akan tersingkap saat nyawa kita berpisah daripada tubuh yang akan hancur, hanya roh yang merasai segala kesan perbuatan kita di dunia baik atau sebaliknya. Kesedaran tentang kematian perlu jelas agar kita dapat bersedia menemui Allah yang menjadikan dan mematikan kita. Namun hari ini ramai yang mengelak memikirkan kematian kerana ia seolah jauh lagi.
Sebuag syair kematian di nukilkan oleh Sheikh Muhammad Al Ghazali dalam bukunya 'Menikmati Jamuan Allah':
Sungguh persinggahan kematian begitu indah, para huffaz dan kasteria berlomba mendekatinya. Wahai jiwa, kematian takkan membuatku mati, ia hanya saat perjumpaan yang kini ku hampiri
Seterusnya Sheikh yang sama mentafsirkan Surah Al Anfal sebagai berikut:
"Allah mengingatkan kaum Muslimin akan nikmat perjumpaan denganNya sebagai buah perjuangan mereka. Jangan risau ketika orang yang kau cintai meninggalkanmu, kerana Allah akan menjadi penggantinya. Namun maqam kedekatan itu dan pertolongan Allah hanya akan di capai dengan mentaatiNya dan RasulNya. Orang yang ingkar tidak punya persepsi yang benar tentang Allah dan tidak menghormatiNya. Kaum muslim menjadikan Allah sebagai sandaran dan mereka mengikuti segala kehendakNya."
Ustazah menceritakan saat ibunya mendekati kematian sebagai satu yang kami semua terkesan kerana ibunya hafal Surah Yassin. Ketika di bacakan Surah tersebut arwah memberitahu adik Ustazah yang menjaga ibunya bahawa ayat-ayat Surah Yassin bangun mengelilinginya dan menangis....kami semua berpandangan...dan bertambah yakin bahawa memang ayat alQuran akan di bangkitkan Allah untuk menyelamatkan pembacanya, insyaAllah. Ada dikalangan kami memang sedang menghafal surah-surah alQuran dan kami kini bertambah minat akan menruskan program hafalan, semoga Allah mepermudahkan, ameen.
Tazkirah seterusnya menceritakan bagaimana Allah menganugerahkan arwah ibu Ustazah wajah yang berbeza berbanding ketika sakit, kulitnya bersih dan lembut, mukanya gebu cerah...MasyaAllah..saya meraba wajah saya yang dah mula usang..akan jadi begitu kah kalau amal kita Allah redha? Ustazah menyatakan fasa ibunya meninggal adalah fasa 'maghfirah'dalam bulan Ramadhan dan beliau berdoa arwah mendapat pengampunan, begitulah besarnya kesan doa anak yang solehah.
Kami-kami yang telah kehilangan ibu masing-masing terharu bila ustazah menyatakan sepinya dunia tanpa ibu di sisi. Saya teringat saat saya menziarahi kubur ibu saya baru-baru ini, memang sepi kerana ibu saya melahirkan 13 orang anak, satu angka yang bukan sedikit, semoga Allah redho pengorbanan arwah ibu mendidik kami. Saya sendiri merasa terpanggil samada hasrat murni saya terhadap kerja-kerja memuliakan lslam akan ada penerusnya, almaklum zaman fitnah ini anak-anak lebih tertarik dengan gemerlapan budaya melalaikan berbanding cahaya AlQuran...entahlah, hanya doa yang akan di panjatkan tanpa henti. Semoga Allah beri hidayah dan petunjuk kepada semua yang mewarisi masa kehadapan ini. Waallau'alam
No comments:
Post a Comment