NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, September 20, 2011

HALIB WA LABAN (SUSU DAN YOGURT)

Salam

Isnin 19 September 2011/ 21 Syawal 1432H

Seminggu yang agak padat dengan kegiatan memulakan aktiviti termasuk usrah  di samping jamuan dan ziarah  hari raya.
ZIARAH HARI RAYA DI RUMAH SARGENT HALIM DI SEKSYEN 7

Perancangan ladang Kambing Shami turut mengambil sedikit masa kerana ia akan menjadi sumber dana penerusan program Situwang Boarding School (SBS) Garut.

Satu team lawatan ke Garut juga di rancang awal bulan depan (Oktober) untuk melihat perkembangan SBS yang masuk ke tahap 2 tahun 2011.

Beberapa maklumat yang datang kepada saya menggamit nostalgia tanah suci Mekah, antaranya wangian kasturi, laban dan halib. Terlau naif (kurang peka) saya mengandaikan wangian kasturi berasal daripada tanaman serupa limau kasturi. Rupanya asal usul kasturi ialah bahan wangian yang terdapat dalam organ kijang jantan! lihat maklumat dalam imankasturi.com.dan gambar di bawah ini:  


 


Seorang teman bersungguh-sungguh ingin mendapatkan kasturi asli kerana beliau sering di serang penyakit ganjil yang dikatakan kesan 'sihir'.  Rupanya wangian kasturi rawatan berkesan mencegah kemasukan jin atau sebarang gangguan 'ghaib'.  MasyaAllah teruknya saya tidak langsung tahu maklumat ini walaupun sering mendengar tentang bau kasturi yang terdapat di Syurga...satu kejahilan!

Satu lagi kenangan sewaktu berada di Mekah ialah saya sering di uji dengan kekeliruan memilih antara halib (susu) dan laban (yogurt) kerana setiap ingin membeli susu saya tersebut laban.  Oleh kerana ia masam maka akan terbiarlah minuman tersebut beberapa lama dalam peti sejuk. Satu ketika seorang ahli bilik saya marah-marah kerana tidak meminum laban yang hampir tarikh luput. Mau tak mau saya cuba mencampurkan laban dengan minuman oren agar rasa  masamnya kurang (suamisaya kata rasa lassi).  Baru saya tahu selepas beberapa jam tindakbalas yogurt kepada sistem pencernaan saya...sebaik akan menunaikan solat Isya perut memulas dan saya terus pulang ke hotel, mujurlah dekat. MasyaAllah satu ujian besar menahan perut yang 'mengamuk'.  Allah izin sempat saya sampai ke bilik dan terus ke bilik air memuntahkan dari segala saluran keluar apa yang saya minum. Sejak itu saya akan berhati-hati tidak menyebut laban.  Apa pun menurut seorang ustaz di Mesir laban bermaksud susu.

Tajuk ini senghaja saya pilih kerana banyak iktibar kehidupan perlu bersih umpama halib (susu) dan perlu melalui proses transformasi susu ke laban. Kebetulan saya telah di ajar seorang teman bagaimana membuat yogurt pelbagai perisa.  Antara kaedahnya susu di masak kemudian di campur yogurt culture yang masam. Di tambah gula dan pelbagai perisa buah-buahan. Rasanya tak beza daripada yogurt Nestle yang banyak di jual di supermarket. Begitulah proses menjadikan kehidupan itu manis, ia mesti di campur sedikit peristiwa masam yang akhirnya boleh menjadi manis jika terus menerus di proses mengikut citarasa Pencipta yang inginkan kita selamat dunai akhirat.
 
Sehari sebelum sambutan Hari Malaysia (16 September) saya bermusafir menuju ke Melaka. Esoknya adalah hari pernikahan anak saudara saya di Sagil Tangkak. Satu kenangan pilu dalam suasana gembira anak saudara saya menjadi isteri seorang jejaka pilihan, beliau tidak berkesempatan berwalikan bapanya kerana bapanya yang juga abang sulong saya telah kembali kerahmatullah dua tahun lalu. Mengganti wali ialah abang tunggal pengantin yang agak sebak melafazkan penyerahan adiknya kepada tanggungjawab suami. Kami adik beradik yang hadir turut sedih kerana arwah abang saya merupakan seorang yang amat gigih menjaga silaturrahim. Saya berdoa agar siturrahim kami adik beradik menjadi amal soleh bekalan hidup bersama di alam barzah. Kini ketiadaan arwah abang agar sukar anak-anak saudara bersama kami kerana mereka masing-masing mempunyai cara hidup dan selera sendiri.

 MAJLIS PERNIKAHAN DI SURAU BERHAMPIRAN RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN DI SAGIL TANGKAK JOHOR
 PENGANTIN BERSAMA BAPA DAN EMAK SAUDARA


Di fahamkan juga seorang kakak pengantin sedang di landa pancaroba rumahtangga dan kami diminta menjadi perantara. Namun kami gagal melakukannya kerana terlalu rumit untuk masuk campur urusan rumahtangga orang lain. Sorang ustaz  yang kami temui menyatakan biasanya rumahtangga yang berkecamuk ada kaitan dengan proses awal perkahwianan yang tidak betul. Saya tidak berhajat memanjangkan perkara ini kecuali seingat saya arwah abang saya kurang merestui perkahwianan anak tersebut. Jika benar sama-samalah mengambil iktibar betapa pentingnya restu ibubapa dalam sebuah perkahwinan.

Mutakhir ini terlalu banyak isu yang menarik perhatian masyarakat.  Saya ingin memilih yang berkaitan dengan remaja Muslim. Di beritakan ramai yang 'murtad' malah ada yang membunuh diri.  Menurut seorang teman berita remaja membunuh diri termasuk kegagalan mengkebumikan mayat kerana sebanyak 7 kali cuba bumi menolak mayat...nauzubillah, satu iktibar bahawa kita selaku hamba jangan sekali bertindak keluar daripada batas hukum Allah...makhluk yang lain Allah akan perintahkan tidak menerima kita.

Semasa di tanah suci saya mendapat berita seorang ustazah Kemas kebetulan seorang isteri teman suami saya telah meninggal dunia selepas koma beberapa hari. Saya berkesempatan menziarahi suami dan anak-anak arwah di rumahnya baru-baru ini. Satu trajedi yang amat terkesan kepada suami yang kasihkan isteri antaranya kekeslan beliau pihak Hospital Selayang tidak memberi perkhidmatan sewajarnya sehingga isterinya koma. Saya menyokong beliau menulis surat bantahan agar trajedi yang sama tidak berulang kepada orang lain. Dalam umur semuda 43 tahun ustazah Maryam meninggalkan anak yang sedang membesar merupakan satu ujian kepada keluarga. Saya turut kehilangan seorang yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat kerana kehadirannya amat di senangi ramai orang.

Ziarah hari raya termasuk hari jadi seorang cucu saudara di bangi bernama Maryam, semoga menjadi tokoh yang masyarakat kehilangan seperti ustazah Maryam. Di Melaka kami menziarahi ibu adik ipar saya yang terlantar sakit lumpuh. Iktibar menjadi pesakit ialah mengharapkan bantuan anak-anak. Sewaktu saya mengingatkan pesakit (mak teh) agar bertasbih dan jangan tinggalkan solat walaupun sedang sakit beliau menangis mengeluarkan suara.  Sedih juga kerana saya yakin beliau kehilangan saat bertasbih di waktu sihat.
MARYAM DAN IBUNYA
BERSAMA ANAK SAUDARA BAKAL PESERTA PMR DAN SPM

Menjelang musim peperiksaan SPM dan PMR saya bersama anak saudara memberi motivasi agar jangan jadi remaja yang 'buta ilmu' seperti yang di kesan dalam banyak program masyarakat. Nasihat saya yang biasa ialah jangan tinggalkan solat dan berkawanlah dnegan AlQuran,insyaAllah berjaya.Saya berdoa dua nasihat ini menjadi sebab saya tidakakan di tanya di akhirat nanti.

Berbalik kepada tajuk halib wa laban saya ingin mengekalkan keaslian susu sebagai rahsia kejayaan manusia antaranya kesempurnaan kesihatan dan mencegah penyakit. Antara sebab projek kambing Shami ingin di asaskan segera ialah untuk menghaslkan susu kambing yang banyak khasiat dan mengikut sunnah para Rasul.insyaAllah. Di fahamkan Malaysia hanya mengeluarkan 10% keperluan susu kambing negara, 90% diimport atau di ganti dengan sumber lain. Satu trajedi jika tidak ada pengusaha yang gigih untuk menghasilkan produk yang begitu berpotensi. Doa saya projek untuk membantu program Garut akan dapat di mulakan secepat mungkin dengan izin Allah. Semoga Halib wa laban akan menjadi menu utama makanan di negara kita satu masa nanti.  


No comments:

Post a Comment